rss
email
twitter
facebook

Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA ~ Yeah!!



'Salam Kemerdekaan' buat semua blogger di luar sana...Iye..semua orang menyambutnya tak kira apa cara sekalipun. Tapi apa sekalipun biarlah ia memberi erti yg bagus terhadap diri kita. Barulah 'merdeka' itu memberi suatu makna.


Apa erti merdeka bagi aku?? Entahlah...Bila dikenang-kenang balik zaman kecik2 dulu....

*


*


*


"Ada seorang kawan namanya Ah Meng.

Dia juga berkawan namanya Muthu, Kami berkawan baik sama sedarjah,

Belajar bersama main bersama,

Hey...hey...hey

Hey...hey...hey 3 sekawan.."


Inilah lagu yg selalu aku dendang masa darjah 1 dulu. Betapa awal2 lagi kita diajar untuk bergaul rapat tak kira apa bangsa di sekeliling kita..sampailah sekarang.


*


*


*



Masa aku berkhatan dulu, doranglah yg paling kecoh..hishh..pening kepala aku dibuatnye..Nak aje aku suruh mak dorang sunatkan dorang suma..biorkan dia rase..


*


*


*

Hmmm..


Bergaduh??!..Hishh..biase ler tu..mesti selalu silap faham punye..tapi bak kata pepatah.."Air yang dicincang tidak akan putus"..esok baik lerr tu..


*


*


*


Aku ingat lagi..kalau time raya tu memang meriah sangat..dorang pun tak segan silu nak dtg rumah..nak merasa ketupat palas yg mak aku buat tu....favourite.. kata dorang...


*


*


*


Sekarang semuanya dah membawa haluan masing2..sudah beranak-pinak dan keje pun bagus2 belaka..Hmm dan yang tinggal hanya memori lama buat dikenang2..


*


*


*



Apa yang aku harap agar anak2 sekarang ni dididik lebih baik berbanding ngan zaman aku dahulu..

*


*

Agar dorang lebih menghargai dan mengambil berat sesama sendiri..


Biarpun kita berbeza warna kulit, agama dan bahasa yg berbagai..

*


*

Sebab....'Merdeka' tidak bermakna jika kita semua pelbagai kaum ini berpecah-belah..


'Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53'

1Malaysia Menjana Transformasi



Gambar: Google

Sunday, August 29, 2010

Duit Raya - 1000 Langkah Mengelat



" Abang...oo abang..Kitorang dah dah nak balik dah ni..Makan sudah minum pun sudah..Tinggal nak beraya je ni.." Glurps..Pasti anda pernah tersepit dalam situasi sebegini bila tiba time raya terutamanya Raya Puasa kan??..

Tambahan pulak raya tahun ni poket tak berapa nak tebal..jadi serba salah dibuatnya demi nak mengadap karenah budak2 yang mengharap duit raya dari kita..Iyelah,..keje baru baru je sebulan dapat..Bonus pun tak nampak batang hidung.

Ha..sempena raya yg nak menjelang ini aku nak bagi tips yg berguna~cara2 mengelak dari bagi duit raya...supaya korang boleh prepare...kejam!!!.....

*


*


*


Langkah 1

Mengenalpasti Pemangsa


Budak2 yg datang beraya biasanya dorang dh tetapkan fail misi sulit mereka..rumah siapa, berapa bajet nak blasah..semua dah dikaji di meja bulat. Jadi pastikan anda tak terlepas pandang perkara ni..Kenali pemangsa anda..



Langkah 2

Mempelawa dgn seikhlas mungkin



Maniskan muka dan tabahkan hati dgn mempelawa dorang makan..jangan beprasangka buruk..jangan lak tanya dulu " Adik2 ni nak makan ke just nak beraya je??"..Konfem dorang akan kata jussstttt....

Dan langkah ini penting untuk menarik hati mereka..bagi makan sedap2~sampai kenyang.. dan tak larat dah nak mintak duit terussss....



Langkah 3

Alasan Yg Rasional


Mmm..memang dah jadi trend muda-mudi zaman skrg ni tak simpan duit banyak2..Dalam kad kredit lagi selamat..Ish..harap budak2 tu paham yek..tapi awas!..jgn ada yg bawak swapping machine udah ler...



Langkah 4

Pura-pura baik hati


Sediakan payung sebelum hujan...tunjuk kat bebudak tu yg anda mmg tak kedekut..sediakan banyak2..kalau boleh dalam bentuk 5 sen semuanyee.. RM5 dibahagi ngan 5 sen = 100 keping 5 sen.. Hmm...Kalau 10 rumah begini memang leh roboh poket dibuatnya..konfem rejecttt!..



Langkah Seribu

Cabutt ler..


Hmm..Takyahla aku buang masa lagi bagi tips yg bukan2..sebab korang pun mmg tak ada nawaitu nak bagikan..iyela...taik hidung masin ler katakan.. Ha..pergilah duduk kat flet tinggi2 tu..kat menara lagi bagus..kalau tak tercabut dibuatnya budak2 tu nye tempurung lutut..

*

*

*

"Anyway..jgnla kedekut sangat..Raya pun setahun sekali jer menjelma..So..inilah masanya nak kalau bersedekah....Selamat berpuasa..sebab raya lambat lagik.."



PotPet:  Hisk..hisk..sedih tak dapat duit raya sebab dah besar gedabak (bapak orang ler tuh..)


Gambar: Google

Wednesday, August 25, 2010

Durian Runtuh!! ~Runtuh Sungguh!!



BERITA GEMBIRA BUAT GOLONGAN TERTENTU..




KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan.

Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal. - Berita Harian Online





*


*


*



Wah..Ayat2 di atas dah menerangkan segala2nya...Pasti ramai yg menguntum senyum depan cermin..Tak dapat bonus pun jadilah duit raya ni sebagai meringankan beban nak menampung mana2 yang patut..Apapun berjimat cermat la ekh..Jangan lak gi beli mercun berkatun2 bagi anak main..



Bisik: Dah lama tak main mercun katak...insaf kot gamaknye..;D

Sunday, August 22, 2010

Belajarlah Jadi Seorang Insan...Belajarlah.


Salam buat semua ahli fanclub suhaisweet...eh!! Bila masa ada fanclub?? Ingat artis ke?? ;D
Okla,..sebagai penutup entry utk minggu ni aku nak sharekan video yg sungguh touching ni..tengok sampai habis tau..kalau tak sia2 je usaha murni aku ni..




Aku tujukan video ni khas untuk golongan2 berikut :

1) Bakal ibu bapa yg tengah tak sabar2 menanti kehadiran ahli baru dlm keluarga mereka.

2) Ibu dan bapa yang kerap mendera anak2 siang dan malam.

3) Pasangan berzina yg bercadang2 nak buang bayi yg dikandung dalam perut tu..

4) Anak2 yang masih menderhaka dan yang tak tahu mengenang jasa mak bapak masing2..


Dengan kata2...sesungguhnya korang akan tahu betapa susah payahnya kehidupan dari kecil...jadi tak kira di mana sekalipun kedudukan kita berada, sebagai ibu bapa ataupun anak... hargailah kehidupan.. korang tak akan mampu untuk menggantikannya walau dgn apa sekalipun..

Thursday, August 19, 2010

Kejam..Sadis..Menyayat hati !!



Kebelakangan ini terlalu banyak berlaku kes2 yang begitu tragis jika korang ada bukak paperlah..memang tak berhati perut langsung...apa nak jadi dgn masyarakat kita la ni aku pun tak tahu..

Di sini aku hanya nak highlight kan hanya beberapa kes kronik yg berlaku..agar menjadi iktibar kepada kita suma..

Kes 1

Disembelih dan disalai atas bara api yang menyala
Umurnya yg hanya tak sampai 2 tahun tetapi telah dibunuh dengan kejam. Diculik dari keluarganya dan akibat tidak mendapat wang tebusan, dirinya menjadi gadaian..dahla disembelih malah hasil bedah siasat didapati organ dalaman seperti isi perut dan hati telah dibuang bagi menambah derita si mangsa..

Lihat gambar di bawah. (Amaran kpd kanak2 dan ibu mengandung!)

*



*



*



*



*



*



*



Memang sedih..





Kes 2

Dirogol bergilir-gilir oleh teman rapat

Mangsa tidak menyangka yang ajakan untuk bersiar2 telah menjadi titik hitam dalam hidup dia. Dia bukan sahaja telah diperkosa oleh teman yang baru dikenalinya di dalam laman sosial Facebook malah rakan-rakan suspek yang lain tiba-tiba muncul dan turut merogol dirinya tanpa belas kasihan. Dari laporan polis yang dibuat semua suspek memang dikenali rapat oleh mangsa sebelum ini dan pernah berjumpa di satu majlis keramaian.
Lihat gambar di bawah. ([SX] Amaran kpd kanak2 yg belum akil baligh!)


*




*




*




*




*




*




*



Sabor...Korang kalau mende camni minat jerr ekh....isk  isk



*



*



*



*



*
Lerr..

Memangla kenal...teman sebangsa..iskh2




Aduih..apala yang aku mengarut pagi2 posa ni kan...anyway selamat berpuasa dan jgn tension2 tau.




Bisik: "Jenayah membawa padah!"...pernah dengar tak tagline ni?

Wednesday, August 18, 2010

Resepi Masakan di Bulan Puasa



Dah hampir seminggu kita berpuasa la ni kan..pasti bermacam2 karenah yang kita telah lihat atau kita sendiri yg saja2 buat..Antaranya yg paling kritikal bab masak-memasak nih. Bagi yang tak cerewet tu gi beli jer kat bazar Ramadan.. abis cerita..tapi kalau yg jenis liat nak membeli cam aku ni...

Hmmm.. mmg pening nak bagi suggestion lauk apa nak masak setiap hari bulan posa ni..iyela..kalau asyik2 makan tauhu sumbat je last2 aku yg tersumbat...

Hah..hari ni aku ingat nak ubah selera sketlah...dan aku dgn sukarela bangganya nak bagi cadangan kat oghang umah supaya masak mee sup bontot.....iyehaaaa


HaH!! Tak pernah cuba?? Isk..isk.. meh tengok ni pastu gi beli!!

*

*

*

Tadaaa!!...



Macam sedap jerr..

Bisik: Ntah ape2 nyer resepi lah aku ni...tapi sedap gak kalau berbuka ngan meggi sekali-sekala ;D

Tuesday, August 17, 2010

Kelebihan Solat TARAWIH - Jangan kita tertipu?!



Aduh..apa lagi isu nih??..Dahla skrg ni kecoh pasal si Salleh Gregor yg bengong tu..timbul lak isu lain skrg nih.. Aku tak pastilah korang dah tahu ke idak tapi semasa aku menggoogle Kelebihan solat Tarawih terjumpa lak site ini..  solat tarawih ..


Dah baca??


Takpelah, jangan rasa putus asa lak lepas nih..yang penting jangan berhenti melakukannya di bulan Ramadan ni..Insyallah Allah S.W.T akan membalas dengan setimpal..Amin..Selamat Berpuasa..



Bisik: Kalau ada lagi sumber yang lebih sahih sila maklum utk manfaat kita bersama.

11 Jenis Manusia Yang Didoa Malaikat



PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongn malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

*

*

*

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."





2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia."





3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."





4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."





5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."





6. Orang yang duduk di tempat solatnya/iktikaf selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."




7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "





8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan."




9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"





10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."




11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."


Sumber : Sini

Monday, August 16, 2010

TERENCAT!! - Salleh Gregor Samsa


Siapa Salleh Gregor Samsa nih?? Korang kenal ke?? Aku tak kenal..! Kenapa dia famous sangat sekarang ni?? ...Ia adalah kerana keceluparan tangan dia yg menaip sesuatu tanpa berfikir atau sengaja mencari publisiti murahan.. Dan yg paling cepat nak popular..mestilah mempermainkan hal2 yg sensitif seperti ini.. Semoga Allah kukuhkan iman aku sampai mati..dan peliharalah kami dari kejahatan manusia sebegini..Amin.


Korang zoomlah..aku dah malas nak tengok!..


Sumber: Sini Ler..


Bisik: Yang pasti dia memang terencat!

Saturday, August 14, 2010

MUSIBAH! - Itu Suka2 atau Petanda?


Sungguh menyedihkan hati sesiapa yg terlibat dan terlihat dalam tragedi ribut di bazar Ramadhan Jasin Melaka tempohari. Akibatnya 3 orang telah terbunuh dan ramai yang cedera dan ada yg masih di rawat. Pertama sekali takziah suhaisweet ucapkan kepada keluarga mangsa.




Jadi di sini janganlah kita mula bermain teka-teki dan membuat andaian yg tidak tepat kenapa dan bagaimana peristiwa ini terjadi di sesuatu tempat. Aku percaya setiap sesuatu yang berlaku merupakan petunjuk yang jelas dari Allah S.W.T kepada kita.


Dengan pelbagai maksiat dan kejahatan di Malaysia saban hari,..buang anak, bunuh, zina, rogol dan lain2. Jangan tunggu hingga negara kita jadi Pakistan ke-2 yg sedang derita akibat musibah bencana alam yg tak terkata.




Para blogger seperti kita marilah sama2 menjadikan medan kita ini sbg medium bg menyalurkan info, tazkirah, tips dan berbagai lagi agar dapat sama2 mendidik masyarakat kita termasuk diri kita sendiri. Beringat sebelum kita diingatkan sekali lagi...mungkin nasib kita slps ini.



Bisik: Aku yg berusaha menyampaikan...

Friday, August 13, 2010

Al-Kisah - Cinta Blogger


Salam Jumaat semua kengkawan suhaisweet. Sesuatu yg menarik nak aku kongsikan bersama dan aku mmg pasti tak ramai antara korang yang pernah terpikirkan mende ni.

Ceritanya, bagaimana kalau korang si penulis blog ni bercinta sesama jenis..........isk isk..bukan yg itula.. Maksud aku sesama professionla...hehe. Mari kita selongkar keadaan bilamana terjadi
blogger blogger.

..Muah muah muah!..


*

*

*

*

*

*


jeng jeng jeng..



Mmm...macamne nak start ekh,..k tengok nih!



Setakat cinta kat Facebook tu mungkin dah biasa sangat sekarang nih..tapi cane kalau dorang ni menggunakan sebaik mungkin peluang di atas..tentunya kat blog si jejaka atau gadis yang diminati..sampai orang lain yg menumpang pun naik menyampah..org tengah bercintala katakan...nak wat cane..

*

*

*

*

Akhirnya setelah berbagai janji dimeterai...aku suka hang dan hang pun dah suka aku..tunggu apa lg?? ..Sebelum abg blogger lain potong line...



Dasyat weh..takyah gi candlite dinner..tak payah sambil berlutut nak pinang anak dara orang.. cukup dgn berchatting je..duit pun selamat..moden ler katakan..

*

*

*

*



Mulai hari tu maka penuhlah posting hari2 tentang persiapan kawin yg berbagai..sumanya dia nak bagitau..hantaran bp dulang la, langsir bersilang 4 ke..siap jemput kengkawan takyah pakai kad pun ada..Steady followers kan ramai..

*

*

*

*


Korang bayangkan bila dua insan telah bersatu..tentunya blog dorang pun ngikut sama kan?? Kalau yg masih sayang kat personal blog dorang tu mungkin maintain..cuma letak gambar pasangan dia jer..tu tak campur lagi 4 orang anak kat blakang tuh..

*

*

*

*


Comelnyerr..sori Kak,..pinjam gmbr anak jap..

Agak nak menarik depa buatla satu blog utk anak dorang..apa yg dok cerita selalu?? Anak bangun, makan, menyusu..tido balik..Tapi yg bagusnya takyah buat album gambar kat rumah sbb dah berlambak gambar dorang dalam tu..

*

*

*

*


Buat yg dimurahkan rezeki tu,..duit nuffnang leh la beli barangan dapur ke,..susu anak ke..rantai gelang ke..Oops..banyak tu ;D

*

*

*

*

Dan kalau jodoh tak panjang cane lak ekh...iskh isk..tak tergamaklak aku nak pikir....Kalau boleh biarlah berkekalan hendaknyer..tak osah bercerai berai weh..

*

*

*

*

*



Anyway buat yg terkena batang hidung selamat berumahtangga diucapkan..tak kiralah di mana korang berkenalan yg penting niat di hati kena baik..betul3

♥♥♥♥♥

Thursday, August 12, 2010

RAMADHAN YG DIBERKATI


Salam Ramadhan buat suma kengkawan blogger yg Muslim. Hari ni dah masuk hari ke-2 kita berpuasa. Amacam? Seronok?..Mestilah kena seronok barulah hati kita ikhlas melakukan ibadat posa ni. Untuk membuatkan posa kita lebih umph dan sempurna lagi, aku ingin memetik hasil karya saudara kita di sebuah portal Islam fav aku. Semoga kita sama2 dpt manfaat..

 >>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<

A Quick Preparation Guide For Ramadhan


Dihantar oleh : anahus_run

Editor : arisHa27



What to do?

1. Start reading Quran daily.
2. Spend some time listening to recitations from the Quran.
3. Train yourself to wake up early for Salat al-Fajr.
4. Keep yourself in a state of Wudu' (Ablution) most of the time.
5. Evaluate yourself daily before going to bed.
6. Thank Allah for good deeds, and repent to Him for your mistakes and sins.
7. Start giving Sadaqah daily and make it as a habit.
8. Find time to pray extras, such as Nafals and Tahajjud prayers.
9. Spend more time reading Islamic books especially the Quran, Hadith and Fiqh.
10. Find time to help others with your wisdom, knowledge and other talents.
11. Try to write articles on Islam for Muslims as well as for non-Muslims.
12. Associate with Muslim scholars or ulama and other pious people so, you may learn from them.
13. Train yourself to do good, render free service to others to seek the pleasure of Allah.

What to avoid ?

1. Avoid or reduce watching TV.
2. Avoid looking at unlawful pictures.
3. If you smoke, try to reduce daily usage and cut it down for good.
4. If you have friends who do not practice the teachings of Islam, try to avoid socializing with them.
5. If you travel a lot on business, try to do more local business so you can be closer to your family and community.


" Time is not money or gold; it is life itself and is limited . You must begin to appreciate every moment of your life and always strive to make the best use of it. "




A Quick Checklist :

1. Make a resolve to win the maximum favor of Allah by performing extra Voluntary prayers (Nawafils), making frequent Dua and increased remembrance (Dhikr).
2. Try to recite some Holy Quran after every Prayer.
3. Study the Tafseer (commentary) .
4. Invite a person you are not very close with or your relatives to your home for Iftaar.
5. Bring life to your family! Everyday, try to conclude the fast with your family and spend some quality time together to understand each other better.
6. Give gifts on Eid to at least 5 people: 2 to your family members, 2 to your good friends, and 1 to a person whom you love purely for the sake of Allah. This is in addition to normal 'Iddiya' to children.
7. Where applicable, make commitment to join Islamic study circles to learn more about Islam and improve your own life.
8. Donate generously to the mosque, Islamic organizations and any where people are in need or oppressed.
9. Share month of Ramadan and its teachings of peace and patience with your colleagues at work, neighbors and relatives.
10. Sleep little, eat little! Make sure you do not defeat the purpose of fasting by over-indulging in food and being lazy.
11. Seek the rare and oft-neglected rewards of the night better than 1000 months ( Laylatul-Qadr ).
12. Weep in private for the forgiveness of your sins.
13. Learn to control your tongue and lower your gaze.
14. Encourage others to enjoin and love goodness, and to abandon everything that Allah dislikes. Play the role of a Da'ee (one who invites to Allah) with zeal, passion, and sympathy.
15. Experience the joy of Tahajjud prayers late at night and devote yourself purely and fully to Allah in the Itikaf retreat during Ramadan.
16. For extra concerted effort, try to be off work for few last days of Ramadhan for maximum Ibada.
17. Make an effort to reconcile with the people you are not on good terms with. Forgive everyone and keep your heart clean.
18. In all your dhikr, do not forget your parents, your neighbors', relatives, dead people and other muslims.

*******





Bisik: Mmm..memang byk sampai tak terdaya nak buat suma..tapi kalau dpt sedikit pun Alhamdulillah.

Wednesday, August 11, 2010

Apabila SABUN Mengganas!!



Fuh, dasat tul tajuk n3 aku hari ni..pikir2 cam tak sesuai je ekh..tapi pikir lagi sekali pedulik apa aku ngan tajuk..yang penting content yg nak aku kongsi sama korang kan? Mmm..kalau takde sabun.. mandi memang tak sah rasanya..tapi tergamakkah korang kalau ..


Mandi ngan sabun yg cegini.?



Takpun yg cegini..



Atau yang comel sangat cam nih..


Huhh...kalaulah aku..sayang sangat nak guna..comel dan tergedik2 sabun2 ni aku lihat..Hah..kalau korang nak tau sabun2 ni bukan saja sesuai untuk korang mandi malah sebagai hadiah dan perhiasan pun sesuaila sangat..

Ceritanya suatu hari terjumpalah aku satu blog yg sangat menarik iaitu http://www.mysabun.com/ yang menawarkan pelbagai pilihan sabun yang sungguh eye candy..



Di dalamnya juga korang boleh belajar cara2 membuat pelbagai rekabentuk sabun yang menarik ikut citarasa korang...menarik2..






Tertarik?? Lawatilah pemilik butik sabun ini ye..Cubalah!!


Bisik: Pakai shower foam je skrg nih..moden ler katakan...;D


Tuesday, August 10, 2010

SHOCKING!! - KAABA BAR!

Salam semua, semalam aku ada terima satu email yg di forward kan. Ia berkenaan satu bar yang dibina seakan-akan rupa Kaabah, iaitu binaan suci bagi kita semua Umat Islam. Berikut adalah sebahagian dari email tersebut:

>>>>>>>>>><<<<<<<<<<

Read, see & say "NO" to this Subject as "KABA BAR"

SEE NEXT

KABA BAR


Shocking news :


"Kaaba" Bar will be opened soon in New York

PLEASE RAISE YOUR VOICE AGAINST THIS RACIST ACT



Shocking?





In the business area of MID TOWN MAN HATTAN in New York a new BAR is opened in the name of APPLE MECCA which is familiar to KAABA MAKKAH. This bar will be used for supply of Wine and Drinks. The Muslims of New York are pressurizing Government of USA not open this BAR.





We need to wake up and to stand for the dignity of ISLAM

PLS SEND TO ALL OF YOUR FRIENDS AND FAMILY, WHEREVER THEY STAY AND SAY "STOP".
 
>>>>>>>>>><<<<<<<<<<
Dan untuk memastikan kebenarannya, aku telah mengoogle untuk mencari asal usul punca cerita ini.. Mengikut sumber,  ramai juga yg telah menerima kabar angin begini termasuklah aku yg tujuannya aku sendiri pun tak tahu. Rupa-rupanya ia adalah bangunan milik Syarikat terkenal Apple - Apple Store Fifth Avenue..dan memang hebat orang yg mengedit gambar asal. Tapi mungkin hanya sticker/penutup hitam yang seakan2 rupa Kaabah bila tutup gitu.
 





Kalau betul seperti yang terdapat dlm kandungan email di atas, memang aku sumpah seranah dorang tu..yang sanggup mempermainkan agama Islam tercinta. Anyway, selidik dahulu sebelum bertindak!!


Bisik: Kalau sesiapa yg ada sumber yg lagi sahih boleh berkongsi di sini ekh..



Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back