rss
email
twitter
facebook

Thursday, September 30, 2010

Main Kutu


Salam semua pembaca..Hai..napa ramai yg bersedih sangat nih?? Takkan baru gaji dah kehabisan kot..Tu la..sapa suruh berhutang bebanyak time nak raya hari tu..Hmm.. Bersabarlah ye dan lain kali kenalah berjimat dan rajin menyimpan/ menabung dlm tabung ayam tuh. 

Hah..tgh tggu duit kutu nak masuk??! Eh boleh ke main kutu2 nih? Tak salah ke korang? Sebab apa..aku ada terbaca nih..
*
*

*
Main Kutu Haram Di Malaysia


KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.

Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.

"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara meksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

*
*





Hmm..so kalau nak main gak gi la kat negara2 yg tak haramkan nye iye..(Negara Isketambola)



Sumber: Google

Wednesday, September 29, 2010

Kes Bunuh Datuk Sosilawati


Hmm..ramai gak kengkawan blogger yg telah cover up pasal kes kejam ni.. So kali ni aku pun nak amik pot sama la..Tapi aku lebih tertarik ngan pendedahan berikut:
*
*

*

"Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain hari ini membuat laporan polis mendakwa dia dipukul ketika berada di dalam tahanan reman."

"D.P Vijandran yang juga seorang daripada peguam yang mewakili suspek mendakwa bahawa salah seorang anak guamnya dipukul dan ditendang sehingga mendatangkan kecederaan di belakang badan. Perkara itu dakwanya dimaklumkan oleh anak guamnya ketika pertemuan pertama Vijandran dan dua anak guamnya selama 15 minit di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur."

So sekarang cuba korang hayati kartun di bawah ni lak..


Faham kan?? ;D

Sumber : Google & HMetro

Tuesday, September 28, 2010

Malaysia/Indonesia ~ PERANG? Kuat ke?


Wah..sungguh bahaya tajuk post aku kali ini..memang berani mati punyer..Tapi bukan apa, aku tertarik dgn satu petikan akhbar online dari seberang mengenai perkara ini. Korang baca dulu..

*
*

*
.....................................................................................................................................

SOLO - Anggota Komisi I Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Edhie Baskoro Yudhoyono menilai wacana sejumlah pihak untuk menyelesaikan ketegangan hubungan Indonesia-Malaysia dengan perang harus dipikirkan kembali. Karena dari segi finansial dan peralatan perang, Indonesia belum mampu untuk berperang.

"Keputusan untuk perang harus dipikirkan. Dari segi finansial Indonesia belum mampu untuk berperang dan persenjataan yang dimiliki TNI kita juga tidak mendukung," ujar pria yang akrab disapa Ibas ini di sela-sela temu kader Partai Demokrat di Solo, Jawa Tengah, Minggu (5/9/2010).
Untuk itu, Sekjen Partai Demokrat itu mendukung sepenuhnya langkah Presiden Susilo Bambang Yuhoyono (SBY) yang menempuh jalur diplomatik untuk menyelesaikan masalah dengan negara tetangga serumpun itu.

"Saya mendukung sepenuhnya langkah Presiden mengambil jalur diplomatik dengan menyelesaikan ketegangan Indonesia dengan Malaysia. Indonesia lebih mengedepankan perdamaian dan kerja sama yang mendalam dengan negara-negara tetangga," pungkasnya.(bul)
(Bramantyo/Trijaya/hri)


.....................................................................................................................................
*
*

*
Tapi aku peliklah..napa sampai ketahap itu sekali dorang pikir..kenapa mesti BERPERANG ngan kita??..Baik gi hantar banyak2 askar mereka kat Timur Tengah sana..dorang lebih memerlukan..Sedangkan isu yg timbul cuma sekelumit sahaja..jika nak dibandingkan dgn segala mcm kebaikan yg dicurahkan. Pening..pening.





Potpet: Tak cepat melatah


Sumber: okezone.com

Monday, September 27, 2010

Beyonce ~ Terpengaruh Nih!


Salam semua..harap korang mulakan hari Isnin ni ngan penuh ceria ekh. Lupakan segala tension dan tengok video yg aku pasti best dan kelakar giler ni..Kalau korang tak gelak maknanye aku sorang je yg sewel kot..

*
*

*

*
*
Fuh..nasib baik dia tak jadi dtg kat sini..Kalau tidak habis semua baby kat Malaysia terjangkit..



Saturday, September 25, 2010

Kes Namewee ~ Ini Sudah Melampau!!


Aduh..aduh..sakit jiwa aku..Apasal? Kenapa? Terlebih makan belacan ke???...Idak la..tapi cuba korang tengok nih..

*
*

*


*
*

*
Wei kengkawan kat luar sana!! Tolong jaga budi pekerti korang!! Jangan tak dapat jadi penyangak kat alam nyata dan sekarang cuba2 lak nak jadi penyangak di alam siber!..

Hiduplah bersatu padu..kan semua orang boleh bahagia...ishh..susah tul aku nak cakap..

Bacala previous entry aku ni semoga terbukak hati korang tuh..~ Merdeka


Sumber : Carigold Forum

Saturday, September 18, 2010

Hari Raya ~ Suatu Kesan Sampingan


Bertemu kembali semua setelah lebih seminggu menghilangkan diri. Masih dalam mood beraya?..Yeah.. Sambil aku beraya sempat juga aku membuat sedikit analisa yg membebankan kepala otak aku ni...Meh kita tengok apa yg aku maksudkan ngan tajuk aku kat atas nun sana..

*
*

*


*


Tak dinafikan time raya ni memang memenatkan..walaupun letih melayan ramai tetamu yg berkunjung ke rumah sampaikan tengah malam nak tidoq pun masih ada yg bagi salam lagi...

*
*

*


*

Pelik tapi benar..


Setelah berbulan2 kemarau bermusim..lepas raya ni la tetiba je semua pejabat pos dan bank menerima nilai pelaburan yg mendadak..semua berkat amal jariah sedara-mara yg bersedekah tu..

*
*

*


*

Hmm..tuhla..Sapa suruh membazir lagi  beli sampai tak terhabis..nak simpan lama2 takut tak tahan nanti..So korang adik beradik lah yg terpaksa habiskan semua kuih tat, bahulu, biskut makmur dan pelbagai lagi tu...Makan ye jgn tak makan..

*
*

*

Last skali..


Paling berat bila anda dah kering kontang bila belum sampai waktunya...


*
*

Anyway..raya memang best tak terhingga..So beringat2 lain kali ekh dan dgn ini diisytiharkan aku menutup entry utk musim raya nih...Wasalam.


Sumber: Google

Friday, September 10, 2010

Ucapan Khas ~ Dengar Bebaik dan Record




Kepada semua yg pernah berkunjung ke blog ini...aku mohon ampun dan maaf jika ada terkasar penulisan, tercurik gambar tak bagitau dan tak balas2 komen korang...Berhati2 semasa memandu dan makan lemang jangan sampai tercekik sebab aku tak buat lagi tips nak elak tercekik lemang tu..
Jumpa lagi dalam masa terdekat dan nantikan entry2 terkini dari aku,..Insyallah.
Salam Eidul Fitri dari Suhaisweet Sekeluarga.



Wednesday, September 8, 2010

Balik Kampung ~ Aku Punya Idea


Rasanya tak terlambat utk aku keluarkan entry ni. Iyelah pasti ramai yg tertunggu2 tips keselamatan jalanraya dari aku (perasan)..tu yg dorang tak sedap hati nak balik kampung lg tuh..Cuba korang tilik2..kot2 leh pakai gak kepala otak aku yg bergeliga ni (lagi perasan)..

Korang pun tahu yg kecuaian diri kita sendiri adalah di antara faktor utama eksiden. Dan salah satunya yg nak aku present kat sini adalah sebab dari mengantuk ketika memandu. Ni aku nak bagi tips..

*
*

*


*

Di awal perjalanan...


Haa..para isteri yg jadi co-pilot tu cubala mainkan lagu2 yg berunsur keagamaan ke..atau pun syarahan agama..kalau nak best lagi cariklah yg mencabar sket seperti kisah jin, azab sakaratulmaut ataupun tanda2 kematian nak dekat..baru segar bijik mata driver kat sebelah tuh...

*

*


*



*
Tak berkesann??!! Hmm..


Cuba penuhkan kenderaan korang ngan pelbagai khazanah mainan anak2..bior dorang bergasak dalam tu..harap2 dgn riuh rendahnya dorang dapat membuatkan kita terhibur sama..hilang gak ngantuk kan?!

*
*

*


*

Tak berkesan gak?!..Cuba nih..


Korang suami isteri ni cubalah kreatif sket..Tengah driving tu ceritalah perkara yg lucu2 masa kawin dulu ke..ataupun adakan contest seperti mengira bape tiang lampu kat highway atau berapa buah kete exora atas jalan pun cantek gak..biar driver selalu ada tumpuan dan tak leka..(konon..)

*
*

*


*
Mata masih liat ketegaq lg..


Korang balik jer la ngan bas ataupun keretapi..takyah bersengkang mata ngan tips2 aku..Sebab abang2 drebar ni semua terlatih belaka (menuntut tips dari aku tau..)

*
*

*

*

Barulah leh balik kampung..Aman dan damai...


Berhati-hati di jalanraya,..'Anda buat anda dapat' (tagline Ustazah Bahiyah)

Sumber: Google

Sunday, September 5, 2010

Hari Raya ~ Siapa Paling Hepi?!


Apalah aku ni..cakap pasal raya sapa yg tak gembira..tak waras ke?..Iyela..aku tau tuh..tapi meh la kita gi tengok ngan lebih specific lagi..sapa yg paling gembira antara kita bila raye nih...cewah..


*


*


*

Kita mulakan di bengkel kete dulu ye..


Hah..tersonyuum lebar si tauke2 bengkel kete seantero Malaya..mana tak nye..time ni la permintaan melebihi perkhidmatan..org kata. Jadi berhati2la ekh..jgn sampai terperangkap sudah. Tapi ada gak yg menawarkan pelbagai diskaun menarik utk korang. So..semoga terpikat ye!

*


*


*



Kemudian...anak2 kita ler yg paling gembira kan?..baju baru dapat...duit raya dapat..eh eh..upah puasa penuh pun leh dapat jugak ke?? Hmmm....Walaupun steady jer bukak posa kat bilik air..~TANPA KANTUI..

*


*


*



Next pulak..Siapa?!..tentulah kakak2...para usahawan part time bagi kuih raya...baju raya... dan segala macam raya la senang citer...

*


*

Dan last skali..janganlah dilupakan...


Atuk dan nenek kat kampung tu pun nak tumpang gembira gak di hari mulia ni...walaupun anak2 dia tiga empat tahun sekali baru balik kampung...sampaikan cucu cicit pun dah tak recognize dorang..


*


*

OOppss..ada lagi....ada lagi..


*


*

Sapa pulak nih?? Siap bertanjak lagi..


Apa?!..Korang ingat patung kat KAMDAR tu tak gembira gak ker??..Selalu asyik berkot dan bertali leher jer..nak merasa gak dorang bergaya time raye2 ni.....


..Kesimpulannya...Semua sekali gembira lah abis cerita...;D



PotPet: Isk...baju raya tak beli lagi...

Gambar : Google

Friday, September 3, 2010

RAMADHAN ~ PemergianMu Ku Tangisi




Sayu, hiba dan perasaan bercampur baur memandang langit Allah SWT....Ramadhan bulan seribu keberkatan yg diberikan kepada kita kini sudah pasti hampir meninggalkan semua kita...Ya Allah...Tidak bolehkah jika Engkau wahai Tuhanku kurniakan kepada kami Ramadhan selama-lamanya...

*


*

"Kami rindu..kami belum puas.. Ya Allah...dengarlah rintihan kami...Amalan kami!..amalan kami!...Kau terimakah Ya Allah...."

*


*


Alangkah nikmat dan gembiranya jika esok ku bangun... Ramadhan masih tetap disisiku...Agar dapatku penuhi mu dengan keikhlasan ibadatku kepada Tuhan ku yang tetap satu..

Thursday, September 2, 2010

Celcom Broadband ~ Cam Ubi Kentang


Tension2...dalam beberapa hari ni susah sgt nak blogwalking..Hasil kaji selidik yg aku buat rupa2nya dah terlebih sudah...apa yg terlebih??

Rupa2nya aku dah terlebih sudu dari kuah (terlebih guna ler tu..). Last2 terus speed broadband yg ada ni diterhadkan hingga mencucuk nafas. Selama ni tak tau lak aku yg kita leh check fair usage policy ni  secara online..(x amik tahu ;))

*

*

Senang jerr..Bagi pelanggan Celcom aje tau..

Korang pergi ke halaman awek comel ni di sini

*

*


Dan korang boleh selongkar segalanya di sini (tutorial malas)..

Kadang2 aku rasa 5 GB data yg diberikan sangat2 tak mencukupi sekarang ini dengan pelbagai mende dalam internet ni yg saiznya besor2 belaka..Termasuklah blog kengkawan yang penuh ngan segala pokok krismas, lagu hindi dan gambar kucing ;D..hehe..(Jangan mare ye)

Anyway kengkawan nye pasal..aku terjah aje..salam.



PotPet: So..apa kene mengena ngan tajuk ubi kentang aku kat atas??..pening..


Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back