rss
email
twitter
facebook

Tuesday, November 30, 2010

ChurpChurp ~ Da New Look


Salam semua. Weh gempak giler skrang nih. Ala ChurpChurp yang tengah femes ni dah berwajah baru. Tak caya? Tengok!
*
*

*

Dan yang terbaru, Social Sharing diperkenalkan selain daripada Social Seeding dan Scheduled Tweet. Kali ni korang leh promote link korang tanpa perlu approval dari ChurpChurp dan boleh dikongsi melalui blog, Twitter, Facebook atau email. Dan yang penting jgn hantar misleading message/link kepada org lain. Mcm Youthsays juga, kalau tidak hilanglah earning korang tuh!


Contoh ads campaign pertama yang aku dapat.


Rasa ingin tahu mengenai iklan ini??


Monday, November 29, 2010

Tawaran Terhad!


Salam semua pembaca. Aku maju setapak lagi. Kali ini aku ingin menawarkan tempat duduk terhad (VIP lagi tuh) kat blog ini. Kalah Airasia.


Hanya 4 space dulu disediakan untuk yg bertuah dan cepat.(TINGGAL 1 JE LG!)

Syarat-syarat:
1) Ukuran adalah 125 X 125.
2) Harga RM 5/bulan
3) Banner adalah ciptaan sendiri.
4) Blog tiada unsur rasuah, maksiat, judi, khalwat dan sebagainya. (x subahat.)

Kebaikan?
1) Aku dapat duit poket. ;)
2) Korang yg bankrupt ;)
3) Mencantikkan blog aku (kalau banner korang cantek!)
4) Backlink aku pun cantik!

*
*
Hish..Ala korang jangan risaula. Dua-dua dapat manfaat. Aku akan cuba pastikan agar duit yg korang laburkan berbaloi sesuai ngan usaha aku. Tak perlu aku paparkan statistik TRAFIK aku dan sebagainya. Insyallah. Selamat Berblogging.

Oops terlupa, buat yg terpilih, blog korang akan dapat percuma 1 kali review dari aku. Nak tengok betapa kretip ke tak aku tengokla entry2 aku yg lepas terutama dalam label aku yg kreatif

Berminat? email aku di kublai9@gmail.com 



Psst..Cuba korang tengok bape org yg subscribe aku kalau tak yakin lagi..


Sunday, November 28, 2010

Jiwang Tapi KARAT =AKU


Mlm2 begini mmgla idea aku dtg berguni2..Dgn hujan lebatnya. Sejuk aircond yg menusuk tulang.. dan anak lak leh berdengkur sama kuat ngan ibunya.. Tapi kalau tiap hari dok saji ngan bende2 berat je mahu berpinau kepala korang yg nak membaca. Berjambang dibuatnya kakak2 yg dtg hari2 tuh. Last2 suma steady reader aku blah begitu sahaja tanpa menoleh ke belakang lagi. Mmg dorang ikut TagLine aku tu bulat2...
*
*

*
So nak jadi Blogger Hebat cam tuuttt...kenalah steady. Jgn gabra tak tentu pasal. Relaks.....relaks...Relaks jer..Tarik napas panjang2.....TariikkkK.....Lepasssss...fuuuUH. Dah lega? K layan klip ni.


*
*

Memang best kalau layan lagu ni bila korang tengah frust. Mesti nangis sebaldi punya. Aku? Ntah tak rasa apa pun. Relaks jer...Relakss.




Friso-Mum-Gold ~ Mmm..Ibu/Anak SUKA


Hai hoi hai..Apa yg korang buat cuti2  ni.Takkan berblogwalking je sampai ke lebam. Ha ni satu lg aku nak sampaikan buat semua. Friso-Mum-Gold. Banyak manfaat weh. Ni baru betul sambil menyelam kita minum susu..Bak kata lirik lagu kumpulan Indonesia nih " Ibu2 Bapak2 Siapa yang punya anak sila bagi... susu Friso Gold" Ada ker? K cukup mengarut. Ikuti info yg berguna ni.
*
*

Step #1
Ha pe2 hal register dulu butiran korang kat site ni baru leh teruskan..



Step #2
,
Download form kat site, kumpulkan bukti pembelian dan submit. Itu je.Mudah kan?..


Step #3
Segala jenis susu Friso Gold yg korang beli tu ada point mereka yg tersendiri. Jika korang dah laksanakan Step #2, secara otomatik korang akan dapat point yang terkumpul.


So nak buat apalak ngan point2 ni.? Bukannya kacang yg boleh dimakan!! Ha sabar. Lihat nih...


Step #4
Ha...Dengan point yg korang kumpul pilih saja pelbagai barangan yg ditawarkan seperti termometer, susu Friso Gold, voucer dan berbagai. Tengok jumlah point barang2 yg mencukupi syarat dan terus redeem. Mudah mudah..

*
*
Sekali aku tengok dah macam Bonuslink la pulak!hehe



Ha dan untuk keterangan lanjut korang leh la check di sini. Takut kalau aku menipu pepagi ni, dah gigi pun tak berus....huishhh.


"Selamat Minum SUSU.."


Lihat juga : PRUDENTIAL Assurance - RM 30 for simple survey.



Saturday, November 27, 2010

PRUDENTIAL Assurance THE BEST!!


Salam semua pembaca. Aku rasa ramai di antara kita yang dah ada mengambil polisi insuran. Tak kirala untuk diri sendiri, anak dan sebagainya (makwe/pakwe?). Ini adalah salah satu cara utk menjamin & beri perlindungan sewajarnya hingga masa akan dtg. Bg yg belum ada tu boleh timbang2kan ia..

Kebanjiran begitu byk polisi insuran dari pelbagai syarikat yg menawarkan mmg memeningkan kepala utk memilih.Mmgla kebanyakkannya hampir sama tapi kalau kita bijak memilih pasti akan lebih menguntungkan kita. Tul tak?

Ha ni ada satu syarikat yg memang femes kat Msia yg menawarkan pelbagai produk insuran yg senantiasa menarik utk ditawarkan kepada suma. PRUDENTIAL Assurance 


Pelbagai jenis polisi yg ditawarkan seperti :
-Saving (Dah Ada)
-Protection (Dah Ada)
-Retirement
-Investment (Dah Ada)
-Child (Dah Ada)
-Medical

Kalau korang tengok byk pilihan yg boleh dibuat ikut kemampuan dan tujuan kita memilih insuran tu. Kalau nak tahu lagi leh tengok tips memilih insuran ni utk tahu panduan memilih yg betul..Mgkn aku akan pilih medical kot coz yg lain suma dah ada. Tak rugi byk insuran kalau betul pilihan kita tuh..Di site Prudential ni korang boleh buat kiraan sendiri bajet korang dan mendownload brochure mengikut produk yg dorang ada. Kelassss.. 

Survey..survey...survey
*
*


Isi butiran korang kendian Drag & Drop je icon 4 pilihan insuran spt di atas..


Terkini lagi sensasi, korang leh join survey yg diadakan dan korang leh menang voucer RM 30 utk gi shopping tuh..senang je survey dia..tak sampai 2 minit pun..isk.(termenung sesaje pun dah 3 minit)

"BIJAK MEMILIH MENANG MEMAKAI..."


Thursday, November 25, 2010

Gempar! ~ WiFi PEMBUNUH!


Salam semua. Menarik betul hasil kajian dan analisis mat Saleh berkenaan bahaya WiFi ni pada manusia. Korang layan dulu..
*
*

*


ALPHEN AAN DEN RIJN, Belanda - Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati, lapor sebuah akhbar semalam.
Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning.
Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.
Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah.
Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal.
Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati.
Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan. - Agensi
*
*

Cuba korang bayang dan fikirkan..pokok dan segala dedaunnya dapat bertahan warna dan elastiknya walaupun terjemur di tengah terik matahari macam negara kita ni..Malah kulit kita pun tak setahan tu.Cuba korang berjemur sejam..memang hitam legam dibuatnya..Tapi dengan radiasi WiFi leh kuning dibuatnya dan terus mati lak tuh!..Isk..Penangan WiFi ni memang menakutkan kalau benar kajian yang dilakukan..!

Sumber: Kosmo

Wednesday, November 24, 2010

Bila Nak Kaya Nih?



Salam semua. Apa kabar teman Nuffnang? Sihat ke kengkawan Churpchurp?Bagaimana lak ngan diehard fan Youthsays? Begitu juga lelain lagi yg mencari sumber pendapatan tambahan secara online.

Banyak juga yg merungut berkata melalui cara ni terlalu slow la bro..Sehari naik10 sen je..bila nak kaya camnih? Sabar dik sabar. Kalau kene cara dan gayanya mesti berjaya. Terlalu ramai yg ordinary person kat alam maya ni yg tidak menggunakan akal fikiran dalam online bisnes termasuk aku (masih belajar hehe). Dari 90% mostly hanya 10% sahaja yg benar-benar berjaya. Dorang tu genius ke? Ataupun hanya nasib dorang je lebih baik. Tidak.Kita pun boleh. Dan nanti aku kupaskan pada siri yg akan datang..Cewah.

Ingat pepatah ni..

"Don't work for the money, but let the money works for you"

Lebih kurang gitulah kata org yg berjaya..How?? Tunggu...



Saturday, November 20, 2010

Bila P1 4G nak MELETOP?!



Salam semua sahabat suhaisweet. Apa khabar dan aku percaya ramai yg masih dalam mood berhari raya..yeahh..korban..korban..jgn tak sembelih. Kesempatan cuti lama ni aku pulun rest kat kampung d selatan tanahair.

Semangat berkobar2 nak blogwalking konon nak terjah site kengkawan..last2 hampeh. P1 4G aku si Wiggy ni terpisah jauh dari base station dia.(Takde coverage ler tu). Aduh..menyesal aku stop Celcom BB aku baru2 nih. Walaupun hap-hap tp still gak ada bar merah menyala2..bipbip.(cam otoromen)
*
*

*
Kalau di KL speed dia mmg kalah lain2 Broadband! Tapi bak kata CEO di..hanya 40% kawasan di Malaysia Barat telah dicover..so yg lain harap tunggu ye. Nasib la kat kampung2 ni pun ada CC. Leh gak sekali kala lepas rindu. Budak kampung pun dah pandai main roulette dan poker online tau.Isk isk

Anyway selamat bercuti wat kengkawan semua. Insyallah aku akan terjah selagi hayat dikandung broadband. Hehe.



Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Idul Adha


Fuh ngeri tengok gambar kat atas. Takpela setahun sekali je begini kan. Ramai yg menganggap Raya Korban ni tak berapa meriah sangat, tak macam Raya Puasa. Byk sebab. Tapi kalau kita menghayati pengertian di sebalik hari yg mulia ni baru kita tahu yg ia pun satu hari yg penuh bermakna bg semua umat muslimin kat dunia.

Kesempatan ini suhaisweet mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha. Rumah yg ditinggal tu takyahlah kunci, org lain pun nak dtg beraya gak. Kalau bawak kete tu laju2 baru cepat sampai tau.Sampai kampung mainlah mercun katak, beruk semua...barulah best dan meriah. (bg nasihat yg baik taknak dengar..)

Wassalam.

Tuesday, November 16, 2010

HUKUMAN YG WAJAR?


Salam semua. Ada beberapa gambar yg gempar ingin aku kongsikan kepada semua.

Mengikut cerita budak kecik ni dihukum kerana mencuri.


Tanpa belas kasihan..apala budak sekecil ni tahu..


Nak jatuh hukum biarlah berpada-pada. Jangan menganiaya sesama kita. Isk


Sumber : Kaskus

Monday, November 15, 2010

Be Part of ChurpChurp Today!


Masalah..masalah. Cane aku nak mula nih? Kepala dah berserabut, kulit aku dah berkedut memikir masalah dorang ni punya pasal. Apa dorang ingat aku ni guru kaunseling ke nak suruh setel! Cuba korang perhatikanlah...
*
*

*
Kes #1
Korang tengoklah anak angkat kemboja aku nih..dah ketagih kat video game skrg nih. Suma gara2 bawak dorang gi expo game aritu la nih.. Merengek meraban suruh aku beli!Ntah ape2. Ape ingat murah ke??



Kes #2
Dorang ni pun mmg dah melampau..Tahu dah tak berduit tapi menggatal nak melaram tak tentu hala. Wife aku ni pn satu, pastu saja tayang gambar dlm facebook dia. Nak gugat iman aku ler tu..sorry.



Kes #3
Hushh..umpama menanggung biawak hidup..Suruh cari keje ada saje alasan dia..jiwa tak sesuailah, gaji RM keciklah, tak pandai komunikasi la.. Adik aku ni kalau merayau, shopping mmg tak hengat..duit? aku jugakk..Kalau bab menatang Twitter tu dia lah raja..Bab perhabis duit dia No 1..Hmm..Byklah ko punya peace..



Kes #4 ~Melarat dah..
Tension punya pasal..dihempuknye aku mainan anakku sampai bersepai..ingatkan leh terbang..mmg aku dah biol..memang aku dh biol..

*
*
Hmm..aku sedar duit bukan segala-galanya..tapi segala-segalanya memerlukan duit dlm dunia ni..isk.

Kalaulah aku kaya cam Siti Nurhaliza kan best..suma aku sponsor. Setel masalah..


Psst...Selang beberapa hari kendian..

Aku pun mengadu la kat member aku si Dol Kuncup ni..tapi dia ni  asyik dok churpchurp churpchurp..Ntah ape2 tah..Tengok dia hidup senang lenang jer..keje ntah ape2. Churp churp churp churp..dah macam ayam serama pun ada aku nengok..

Tak puas hati aku check kat tenet..

Geledah punya geledah menatang ape churpchurp ni..5 minit aku dah paham dah..link twitter ngan fesbuk aku tuh..tap tap skrg dah 20 hengget duk goyang kaki..Mak aih..senang nyer..



Apa lagi..mmg aku promote giler2 lah kat family dan sedara mare suma lah lepas nih..Pastu korang pandai2lah cari duit sendiri..Tu pun aku nak suap lagi ke?? Isk..

TUTUP KES

***********************************************************************

Untuk makluman, entry ni khas bagi menyahut cabaran pihak churpchurp yg berani mencabar aku join contest nih. Korang pun sempat lagi. Tapi frustlah sebab dah terlepas beberapa event yg dianjurkan seperti Fly Kite Day dan bermacam lagi. Selamba jer dorang pegi tak bagitau aku..Kalau dah berani sangat jomla lawan kete remote kat tasik Titiwangsa..Ada berani??

Hah buat  kengkawan yg giler facebook dan twitter tu jomla join churpchurp. Tak rugi pun. Ni bukan MLM la..ceh!


Gambar : Cilok Google

PANASS...Lebih panas dari MELODI!!



Salam semua. Sekarang ni heboh pasal isu gelang AC Mizal yg tak habis2 tu. Semuanya bermula dari isu serangan di facebook melarat hinggalah ke blog-blog. "Umpatan, cacian, fitnah" semuanya silih berganti. Aku sendiri pun tak tahu mana yg betul. Biar pihak berkuasa menyiasat dahulu sebelum sebarang spekulasi dibuat. Ceh..macam ayat wartawan lah aku ni..Caiit..

Dua 3 hari ni aku asyik melayan blog Aidib Mu'addib yg tetiba femes ni. Memang best giler.Panas dan menyengat. Kalau tak tahan telinga boleh berdesing dibuatnye..Pasal dialah yg si Abang AC naik hot..aku cakap hottt...(xleh ckp lebih, nanti kene saman)

*
*

*

Satu lg yg cuba bro Aidid ni perjuangkan (naluri hati aku berkata) ialah dia ni sedaya upaya menyedarkan sebilangan kecil (kecil ke?) umat bangsaku (melayu) dari terus terlena, terlentok, dibuai semacam keseronokkan dalam bidang yg dikatakan menipu ni ..MLM (Multilevel Marketing)

Byk bisnes perniagaan sekarang yg berkonsepkan MLM ni. Tak perlulah aku sebut satu2..Tapi apa hukum yg sebenarnya jika join mende2 sebegini. Haram ke?? Mana FATWA nya? Jangan korang suka ati je jatuh hukum!

Ni kesimpulan yg aku petik dari laman web JAKIM.

HUKUM MLM : JAKIM  MENJAWAB

1) Hukum MLM adalah HARAM!
2) Tidak pentingkan Produk tapi mahu KAYA cepat!! Itu yg penting!
3) Hanya menguntungkan orang atasan (upline), yg bawah terkontang-kanting..

Tapi aku pun jadi konfius bila terbaca yg berikut..

Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) Menurut Islam

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan  Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam. (Link)
*
*
Apa pun bagi aku tidak ada sesuatu jalan mudah untuk senang di dunia apatah lagi kat Akhirat nun. Jadi berwaspada pada setiap langkah. Jgn kita dok aniaya org tak tentu pasal. Dua kaki kat dunia tapi kepala kat neraka..Isk.





Saturday, November 13, 2010

ATM ~Satu Lagi Sejarah



Malaysia komited dengan tempahannya bagi empat pesawat pengangkut tentera Airbus A400M meskipun beberapa negara menyemak semula tempahan mereka."Malaysia satu-satunya negara di rantau ini yang membeli A400M dan ia masih komited dengan tempahannya," kata Naib Presiden pemasaran keupayaan pertahanan Airbus Military, Peter Scoffham (gambar) pada taklimat media di sini semalam.

Scoffham berada di Malaysia untuk memaklumkan perkembangan terkini mengenai pesawat pengangkut awam dan tentera Airbus selepas menghadiri Indo Defence 2010 di Jakarta.Sebelum ini, Organisation Conjointe de Coopération en Matière d'Armement yang mewakili Belgium, Perancis, Jerman, Luxembourg, Sepanyol, Turki, dan UK komited untuk membeli 180 pesawat A400M tetapi kemudian mengurangkannya kepada 170 unit.

Ini berikutan keputusan Jerman untuk mengurangkan tempahan kepada 53 pesawat daripada 60 unit manakala UK mengurangkannya sebanyak tiga kepada 22 unit.Ditanya mengenai sama ada akan terdapat kelewatan dan semakan semula kos bagi A400M, Scoffham berkata:

"Saya tidak boleh memberikan perkembangan terkini rasmi... apa yang boleh saya katakan ialah kami gembira dengan kemajuan A400M dan ujian penerbangan."Dilaporkan pada tahun lepas bahawa Malaysia yang akan menerima pesawat itu pada 2013, tidak perlu membayar wang tambahan bagi empat pesawat pengangkut yang ia tempah pada 2005.
*
*

*
Wah..bangga pun ada. Bagusla sekurang2nya kapal kargo sebegini dapat membantu lagi pasukan Angkatan Tentera Malaysia terutamanya Airforce bagi operasi latihan dan juga membantu kententeraman awam.



Ini pula adalah C130 Hercules TUDM yg telah banyak membantu selama ini..Syabas Malaysia!



Sumber: Carigold

Thursday, November 11, 2010

Lagi NAHAS ketika Maksiat?!..



KANGAR – Selepas memadu kasih sehingga awal pagi, sepasang kekasih yang tergesa-gesa pulang maut apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebatang pokok di jalan persisiran pantai Kuala Perlis-Sungai Baru di sini semalam.Dalam kejadian pada pukul 1.20 pagi itu, mangsa yang terkorban ialah seorang pelajar, Nur Shahirah Mat Akhir, 20, dan teman lelakinya, Zul Hairi Basir, 21.Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, semasa kejadian kereta Proton Iswara tersebut dipandu oleh Shahirah dengan laju untuk menghantar pulang kekasihnya di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah.“Sebelum itu, pasangan itu pergi ke Kuala Perlis untuk makan malam dan berjalan-jalan di tepi pantai tersebut.“Menyedari hari sudah lewat malam, mereka pulang dan dipercayai Shahirah memandu dengan laju di jalan yang tiada lampu dan licin,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
*
*
*
Lagi nahas ketika maksiat...Tuhan sahaja tahu perkara yg sebenar. Insaflah buat yg masih hidup..


Sumber: Kosmo

Sunday, November 7, 2010

KIAMAT di Yogyakarta??


Salam takziah buat semua mangsa gempa bumi dan tsunami di Indonesia. Begitu juga takziah kepada mangsa-mangsa banjir di negeri2 utara Msia. Bencana sekarang berlaku di merata2 tempat di seluruh dunia. Hinggakan ada yg mengatakan Hari Kiamat sudah begitu hampir kepada kita!
*
*

*




*
*
Firman Allah SWT yang bermaksudDemi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya. Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya. Dan Demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya. Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya. Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya, (Sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)! Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan), Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing). Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut Pemandangannya tunduk gerun. Mereka (yang ingkar) berkata: "Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu? Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?" Mereka berkata lagi (secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!" (menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua), Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata. (al-Nazi'at: 1-14)


Sumber: Google

Friday, November 5, 2010

~Deepavali~


Selamat Menyambut Deepavali buat penganut Hindu di Malaysia. Kekalkan hidup kita satu rukun dan mesti best sebab banyak open house. hehe..

Thursday, November 4, 2010

Teka-Teki ~ Aku bagi RM 100


Okay kengkawan. Suhaisweet tengah poket tebal ni saje menggatal adakan teka-teki untuk agihkan wang zakat. Korang cuba ekh manala tau berjaya.




Mende ape yg kurus sekeping?
*
*

*



Takde gigi, tangan mahupun kaki..


*
*

Dia tak hensem pun tapi berduit..







ramai org terkejar2kannya..


*
*
*

*

*

Ha dapat tak jawapannya? Epal takde kaki?..Salah..Jawapannya ialah...(diiringi drum roll)




Cek Nuffnung aku ler..ceh hampeh tul aku ni. Korang pun tak dapat jawab jadi aku makan sorang2 jela. Jangan marah..

1st cek ni mmg tak percaya. Dulu selalu cakap "betul ke dia bayar??" Masih sukar nak percaya selagi tak dapat.Walau sikit tapi sebagai pembakar semangat dan dorongan. Kerana korang jugaklah yg rajin jengah ke sini aku dapat rezeki ini. Alhamdulillah.

TQ Nuffnang. Friends.


Sumber: Bro Posmen

Wednesday, November 3, 2010

Fenomena ChurpChurp!



Salam semua. Wah sekarang ni ramai benar ye yg dah tahu pasal churpchurp ni. Ha buat kengkawan yg belum tau tu meh la sama2 join sbb tak rugi pun. Ini adalah satu cara lagi tambah peluang pendapatan secara online.

Apa yg perlu korang buat adalah sign up dulu churpchurp ni dan link dgn akaun twitter atau facebook korang. Pastu completekan tugasan2 yg akan diberi mengikut arahan yg ditetapkan. Tugasan tu dia maklumkan mnelalui email korang. Jgn lupa utk cari follower seramai mungkin. Ha..kat sini follower mmg memainkan peranan yg penting. Makin ramai yg klik pada tweet asignment kita ni maka makin byk lah fulus yg dapat. Mudahkan?
*
*

*

Tengok! Tak sampai sebulan aku dah dapat sebanyak ni. Alhamdulillah..

*
*

Last sekali korang tak perlu risau. Tak hilang punya status 'geli2' korang ngan Nuffnang ni sbb ia pun adalah sebahagian dari Nuffnang kita yg tersayang jugak. Cewah.

Selamat Mencuba.


Monday, November 1, 2010

Cicak Pun Ada perasaan wehh...

Salam semua kengkawan. Hari pemula mggu ni malas nak berat2kan kepala. So apakata kita layan dulu klip ni.



Cicak pun ada perasaan tau..

Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back