rss
email
twitter
facebook

Tuesday, April 26, 2011

DNA Y - Sah Milik Anwar Ibrahim?


Adakah benar kes liwat Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari sudah sampai ke penghujung? Ini berikutan telah terjawab kepunyaan siapa DNA lelaki Y yang menjadi misteri sebelum ini!

Pakar Kimia Makmal Forensik DNA Jabatan Kimia, telah mengesahkan tiga barang bukti iaitu berus gigi, tuala Good Morning dan sebotol air mineral kosong sepadan dengan DNA Lelaki Y dan DNA pada dubur Mohd Saiful Bukhari!

Sama-sama kita tunggu kesudahan kes yang sudah berlanjutan sekian lama ini kerana semua sudah muak!!

Thursday, April 21, 2011

Digi Contest- Rugi Kalau Tak Masuk!!



Satu lagi khabar gembira dari DIGI! Korang berpeluang untuk menang hadiah yang berbagai weh..seperti Apple iPad, unit GPS WayWay dan yang paling best - Honda City Terbaru!!! Weihh.







Macamana nak menang memang senang tapi apapun kenelah usaha sket. Contest yang menarik pasti ramai saingannya. Hanya yang benar2 bijak dan bernasib baik bakal pulang bergaya! Tak salah kalau mencuba contest DIGI nih!

Menarik? Nak Join?? Boleh Layari tanpa segan ke Laman Contest DIGI.

Cepat! Lagi Lambat Orang Lain Ada Chance Kebas!!


Tuesday, April 19, 2011

Sarawak Election - Empat Faktor Barisan Nasional (BN) Menang


Pilihanraya Negeri Sarawak telah pun selesai dan pelbagai analisis politik dibuat bagi mengupas mengapa Barisan Nasional (BN) terus menang di Sarawak.

Berikut adalah petikan dari akhbar Utusan Online ~ 4 Faktor BN Menang di Sarawak
*
*

KUALA LUMPUR 18 April — Kemenangan besar Barisan Nasional pada pilihan raya negeri Sarawak Sabtu lepas disebabkan empat faktor utama, kata Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.

1) Kepercayaan rakyat Sarawak kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

2) Rakyat menolak "temberang" Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

3) Rakyat masih yakin dengan kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berbanding calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Baru Bian, yang dinamakan oleh Anwar sebagai Ketua Menteri sekiranya pakatan pembangkang menawan Sarawak.

4) Sarawak memilih pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN berbanding janji-janji tidak pasti daripada pembangkang.

Tuesday, April 12, 2011

Maharaja Lawak - (Johan dan Zizan) Jozan Membosankan!!



Aduh duh duh...sedih pun ada apabila mendengar komen dari Mamat Khalid pada Maharaja Lawak Musim Pertama Minggu Pertama yang lalu.

Memang tak dinafikan yang Zizan dan Johan memang mempunyai bakat besar sebagai pengacara yang lawak dan gila-gila. Tapi mungkin di pentas Maharaja Lawak bukan tempat bagi mereka. Anywayy sama-sama kita tunggu dan saksikan adakah Jozan akan kembali bersinar semula nanti!! Tunggu..

Monday, April 11, 2011

F1 GP Sepang - Tahniah Lotus Renault!

Tahniah sekali lagi kepada Pasukan F1 Lotus Renault kerana telah berjaya catat kemenangan kali kedua naik ke podium sebagai tempat ketiga pada Perlumbaan Kereta Formula Satu (F1) 2011 di Sepang semalam.

Jentera yang dipandu oleh Nick Heidfeld berjaya mendapat tempat ketiga di belakang juara GP Sepang 2011 iaitu Sebastian Vettel dari Pasukan Red Bull dan Jensen Button dari McLaren.

Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back
OnePlusYou Quizzes and Widgets