rss
email
twitter
facebook

Thursday, April 26, 2012

Jubah Rasulullah S.A.W



Aku terjumpa gambar di atas di dalam satu laman forum yang menunjukkan peninggalan jubah kepunyaan Nabi Muhammad S.A.W dan puteri baginda iaitu Saiyidatina Fatimah.

Sahih atau tidak aku tak pasti. Atau mungkin juga sekadar replika yang menyerupai keadaan sebenar, tiada siapa yang pasti.

Anyway salam dan selawat buat Nabi junjungan kita dan keluarganya. Baginda merupakan role model dari segenap aspek kehidupan buat kita umatnya.

Saturday, April 21, 2012

Proton Preve Accident!


Satu lagi model kereta Proton kebanggaan Malaysia telah dilancarkan pada 16 April 2012! Proton Preve. Gambar berikut mungkin mengiurkan anda semua..





Untuk makluman, Proton Preve ini adalah model kereta Proton yang kedua selepas Exora Bold yang dilengkapi dengan enjin berkuasa turbocharger..wow. Dengan hampir 94 peratus komponenya dari pengedar tempatan telah membuktikan kebolehan kita dalam bidang automotif semakin cemerlang!

Proton Preve ditawarkan dengan harga dari RM 59,990 hingga RM 72,990 yang tentunya agak murah dalam segmen saingannya. Dan yang paling bestnya, ia juga dilengkapi dengan kemudahan akses internet 4G dari YES. Hebatkan?!

*
*

*


Dan lihat juga berita panas yang melanda kereta kesayangan aku ini bila kecoh yang Proton Preve ini eksiden agak teruk kat susur DUKE, Sentul. Hingga ada mulut dan tangan yang busuk memburuk-burukkan kualiti Proton Preve ini. 


 Sumber penuh dari nescafeais.com - PROTON PREVE PATAH RODA KEMALANGAN dan paultan.org - PREVE ACCIDENT

Anyway aku tetap berbangga dan aku percaya PROTON akan terus maju dan gemilang di masa hadapan dengan sokongan semua rakyat Malaysia!




Semakan Penyata Gaji 2012 | SSM


Kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam dan kerajaan sehingga 13 peratus baru-baru ini. Anda bolehlah membuat semakan penyata gaji terbaru bagi SSM 2012 bagi mengetahui gaji terkini dan tunggakan kenaikan gaji berkuatkuasa 1 Januari 2012 di laman web berikut:


Antara maklumat lain yang boleh diperolehi adalah seperti e-Penyata Gaji dan Laporan, e-Peperiksaan, e-Maklum, e-Kursus dan lain-lain maklumat yang berguna seperti Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2012.

Sunday, March 25, 2012

Semua Berkaitan UPU


Tahniah buat adik-adik yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 baru-baru ini. Buat yang kurang menyerlah jangan berputus asa sebab masih banyak ruang dan platform untuk kita memajukan diri. Yang penting ada usaha dan perancangan yang jitu.

Di sini disenaraikan link-link penting buat rujukan:



SAPS |SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH | PANDUAN


Satu lagi kemudahan yang disediakan bagi menambahbaik sistem pendidikan di Malaysia. SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah).

Berikut adalah sedikit info berkaitan SAPS ini:

1. Pusat pengumpul, pemyimpan dan analisis data peperiksaan sekolah seluruh Malaysia.
2. Hanya boleh dicapai secara online oleh pihak tertentu sahaja seperti KPM, JPN, PPD dan sekolah.
3. Operator terminal di sekolah adalah guru yang mengakses dan kemaskini maklumat .

Laman Web SAPS: http://saps.moe.gov.my

Kredit kepada : http://www.expresi.org


Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back
OnePlusYou Quizzes and Widgets