rss
email
twitter
facebook

Thursday, April 11, 2013

Segala Info Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13)


Segala maklumat dan berita terkini berkaitan Pilihanraya Umum Ke-13 insyallah akan di update di post ini.

......................................................................................

Untuk semakan daftar pemilih secara online:-


Perkara dan tarikh-tarikh penting:-

1.      Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima Perisytiharan  oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 3 April 2013   berhubung dengan pembubaran Dewan  Rakyat.  Pada 5 April 2013 semua Dewan Undangan Negeri juga telah dibubarkan dan pada  hari ini SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas.

2.      Menurut Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan suatu pilihan raya umum di  dalam tempoh enam puluh (60) hari dari  tarikh pembubaran itu.

3.      Bagi membantu SPR menjalankan pilihan raya itu, penyerahan writ oleh Pengarah-Pengarah Pilihan Raya Negeri kepada  222  Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan 1,088  Penolong Pegawai Pengurus akan dibuat.  Bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen,  SPR  telah memutuskan untuk menubuhkan  379  Pegawai Penguat Kuasa yang juga merupakan Ketua bagi Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).  

4.      Bagi menjalankan PRU Ke-13 ini,  SPR akan  menggunakan
8,789 Pusat Mengundi yang mengandungi 26,219 Tempat Mengundi (Saluran).  Bagi maksud Hari Pengundian Awal, sebanyak 544 Pusat Mengundi dengan 882 Tempat Mengundi akan dibuka.  Manakala bagiPengundian Biasa, sebanyak 8,245 Pusat Mengundi disediakan dengan25,337 Tempat Mengundi akan dibuka. 

5.      Bagi tujuan membantu SPR menjalankan PRU Ke-13,  seramai 234,905 orang petugas pilihan raya akan dilantik. Untuk PRU Ke-13, sebanyak RM400 juta peruntukan   telah diperolehi oleh SPR bagi  menjalankan pilihan raya ini.

6.      Daftar Pemilih yang akan digunakan bagi PRU Ke-13 ini ialah  Daftar Pemilih Induk (DPI) 2011, Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun  Pertama 2012, Suku Tahun Kedua 2012, Suku Tahun Ketiga 2012 dan Suku Tahun Keempat 2012 yang dinyatakan dalam Notis Pewartaan yang akan  diwartakan pada 11 April 2013.  Daftar Pemilih Pilihan Raya itu mengandungi 13,268,002 orang pemilih yang terdiri dari  12,992,661 Pemilih Biasa, 161,251 orang Tentera dan pasangan, 111,136 orang Polis dan pasangan  Polis Gerakan Am (PGA) serta 2,954 orang Pengundi Tidak Hadir (PTH) luar negara.  

7.      Daftar Pemilih Pilihan Raya dalam bentuk Cakera Padat (CD)  bagi pilihan raya itu akan mula dijual pada 15 April 2013 dan dalam bentuk buku pada  19 April 2013. Para pengundi boleh membuat semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi  mereka melalui laman web SPR  (www.spr.gov.my), Portal PRU Ke-13 (www.pru13.gov.my) atau melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR <jarak> SEMAK <jarak> NO. KAD PENGENALAN  dan hantar kepada 15888  mulai  15 April 2013. Bagi semakan melalui SMS juga, SPR telah menyediakan kemudahan tambahan  seperti yang berikut: 

(a) 29292 bagi pengguna Celcom;
(b) 33080 dan 22789 bagi pengguna Maxis;  dan
(c) 33080 bagi pengguna Digi.
Semakan boleh dibuat dengan menaip spr <jarak> no. kad pengenalan dan hantar kepada nombor-nombor tersebut.Para pengundi juga boleh menelefon  Ibu Pejabat  SPR di Putrajaya (03-8885 6565)   dan  Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri.  

8.      Sehubungan dengan itu, pada hari ini SPR yang terdiri daripada tujuh anggota Ahli Panel, iaitu saya selaku Pengerusi. Timbalan Pengerusi, Datuk Wira Haji Wan Ahmad Wan Omar  dan lima Ahli lain, iaitu Datu Haji Ramji bin Alli, Datuk Dr. P. Manogran, Datuk Christopher Wan Soo Kee, Dato’ Haji Md. Yusop bin Haji Mansor dan Tuan Haji Abdul Aziz bin Khalidin telah mengadakan Mesyuarat Khas dan mengumumkan tarikh-tarikh penting bagi PRU Ke-13 adalah  seperti yang berikut:

Tarikh Keluar  Writ        
:
11 APRIL 2013 (KHAMIS)
Tarikh Notis Pilihan Raya        
:
12 APRIL 2013 (JUMAAT)
Tarikh Penamaan Calon
:
20 APRIL 2013 (SABTU)
Tarikh Mengundi Awal
:
30 APRIL 2013 (SELASA)
Tarikh Mengundi 
(Jika ada pertandingan)
:
05 MEI 2013 (AHAD)

9.      Bagi memastikan proses pelaksanaan PRU Ke-13 ini berjalan lancar, SPR memohon agar semua pihak mematuhi undang-undang dan peraturan serta arahan pihak polis yang bertanggungjawab untuk memastikan ketenteraman awam semasa PRU Ke-13.  Parti-parti politik, calon-calon, petugas-petugas dan  para penyokong parti  serta  mana-mana individu lain yang akan terlibat  semasa berkempen, hendaklah mematuhi undang-undang dan  peraturan-peraturan  pilihan raya serta tatasusila berkempen sebagaimana yang ditetapkan oleh SPR.

10.    SPR juga ingin mengingatkan calon-calon dan parti-parti yang bertanding mengenai kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5). Bahagian III Akta 5  menyenaraikan segala perbuatan rasuah yang jika seseorang itu disabitkan  dengan kesalahan itu dia boleh dikenakan hukuman penjara dan denda. Kesalahan di bawah  Bahagian III Akta 5 ini  merupakan “kesalahan yang ditetapkan” di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang mempunyai kuasa untuk menyiasat, mengikut peruntukan undang-undang, mana-mana orang yang melanggar mana-mana  seksyen di bawah Bahagian III Akta 5. Sepanjang tempoh PRU  Ke-13 ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memantau apa-apa aktiviti  bagi memastikan mana-mana orang yang didapati melanggar Akta 5  akan disiasat dan jika mempunyai bukti yang lengkap, akan didakwa.

11.    SPR juga ingin mengingatkan  bahawa pada hari pengundian,  tiap-tiap majikan dikehendaki memperuntukkan tempoh yang munasabah kepada pekerja-pekerjanya untuk keluar mengundi. Subseksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954  memperuntukkan seperti yang berikut:

“25(1) Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi membenarkan suatu tempoh yang munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi, dan tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja dalam tempoh itu.” .

12.    Mana-mana majikan yang secara langsung atau tidak langsung enggan membenarkan pekerjanya keluar mengundi  boleh, apabila disabitkan,  didenda sebanyak lima ribu ringgit atau dipenjara selama satu tahun sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subsekyen 25(3)  Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

13.    Maklumat-maklumat lain berhubung dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 ini akan dikeluarkan  dari semasa ke semasa oleh Ibu Pejabat SPR atau Pengarah-pengarah Pilihan Raya Negeri atau Pegawai-pegawai Pengurus Pilihan Raya berkenaan.

Sekian dimaklumkan dan dan terima kasih.

(TAN SRI DATO’ SERI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF)
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
10 April 2013



Sunday, December 9, 2012

IPAD MINI | MALAYSIA



Sekian lama menunggu kemunculannya, akhirnya tablet iPad Mini dari Apple sampai juga untuk pasaran Malaysia. Pasti ramai yang beratur panjang bagi mendapatkan gadjet yang hebat dengan pelbagai ciri-ciri menarik yang menjadi nilai tambah kepada abangnya, iPad 2.

*
*

*





Setakat ini tiada lagi penawaran pakej iPad Mini bersama telco tempatan seperti Celcom, Maxis dan DiGi mungkin kerana mereka lebih menumpukan kepada pelancar iPhone 5 tidak lama lagi. Walaubagaimanapun anda boleh mendapatkan iPad Mini ni samada di retail store seluruh negara atau cawangan seperti Seng Heng dan Courts Mammoth.

Untuk maklumat lanjut layari Apple Store Malaysia



Sunday, November 25, 2012

Kamera AES | Mesti Tahu!



Apa Itu Sistem Kamera AES (Automatic Enforcement System) Dan Bagaimana Ia Berfungsi.


Sila baca Wiki - AES


*
*

Lokasi Kamera AES




Contoh Imej Kesalahan Dirakam AES.



*
*

*

Mengesan Kamera AES Menggunakan Aplikasi Android.





Dengan kecanggihan teknologi ICT, ditambah lagi majoriti daripada rakyat Malaysia menentang kaedah tersebut yang dianggap sama seperti ‘saman ekor’ telah mendorong seorang warganegara Malaysia yang prihatin bagi mencipta satu aplikasi yang membolehkan pengguna mengesan lokasi kamera AES melalui telefon pintar mereka.


* Mengesan lokasi AES pada jarak 500 meter dari posisi kereta anda sewaktu memandu.

* Membunyikan signal amaran sebaik sahaja kereta anda memasuki jarak 500 meter tadi.

* Anda hanya perlukan sebarang peranti Android yang di install Adobe AIR dan ON kan GPS agar ia dapat berfungsi.


Perisian ini boleh dimuaturun melalui Google Play dan diberikan secara percuma.

*
*

*


Tragedi Kamera AES

Tumbang tak tahu apa punca. Tiada kesan pelanggaran. Mungkin perbuatan khianat.

Ini mesti lori punya kerja. Anyway bukan cara terbaik untuk protes.




Mungkin kesejukan malam hari menyebabkan kamera-kamera ini diselimut. 

*
*

*


Lain-Lain Isu Berkaitan Kamera AES.














Monday, November 19, 2012

Panggilan Percuma Dengan Blackberry




TORONTO 18 Nov. - Pengguna telefon pintar BlackBerry, tidak lama lagi boleh membuat panggilan secara percuma melalui rangkaian WiFi, hanya dengan menggunakan perkhidmatan teks mesej BlackBerry Messenger (BBM). Perkara tentang ciri terbaharu telefon pintar itu diumumkan oleh pembuat gajet berkenaan, Research In Motion (RIM), baru-baru ini. Dengan aplikasi itu, pengguna BBM boleh membuat pilihan sama ada untuk membuat panggilan, atau menghantar teks mesej dengan skrin yang boleh membuat dua paparan. Ciri-ciri terbaharu itu akan dikemas kini secara percuma bagi pengguna BlackBerry sedia ada, menjelang pelancaran telefon BlackBerry 10 pada 30 Januari ini, sekali gus menjamin kelangsungan RIM.

Menurut RIM, perkhidmatan panggilan BBM hanya boleh digunakan oleh gajet yang mempunyai sistem operasi BlackBerry 6 atau yang lebih tinggi, dengan usaha menaik taraf akan dilaksanakan juga ke atas BlackBerry 5. RIM membuat pendedahan mengejutkan dalam laporan pendapatannya baru-baru ini dengan mengumumkan pengguna gajet itu semakin meningkat, ekoran kemunculan pasaran baharu serta perkhidmatan BBM. Bagaimanapun, syarikat itu kini bergelut untuk menarik perhatian pelanggan di Amerika Utara yang mula beralih kepada telefon Android dan iPhone. RIM yang berpangkalan di Kanada mendakwa, pengenalan perkhidmatan panggilan itu dapat membantu mereka mengembangkan pasaran telefon itu yang kini mendapat sambutan baik di Indonesia, Nigeria dan Afrika Selatan. - AP

Saturday, October 20, 2012

Final Piala Malaysia 2012 | Keputusannya!


Saksikan Final Piala Malaysia 2012 antara Pasukan ATM vs Pasukan Kelantan pada malam ini, Sabtu bersamaan 20 Oktober 2012 bertempat di Stadium Shah Alam.

Keputusannya terletak di kaki para pemain ler.. Harap pasukan kawe iaitu ATM menang besar ler weh..Haha.

Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back
OnePlusYou Quizzes and Widgets