rss
email
twitter
facebook
Showing posts with label iPhone. Show all posts
Showing posts with label iPhone. Show all posts

Monday, November 19, 2012

Panggilan Percuma Dengan Blackberry




TORONTO 18 Nov. - Pengguna telefon pintar BlackBerry, tidak lama lagi boleh membuat panggilan secara percuma melalui rangkaian WiFi, hanya dengan menggunakan perkhidmatan teks mesej BlackBerry Messenger (BBM). Perkara tentang ciri terbaharu telefon pintar itu diumumkan oleh pembuat gajet berkenaan, Research In Motion (RIM), baru-baru ini. Dengan aplikasi itu, pengguna BBM boleh membuat pilihan sama ada untuk membuat panggilan, atau menghantar teks mesej dengan skrin yang boleh membuat dua paparan. Ciri-ciri terbaharu itu akan dikemas kini secara percuma bagi pengguna BlackBerry sedia ada, menjelang pelancaran telefon BlackBerry 10 pada 30 Januari ini, sekali gus menjamin kelangsungan RIM.

Menurut RIM, perkhidmatan panggilan BBM hanya boleh digunakan oleh gajet yang mempunyai sistem operasi BlackBerry 6 atau yang lebih tinggi, dengan usaha menaik taraf akan dilaksanakan juga ke atas BlackBerry 5. RIM membuat pendedahan mengejutkan dalam laporan pendapatannya baru-baru ini dengan mengumumkan pengguna gajet itu semakin meningkat, ekoran kemunculan pasaran baharu serta perkhidmatan BBM. Bagaimanapun, syarikat itu kini bergelut untuk menarik perhatian pelanggan di Amerika Utara yang mula beralih kepada telefon Android dan iPhone. RIM yang berpangkalan di Kanada mendakwa, pengenalan perkhidmatan panggilan itu dapat membantu mereka mengembangkan pasaran telefon itu yang kini mendapat sambutan baik di Indonesia, Nigeria dan Afrika Selatan. - AP

Monday, March 7, 2011

IPAD 2 | Launch | Spec | Price



Haha...aku nak tergelak pun ada. Ada yang kata IPAD 2 ni hanyalah iPhone 4 XL? Anyway mantap jugak tuh! IPAD 2 telah menjadi kegilaan sekarang nih!

Jom kita tengok spec IPAD 2 ini.

  • A5 Dual core CPU, twice as fast as the current iPad
  • Front and back camera
  • Face time
  • Rear camera HD video capable
  • 590g in weight
  • Same battery life as existing iPad
  • 33% thinner than original iPad
  • GPU 9 times faster than on original iPad
  • iPad 2 thinner than iPhone 4
  • Available in black and in white from day 1
  • Gyroscope
  • To be shipped with iOs 4.3 (Airplay and personal ‘hot spots’)
* Aku copy paste bulat2 tanpa usul periksa.


_____________________________________________________________

PELANCARAN - IPAD 2 dijangka dilancarkan bulan Julai dan Ogos 2011 ini di Malaysia. Jadi bersabar ya buat yang kaki gadjet tuh!

Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back
OnePlusYou Quizzes and Widgets