rss
email
twitter
facebook
Showing posts with label Gempa bumi. Show all posts
Showing posts with label Gempa bumi. Show all posts

Friday, March 18, 2011

Radiasi Nuklear Jepun | 48 Jam Sahaja Lagi!!


Krisis nuklear di Jepun yang tiada penyelesaian yang konkrit

Aduh!! Sungguh mendebarkan! Tempoh 48 jam sahaja bagi Jepun untuk mengawal paras radiasi dari reaktor nuklear sebelum segala2nya jadi terlambat unuk diselamatkan!

- Bakal menjadi malapetaka yang lebih besar dari Chernobyl
- Radiasi melebihi tahap berbahaya iaitu 809 mikrosievert sejam (unit radiasi) minggu ini. 
- Ada laporan dari Korea Selatan dan Taiwan menyatakan pelancong yang tiba dari Jepun didapati ada sedikit tahap radiasi.

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, semaju dan seampuh mana sekalipun sains dan teknologi yang dimiliki oleh manusia, kita sangat kerdil dalam menghadapi musibah yang ditentukan olehNya ini.



Thursday, March 17, 2011

Malaysia Bebas Radiasi | Gempa Bumi Jepun



Hai..tak habis2 lagi pasal bencana gempa bumi dan tsunami di Jepun baru-baru ni. Yang terbaru kesan terhadap kerosakan kemudahan reaktor nuklear di Jepun yang menyebabkan radiasi berbahaya tersebar luas.

Dari petikan Utusan Malaysia, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan Malaysia bebas dari kesan pelepasan radioaktif ekoran loji kuasa nuklear Fukushima rosak teruk akibat gempa bumi kuat.

Wednesday, March 16, 2011

Awan Radioaktif Terus Bergerak! | Mana Nak Lari Nih Weh?



Takut dan terus berada dalam ketakutan. Berita semalam mengatakan yang selepas awan radioaktif kesan daripada siri letupan di stesen tenaga nuklear Fukushima dibimbangi akan sampai ke ibu negara Jepun, dalam tempoh beberapa jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Kesan dari pencemaran bahan radioaktif ini boleh mengakibatkan kanser sekiranya kita terdedah kepadanya.



Sunday, March 13, 2011

Gambar Gempa Bumi di Jepun | Subhanallah!


Menakutkan, mengerikan dan di luar apa yang kita fikirkan! Begitulah gambaran yang dapat diberikan kepada bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Negara Jepun baru-baru ini!












Negara Jepun yang begitu canggih dari segi kelengkapan, teknologi dan sistem amaran bencana pun terkapai-kapai apabila diuji oleh Allah S.W.T akan bencana Gempa Bumi dan Tsunami. Adakah negara kita Malaysia sudah bersiap sedia?? Tanya iman di dada!


Friday, March 11, 2011

Gempa Bumi dan Tsunami Melanda Jepun | Dasyat!


Sungguh terkejut apabila berita mengatakan satu gempa bumi kuat beskala 8-9 Richter melanda Negara Jepun pada jam 2.46 pm waktu sana. 

Sungguh mengerikan apabila melihat tsunami setinggi hampir 7-10 meter menyapu bersih seluruh kawasan pantai berhampiran. Buat masa ini 22 orang telah terkorban. 

Pihak MOSTI di Malaysia turut menasihatkan penduduk di kawasan sekitar Negeri Sabah agar menjauhi pantai buat masa ini ekoran kejadian gempa bumi dan tsunami tersebut.

Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back
OnePlusYou Quizzes and Widgets