rss
email
twitter
facebook
Showing posts with label diskaun. Show all posts
Showing posts with label diskaun. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

Saman Ekor | Ramai Yang Tak Tahu!

Aku pasti ramai yang sangka telah buat salah apabila mendapat notis saman ekor ataupun speed trap. Sebenarnya anda masih berpeluang membela diri apabila mendapat tahu yang kenderaan anda telah direkodkan atas kesalahan memandu laju.


Anda masih boleh membela diri jika mendapati ada bukti yang anda tidak melakukan kesalahan tersebut.

Wednesday, March 9, 2011

Timbang Ansuran Bayar Saman | Aku terkesima!


Ada suara2 yang ingin meminta kerajaan menimbangkan agar penguna yang melakukan kesalahan lalulintas/trafik dapat membayar saman trafik secara ansuran

Ini diutamakan kepada yang mempunyai jumlah saman yang banyak dan mencecah ribuan ringgit.




Thursday, March 3, 2011

Tempoh Diskaun Saman Trafik Dilanjutkan 10 Mac 2011


Memang berita gembira bagi yang masih belum sempat membayar saman trafik! Tempoh diskaun saman trafik sebanyak 50% dilanjutkan hingga ke 10 Mac 2011.

Perit juga bila nak bayar lebih dari satu saman trafik jika tiada diskaun saman trafik diberikan. Diharapkan agar tempoh utk kenderaan disenarai hitamkan pun dilanjutkan bagi memberi kemudahan kepada orang ramai.

Monday, February 28, 2011

Saman Trafik | Pejabat Pos


Aduh.memang tengah hangat dan kecoh pasal isu saman trafik ni. Sedang tengah semangat nak membayar kat pejabat pos, sistem pulak boleh tergendala.

Ramai yang kecewa apabila sistem pembayaran saman trafik tergendala di seluruh pejabat pos 1 Malaysia. Dan lebih sadis sampai nombor giliran pun boleh habis.

Bila nak bayar melalui Myeg pula line problem pula. Malang sungguh di saat2 akhir ini. Dan ramai yang minta agar tempoh pembayaran saman trafik ini dilanjutkan lagi.

Itulah akibatnya apabila sikap suka bertangguh diamalkan selalu. Kita juga yang susah akhirnya. Belum pasti lagi sama ada kerajaan akan melanjutkan lagi tempoh bagi orang ramai membuat pembayaran saman trafik mereka di pejabat pos dan balai polis seluruh negara.


Sunday, February 27, 2011

Bayar Saman Trafik| Pejabat Pos


Berita baik buat yang masih lagi yang tidak sempat membayar tunggakan saman trafik ! Pada Ahad 27 Februari 2011 semua pejabat pos akan di buka seluas-luasnya dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Bayarlah saman sementara masih ada diskaun 50 peratus. Kalau masih ada yang berdegil, kelak korang yang akan menyesal sebab saman akan tetap kena dibayar, disenarai hitam, dikenakan mata KEJARA dan tiada lagi diskaun.
*
*

*

Wah..dengar-dengar sampai sesak laman web www.myeg.com.my dibuatnya!! Isk..isk.

Thursday, February 24, 2011

Bayar Saman~ Sikap Suka Melengah


Sikap suka menangguh dari membayar saman sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita. Pelbagai alasan yang diberikan antaranya:

1) Yang paling popular~ tak tahu dorang telah disaman! 
2) Tak tahu macam mana nak check saman..
3) Takde duit - saman dah beribu ler tu.
4) Tunggu dulu..pasti ada diskaun saman nanti..haha
5) Tak ada kenderaan tapi disaman juga~ kes terpencil nih.
6) Dan seribu satu alasan yang tak boleh diterima akal..

____________________

Anyway sekarang ni terdapat pelbagai kemudahan untuk kita memeriksa status kenderaan dan lesen kita samada terdapat di dalam rekod yang buruk atau tidak.

1) Melalui sms ~ Taip POLIS SAMAN (nombor kenderaan) OR POLIS SAMAN (No IC) SEMUA dan hantar kepada 32728/ DAPAT.

2) Ataupun melalui:


Jadi lepas ni jangan ada lagi sikap suka bertangguh hingga ke saat2 akhir. Bagi yang belum menjelaskan saman masih ada masa sehingga 28 Februari 2011 dan tindakan senarai hitam dan mata KEJARA akan dikuatkuasakan selepas tarikh tersebut. Ayuh cepat bayar dan hindari kesalahan lalulintas!!





Sunday, February 13, 2011

Saman|Demerit|Senarai Hitam

RM 300 melayang begitu jer!! Mungkin cecah beribu2 ringgit! Macam air! Korang tak sayang duit ker? Ha baca ni dan jangan terkejut beruk!

Ha..bagi sesiapa yang masih mempunyai sebarang saman tertunggak tak kiralah samada oleh JPJ atau pun pihak PDRM, bersegeralah selesaikan dlm tempoh kelonggaran yang diberikan sehingga 28 Februari 2011 ni.

KALAU TIDAK ANDA AKAN DISENARAI HITAM!!

Dan jika anda mempunyai pelbagai soalan dan kekeliruan yang bersarang dalam benak, bolehlah layari laman ini. SAMAN EKOR-SOALAN LAZIM


Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back
OnePlusYou Quizzes and Widgets