Berjumpa lagi semua. Sihat ke tidak? Kali ni lain dari yg lain pernah aku buat. Aku nak buat brief review pasal satu kumpulan ni yg aku tengok kian meningkat popularitinya di dalam bidang muzik. Dan yg paling bestnya ialah ianya muzik tradisi. Antara muzik yg ramai tak minat tapi bila dengar baru terhegeh2 nak minat. Memang best!
Kumpulan Alun Tradisi.
Walaupun dorang bergerak secara underground tapi dorang terdiri dari anak2 muda yg berjiwa seni dan mmg berbakat besar! Rata2 adalah pelajar dan bekas pelajar Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Beberapa org dari kumpulan ni dah memang terkenal pun dan telah mencipta nama dalam bidang seni antaranya:
1) Hasraniza Dollah
Kelahiran Limbang, Sarawak. Merupakan Juara Bintang Asli Remaja Kebangsaan RTM 2008.
Telah mengalahkan ramai yang berbakat. Petikan akhbar
Kosmo.
2) Sukhairi Abd Samat
Seorang guru musik sambilan dan pernah memasuki final dalam Pertandingan Mencipta Lagu Asli 2009 anjuran RTM.
Antara aktiviti dorang...Jom tinjau..
Di Palace of the Golden Horses, Seri kembangan @ Ramadhan 2009
Memenuhi undangan di Pullman Hotel, Putrajaya @ Ramadhan 2010 baru2 ni.
Show @ Mont Kiara Equestrian Resort
*
*
Untuk makluman, aku dan beberapa org kwn pun pernah mengambil khidmat dorang ni masa majlis kahwin dulu. Memang live betul! Walaupun sibuk dgn urusan harian sebagai student dan lain2 tapi dorang ni masih dapat memenuhi pelbagai majlis undangan, pertandingan, show syarikat korporat dan sebagainya.
So bagi sapa2 yg berminat utk persembahan
majlis kahwin dan sebagainya lehla jengah2 ke
fanpage Alun Tradisi. Harga leh dirunding weh ;D
Majlis khatan?? Nak dialun gak ke? ;)