rss
email
twitter
facebook

Saturday, October 30, 2010

Uniknya Budaya Malaysia..Betul..


Salam semua..tengah mlm ni tetiba je idea dtg mencurah2. Kali ni aku nak bawa korang termenung seketika, melihat keunikan budaya rakyat Malaysia tercinta ini.
*
*

Ha sekarang ni kalau korang jalan2 kat kota2 mesti terpandang wajah2 Pan Asian yg bersepah2 kan. Inilah hasilnya dari kahwin campur antara rakyat kita. Ada cina + melayu, melayu+india, mat salleh + melayu dan berbagai lagilah. Tak kisahla, dah jodoh kan. Yang penting sah dan sepakat membawa berkat.



Kemudian adat bercium. Eh?

Eh silap gambar! Mana aku dapat nih? Delete cepat delete cepat..Scroll terus ke bawah..
*
*

*

Hah baru betul..Kemudian kalau korang perasan kat negara kita ni jelah yg mmg kuat dgn budaya sopan santun lg hormat menghormati. Adat mencium tangan ketika bersalam memang dah menjadi tradisi terutama bile bersalaman dgn org yg lebih tua, suami isteri, girlfren boyfren(ada ke?)..


Aku pernah tengok yg bangsa cina dan india pun ada mengamalkannya. Wah..kan indahnye budi bahasa orang kita ni...
*
*

*

Akhir sekali kengkawan...kat sini je la nak merasa open house ni. 

 Terutama time ada perayaan. Masa tu korang dapat lihat semua kita berbilang bangsa tak kisah, boleh duduk makan dan bersembang sekali tanpa rasa canggung. Dah jadi budaya kan?

Jadi kekalkan suasana harmoni yg dah sedia ada nih. Supaya generasi kemudian nanti dapat gak merasa nikmatnya hidup 1Malaysia ni.

Akhir sekali apa kata korang layan klip bebudak LimKokWing ni..tak rugi...



Sumber: Google


Friday, October 29, 2010

Kurniaan Tak Terhingga


Salam Jumaat semua. Macam biasa di hari mulia ni tak sah kalau aku tak bagi ceramah sket, cewah. Blog ni satu medium yg sangat bagus kalau korang nak dapat pahala amal jariah tau. 

Cane? Ha, korang tak perlulah nak jadi ustaz bg ceramah kat masjid surau sebab tak berapa layak kan?. So sinilah tempatnye untuk kita share sesuatu yg baik. Kalau ramai pembaca yg amalkan bukankah dapat pahala yang tak terkira tu. Begitu juga sebaliknya. Yang penting niat di hati tu.
*
*

*


Kat Youtube contohnya banyak benda yg bermanfaat jika korang nak kongsi. Kalu cari yg baik jumpalah yg baik, dan kalau nak yg jahat lagi nakal korang jawab sendiri ekh.

Thursday, October 28, 2010

Hati mesti Mau Baikk!


Makan bihun tergesa-gesa,
Tercekik sampailah dok pejam celik pejam celik,
Sudahlah terkasar mulut terlanjur bicara,
Meludah ke langit hinggap kat muka balik.

Wah wah..berpantun sinis nampak. Mana taknye, bila baca di berita seperti berikut:
*
*

*

Malaysia sedia hantar bantuan ke Indonesia

27/10/2010 10:42pm

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Malaysia sedia menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Indonesia yang terlibat dalam bencana tsunami selepas gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Isnin lepas.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pada ketika ini pasukan bantuan kemanusiaan antarabangsa dan operasi bantuan malapetaka (HADR) dan Program Makanan Sedunia (WFP) juga sememangnya sudah bersedia pada bila-bila masa dan hanya menunggu “lampau hijau” untuk menghulurkan bantuan itu.

"Kita bersiap sedia bila-bila masa sekiranya ada kebenaran dan keizinan daripada pihak Jakarta. Dia (bantuan) tidak menunggu permintaan, kita akan berikan tawaran dan kalau mereka terima, kita akan menghantar bantuan kita,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Paul W. Jones di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

*
*
Sesungguhnya Allah Maha Adil. Janganlah kita takbur dan bongkak sebab kita ni semua saling memerlukan. Umat manusia di Malaysia ni tak pernah nak berdendam dgn sesiapa pun biarpun orang buat macam2. Sekarang sanggupkah korang menerima bantuan dari negara yg korang lenyek2 ngan kasut tempohari. 


Sumber: Utusan


Wednesday, October 27, 2010

Si Tanggang Moden?


Huish..semenjak 2 menjak ni aku asyik menjadi pengulas berita jek. Memang berbakat wartawan nih. Kene tuko keje gamaknye. Idakla gitu.. sekurang2nya tambah pahala aku jika korang termakan nasihat baik aku selama ini.

Kali ni pasal apa lak? Hah kalau korang baca tajuk mesti dah dpt tangkap apa yg nak aku cuba sampaikan. Suma kenal sapa tu Si Tanggang kan. Tapi sekarang ni Si Tanggang dah tak macam dulu dah. Lagi ganas! Lagi Kurang Asam!! Kurang Asam Jawa tol lah!!! (Tengah marah nih!) Korang baca..
*
*

*

Ibu koma kena penumbuk anak

KEMAMAN – Seorang juruteknik Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) Kerteh boleh dianggap sebagai Si Tanggang moden apabila tergamak menumbuk ibu sendiri sehingga koma gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu yang lambat menyiapkan persiapan perkahwinannya.
Kejadian kira-kira pukul 1 petang di Kampung Mak Cili Paya di sini Ahad lalu itu berlaku ketika mangsa, Azizah Deraman, 47, didatangi anaknya yang mempersoalkan mengenai kelewatan persiapan perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada 6 November ini.
Difahamkan, suspek yang berusia 25 tahun tiba-tiba naik angin sebelum melepaskan tumbukan ke arah muka ibunya.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, tindakan biadap suspek itu menyebabkan mangsa terjatuh sebelum mukanya tersembam ke meja.

Sumber : Kosmo

Tuesday, October 26, 2010

Maksiat & MAUT Tak Kenal Usia


ANAK panah menunjukkan arah seorang budak perempuan berusia 12 tahun terjatuh dari tingkat enam ketika cuba turun melalui dinding sebuah apartmen di Petaling Jaya kelmarin. Gambar kecil menunjukkan keadaan mangsa selepas terjatuh.

*
*

*

Salam semua. Sedih betul aku baca kosmo hari ini. Tragedi yg menimpa begitu menyayat hati. Mati ketika berbuat maksiat! Seawal umur 12 tahun!! Bersama 3 pasangan lelaki sekaligus!!!

Apa nak jadi ngan dunia hari ini. Para ibu dan bapa tolong ambil perhatian! Didiklah anak korang dgn sungguh2 dan ikhlas. Sedih kalau perkara begini terjadi pada kita. Iktibar iktibar..




Saturday, October 23, 2010

Dizzy gillespie ~ Siapa?


Wah..memang pelik. Tak pernah dengar nama dia pun sebelum ini. Tapi ia mendapat rating carian di Google yg sungguh tinggi dan secara sengaja menarik minat aku utk lebih kenal ngan mamat ni. Apa yang best sangat??
*
*

*
*
*

Beliau seorang pemain jazz trumpet keturunan Amerika yg memang famous giler time dulu2. 

Dia ni memang terkenal dgn pipinye yg mengelembong cam belon tu bila meniut trumpet. Kelakar tapi hebat. Tiup trumpet lebih sukar dari recorder. Hihik.

Sumber: Google

Hebat Walaupun Ntah Ape2


Salam semua. Kelakar ada geram pun ada. Macam2 hal kat oversea nih. Selama ni aku hanya dengar dan baca kat paper jer caner cubaan penyamun2 ni mencuri duit dari mesin ATM. Ada yg letak mercun la..pakai jentolak la. Kebanyakkannye gagal. Tapi mat saleh ni memang berjaya giler walaupun koman jer caranya. Isk isk.
*
*

*


Ha penyamun2 kat luar sana yg baca blog aku ni jgn memandai2 nak cuba lak. Mgkin dia bernasib baik tapi korang jgn harap. PAHAM!

Sumber: www.break.com

Friday, October 22, 2010

Zon Maut ~ Tak Habis2

Salam semua. Tak habis2 dgn kemalangan yg berlaku di kawasan yg lebih dikenali Zon Maut bagi pejalan kaki ini. Dorang memang tak pernah serik dan last2 terkena kat diri sendiri baru tau. Berikut adalah beberapa gambar yg aku copy dari abg Ondscene kita.
*
*

*
Mangsa, warga Myanmar maut setelah dirempuh sebuah kereta ketika cuba melintas jalan berdekatan dgn Pasar Borong Selayang.



Walaupun ada jejantas kat situ dan telah dipagar setinggi pinggang bagi mengelak org dari melintas..masih ada yg degil dgn mengambil jalan singkat.


Jgnlah dengan kebodohan kita menyebabkan kehampaan dan pilunya org yg tersayang meratapi mayat kita.






Aku selalu ulang-alik menggunakan jalan situ dan memang berbahaya kerana kereta pun laju2 belaka. Harus fikirkan bagaimana nak atasi supaya tak berulang. Sadis..sadis.
*
*

Lain2 kisah dan gambar sadis buat pedoman korang boleh singgah di Ondcene.

Tuesday, October 19, 2010

Nak Kaya? ~ Aku nak bagi TIPS.



Hehe..terlompat2 ye korang kalau nak kaya nye pasal. Kalau tengok kat innit pun tajuk nak jadi kaya memang laku habiss. Sebenarnye aku pun tak pandai sangat nak bagi tips yg sendiri bikin melainkan aku petik dari para jutawan yg lain. Sebab apa?? Sebab aku tak kaya. Hua hua.

Ada beberapa kata2 yg menarik untuk aku share ngan korang sebagai preparation utk korang jadi kaya-raya kelak.
*
*

*

"PERTAMA; harta kekayaan boleh melalaikan, menggelapkan hati dan jadikan seseorang itu sombong & riak. KEDUA; harta kekayaan boleh membantu mereka yang susah, membangunkan agama & negara, serta menjadikan kita lebih bersyukur dgn segala kurniaan-Nya. “HARTA” tidak salah. Tetapi, ianya adalah PILIHAN & KEPUTUSAN manusia untuk tidak memilih yang PERTAMA dan memilih yg KEDUA!

"Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu pasti doa diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan / memutuskan hubungan keluarga. Jadi amalkan surah al-Waqiah. Riwayat Ibn Mardawaih: “Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.”

"sebelum melaburkan atau menyimpan wang di mana-mana, pastikan kita tiada hutang seperti kad kredit. ini kerana, tiada gunanya melabur dan memperolehi katakan 10% dan pada waktu yang sama kita terpaksa membayar interest kad kredit 18%. budak-budak pun tahu kita sedang kerugian 8%. tak masuk akan bukan?

"Wang bukan segala-galanya. Tetapi, Kurangnya wang akan mengakibatkan stress yang tinggi. Kurangnya wang adalah antara sebab tertinggi berlaku perselisihan faham suami isteri. Kurangnya wang menyukarkan mendapat perubatan & pendidikan terbaik untuk keluarga. Walaupun wang bukan segala-galanya, tetapi wang …adalah amat-amat penting dalam hidup!
*
*

Mana aku dapat? Singgah2la ke www.irfankhairi.com .Banyak info yg berguna dan kalau nak kaya jgn bodoh sombong. Fahamkan?

Tawau, SABAH ~ Gempa Bumi Bakal Melanda!



Ish seram tol aku baca artikel dari Kosmo. Sebelum ni setakat gegaran2 kecil sudah biasa sangat negara kita rasa tempiasnya. Tapi kali ini lebih menakutkan apabila diramalkan gempa sekuat 6 pada skala richter bakal melanda Tawau, Sabah pada masa akan datang adalah tidak mustahil.

Semoga negara kita dipelihara Allah SWT dari segala mara bahaya dan bencana agar semua kita dapat menikmati hidup yg sejahtera. Amin.

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011 ~ Kakitangan Kerajaan Naik Gaji?



Releks..releks..bawak mengucap..fuhh. Korang tak nampak ke tanda soal kat tajuk aku tuh? Maknanya memang tak konfem lagi la dik oii..Ni aku pun sedang bertanya ngan korang sejauh mana kebenarannya...
*
*

*

- "Kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak 10% konfem dari Putrajaya!"
- "Naik gaji takdak la..tapi bonus 2 bulan tu dalam tangan beb!"
- "Sapa cakap?? Bonus sebulan jer la.."
- "Apa pun tarak untok tahun depan..padan muka korang!!"

*
*
Di atas adalah di antara komen2 dalam ruangan forum di internet yg sempat aku rakamkan..memang panas..panass. Apapun harap bersabarlah yek. Sama2 kita tunggu hasil perbentangan Bajet Malaysia 2011 petang jam 3 ptg ini.

Sempatkah Kita?

Gambar Hiasan

Salam semua pembaca, Sempena Jumaat yg barakah ni sedikit tazkirah dari aku. Cerita di bawah aku petik dari site kegemaran aku iaitu pemikirkaya. Banyak iktibar yg korang boleh amik dari story ni. Layan dulu..

=========================================================================

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.
Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.
Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.
Sewaktu beliau koma
Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.
Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat “Ya:.
Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.
Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya. Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.
Apa yang disesalkan:
1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.
2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati
3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.
4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan.
5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.
6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.
7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.
8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.
9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar
10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.
Sahabat:
Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.
Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu.
Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri.
Selalulah memberi.
SUMBER :  Catatan Buzz oleh WanWMA

Wednesday, October 13, 2010

Rentetan Tragedi 10.10.10 ~ Kita Tak Akan Serik



Salam semua pembaca setia. First skali takziah aku ucapkan buat semua mangsa dan keluarga mereka yg terlibat dalam nahas yang begitu tragis dan sadis baru2 ini. Susah nak diungkap dgn kata2 betapa sedih dan hancur luluhnya hati kita bila melihat org yg tersayang pergi dalam keadaan yg begitu menyayat hati.

Sekali lagi ia mecatat sejarah dan rekod paling buruk dalam fail kemalangan jalanraya di negara kita, Malaysia. Sekali lagi begitu banyak sekali pihak menunding jari sana sini mencari siapa yg harus dipersalahkan. Dan sekali lagi berbagai cadangan, komen dan nasihat yg terpacul keluar dicanang sana dan sini.

Tapi sayang seribu kali sayang. Sebab realitinya kita sebagai manusia tetap begini. Sentiasa lalai dan leka. Sentiasa dgn ego kita. Sebab kita adalah kita, manusia. Yang tak pernah serik sampai bila-bila.


Sumber: Google

Thursday, October 7, 2010

Superbike Yang Mendesuppp....



VVzzooommmmmmmmmmm.............perghhh!!..Abang2 Mat SUPERBIKE ni tak sayang nyawa ker??? Tapi memang class dan ada GAYA tengok dorang nih. Jeles..jeles. Tapi nak wat cane kan, dah kurang mampu dan tak berpoket tebal. Apa yg best sangat ada superbike ni aku pun tak rasa lagi. Tapi dorang cakap bawak dulu baru tahu..

Selain laju mendesup2, bentuknya pun cun ler sesangat jika nak dibandingkan dgn kapcai Yamaha Lagenda aku kat umah nun. Kalau korang ada berhajat nak beli, ni aku senaraikan yang terbaikk mengikut spesifikasi....HEBAT!
*
*

BMW K1200S
Dari 0 ke 100kmj hanya 2.8 saat weh. Top speed dia = 268 kmj



Ducati 1098s 
160 kuasa kuda. Torque yg tertinggi mengalahkan lain2 superbike. Top speed = 271 kmj



Aprilia RSV 1000R Mille 
Bagi model yg cc lebih kecil orang kata ia  'Raja Bukit'. Top speed= 281 kmj



Yamaha YZF R1 
Favourite aku nih. Suka tengok dia punya tonggek. Pernah mengalahkan porsche dan jet US kalau korang tengok Youtube. Top speed = 283 kmj



Honda CBR 1100XX Super Blackbird 
Berjenis sport touring jadi taklah membongkok sangat. Cubaan terbaik dari Honda utk mencuri takhta dari Kawasaki. Top speed = 286 kmj



MV Agusta F4 1000 R 
Yg nih aku tak pernah nampak lagi orang ride kat M'sia. Top speed = 299 kmj



Kawasaki Ninja ZX-14 (ZZR1400) 
Dari 0 ke 100 kmj hanya dalam 2.5 saat. Top speed = 300kmj



Suzuki GSX1300R Hayabusa 
Diperkenalkan pada tahun 1999 lagi. Kuasa kuda cecah 175. Musuh ketat kepada Honda CBR di atas. Top speed = 305kmj



MTT Turbine Superbike Y2K 
Dilengkapi dengan enjin berkuasa turbin. Macam turbo kapal jet tuh..Pernah menjadi motor yg terpower dan termahal pernah dicipta. So korang takyah berangan lah yek. Top speed dia= 365kmj

*
*

*
Dan bagi tahun 2010 ni mengikut undian di www.motorcyclenews.com dimenangi oleh keluaran BMW bagi model S1000RR. Hmm..nengok pada speed dia gerun dibuatnya..mengalahkan sesetengah kete yang ada. Patutlah mahal bebenor. Terpaksalah aku memendam rasa dan setia ngan kapcai aku tuh buat sementara nih. Huhuwaaaaa.....


Sumber: Google

Wednesday, October 6, 2010

Aku Rasa Tips Ni Hebat!!


Jarang benor aku nak bagi tips berkenaan blog, Nuffnang, nak mendapatkan traffic jam, cane nak kaya raya secara online dan sebagainya. Bukan kedekut ilmu tapi dah banyak sangat mende di atas korang dah bagi so rasa macam repost lak. Ha..yang ni mungkin ramai tak tahu!

Utk menjadi seorang BLOGGER TEGAR mesti selalu update post at least 2 hari sekali contohnya. Mesti berpinar kepala mikir apa nak cerita kan? Jangan risau..korang boleh rujuk ni sebagai panduan.

*
*
Satu tools yg hebat oleh Google untuk analisis dan memberitahu carian yg paling popular di abad ini. Tak paham lagi?!
*
*

*

Korang boleh pilih kata carian yg popular oleh search engine Google di mana2 negara dan ikut kategori yg korang suka. Macam best kan?
*
*

*

Dan ini hasilnya..


Based pd analisis bagi tempoh 7 hari kebelakang di Malaysia, di atas adalah antara keyword yg paling popular mengikut percentage.

*
*
Ha..tunggu apa lagi? Gunakan ia bagi membantu korang menghasilkan posting yg pasti mendapat hits dan traffic mencanak2 setiap hari. Cuba dulu ekh. Dah kaya jgn lupa belanja aku sate..


Sumber: Google Insights

Tuesday, October 5, 2010

BLOGGING Memang Menyedihkan KALAU......


Salam..salam semua..Masuk hari ini dah hampir 5 bulan aku jadi blogger kat Malaysia (cita2 nak gi oversea..hikhik). Hmm..macam2 mende pelik2 yg aku dapat dan bagi kat korang jugak. Pengalaman penulisan dapat. Kawan dapat. Duit pun dapat gak..opss lom lagi. Dan banyak juga mende2 sedih yg berlaku kat aku tuanpunye blog. Ni yg best aku nak story..

*
*

*

I Follow U..U Follow I La..


Aikh..Dato' Nik Aziz pun follow aku gak ke?

Diam2 ubi kayu rupanya aku yek..mula2 dulu risau tul aku kalau orang yg follow aku cuma sorang je sampai ke tua. La ni korang tengok sendiri. Eh tapi aku tak paksa ekh. Korang yg ngengada..Tengkiu2. Tapi terkilan gak bila ada ajakan seperti di tajuk yg x dpt aku penuhi..bukan taknak tapi aku kalau boleh nak follow korang dgn ikhlas baru tiap2 hari aku datang dgn ikhlas baca entry. Mana yg aku follow maknanya aku dh terpikat ler tu..fuh..bahaya.

*
*

*

Mana Nak Komen Nih??


Banyak yg sorry kat aku sebab tak dpt nak komen walaupun dorang terkinja2 nak berbuat demikian..tapi malang...tak jumpa comment link/box (spt di atas rupanya)....So Akak dtg lain kali yek...Hmm..Ada yg marah gak bila aku kata dorang tak pergi PLKN lagik..isk isk isk isk....

*
*

*


Maaf Maaf Maaf..


Hmm..mungkin Nuffnang tak suka aku kot..huhu. Harap tidakla ye. Dulu merasa gak la sampai 3 ke 4 sekaligus tapi aku sia2kan.(nyesal2). Mgkin bukan rezeki aku lagi. Bagi kat kengkawan lain dorang pun nak merasa.(leh naikkan motivasi tau). Aku harap dapat peluang ADVERTORIAL dr Nuffnang sekali seumur hidup pun syukur weh. (Bagi lebih aku ambik jer)

*
*

*


Kau sweet ker??!


Aduh..tak sangka buah cempedak jadik nangka tul..Mende gini pun leh jadi isu. Di awal penglibatan dulu pernahnye aku dihina dan dikutuk oleh sorang blogger chinese ni. Marah tul dia bila aku dianggap spammed blog dia semata2 nak naikkan nang aku kat innit. Aku pun tak paksa dia nang aku. Bagi aku dia pun tak rugi sebab dapat gak traffic dari aku..manusia..manusia.. Alih2..nama aku lak menjadi mangsa. Lepas nih nak tuko ke suhaihensem/suhaimacho/suhaimiang. Nanti aku pilih.

*
*

'MEMANG IBARAT MEMBUKA PEKUNG DI DADA'

Tapi realitinya ingin menjadi orang yg sejujur adanya..




Monday, October 4, 2010

Tips Elak Bayi Tersedak Susu ~ Superb!


Salam semua..Sejak dua menjak ni byk benar kes kematian bayi. Dan byk juga yg kita dgr puncanya adalah dari tajuk di atas. Memang sedih dan tragis. Kenapa zaman dulu jarang kita dengar? Mungkin kurang liputan kot time tu. Atau ibu bapa zaman sekarang kurang ilmu keibubapaan? Atau susu kurang berkualiti? Atau botol susu tak mesra bayi? Ataupun ...ataupun....Terlalu banyak soal.

Berikut adalah sbhgian tips2 yg aku collect kat tenet..

*
*

*
 Jaga Sukatan Susu


Susu tu jangan pekat sangat..ikut sukatan yg telah disyorkan oleh doktor pakar..ala..ada dekat kotak susu tu je la..



Jangan Biar Bayi Keseorangan


Ha..bahaya ni..bagi susu pada anak kenalah pantau. Terutamanya jika yg masih kecil tu, sebab dorang tak pandai nak buat apa2 lagi jika kecemasan..Kalau boleh adakan syif bergilir2 yek.



Sendawakan Dia


Satu lagi tu tips..tiap kali abis je sesi menyusu, korang cuba sendawakan dia..cane? Ha..caranya ialah dgn urut belakang dia perlahan2 sampai kuar segala angin..sampai ada bunyi burp..burp keluar..bukan bip bip..(tu otoromen)



Last But Not Least


Anyway susu badan is still da best..sebab tu la kot jarang bebenor bayi tersedak zaman dulu..Anyway Usaha + Tawakal = Berjaya...Insyallah.


Sumber: Google

Friday, October 1, 2010

Nak Tukar Duit Raya Ke??


Salam Jumaat yg barakah..sempena penghulu segala hari ni aku nak tazkirah sket la..

Bukan gambar hiasan

Topik yg dipilih adalah berkaitan sesangat ngan gambar di atas ni..ha paham kan..cepat pickup la korang ni..;D

Kenapala org kita ni suka sangat terpengaruh dalam berjudi/main tikam2 dan seangkatan dgnnya..walaupun tau rugi yg sedang menunggu..?..Siapa yg salah? Aku pun tak pasti..Tapi menarik jugak kalau korang tilik2 apa yang cronixsoul katakan ni...Tapi ada jugak yg aku tak setujunya..

So tak payahla nak aku senaraikan apa keburukan berjudi ni sebab korang sendiri pun dah tahu..jadi sama2 kita cuba menghindarinya sejauh mungkin ye..Wasalam.



Sumber: Google

Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back
OnePlusYou Quizzes and Widgets