rss
email
twitter
facebook
Showing posts with label Tips Superb. Show all posts
Showing posts with label Tips Superb. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

NEVER AND NEVER GIVE UP

Dikalahkan. Tapi tetap tidak Mengalah! Itulah kemenangan yg sebenarnya.

... Bila 1 pintu tertutup pada sesuatu yg. Amat anda hajati. Dan sekali2 tak mahu kehilangannya. Tolong jangan terus tinggalkan dan mengaku kalah. Sebaliknya. Undur setapak saja. Renung sejenak. Analisa situasi. Tanya diri anda..soalan kekunci ini berkali-kali...

'Apakah pintu benar2 telah tertutup?

Sekiranya ada peluang dlm sejuta.yg. Dapat anda lakukan. Walau apa dan bagaimana sekalipun. Lakukanlah! Agar anda tidak berputih mata kehilangan atau mengakhiri sesuatu yg. Amat anda ' Sayangi. Ingini'

Amatlah berbaloi utk. Mencuba dan terus mencuba. Jika perlu. Cungkil 'Pintu'. Pasak kaki anda . Tahan, supaya 'Pintu' akan terus terbuka! Di mana ada kemahuan. Di situ ada jalan!

Never. Never Give Up. Keep going. Keep Praying. Insya Allah! Tuhan pasti tidak akan menghampakan doa dan usaha hambanya yg berterusan.
Oleh: Datuk Dr Maznah Hamid

JIKA 1 PINTU TERTUTUP, 1 LAGI AKAN TERBUKA!

Teringat akan kata2 guru yg. Mengajar saya bagaimana menukar halangan pada peluang dan berjaya semula.

Bagaimana nak melawan suratan dan menang dalam kancah peperangan hidup.
...
Terpegun mendengar kata2 dari guru mat saleh ni benar2 mencabar ketabahan saya Melayu Islam.

Katanya lagi. Halangan dan rintangan tidaklah terjadi dgn. Sengaja. Tentulah ada hikmah dan tujuannya. Hanya insan yg. telah berjaya melaluinya.
Akan muncul kuat dan hebat. Jangan sekali2 berhenti ketika kita sudah hampir melepasinya. . Sedepa saja lagi!

Bila 1 pintu tertutup harus dianggap sebagai punca timbulnya semangat baru. Kekuatan baru dan bukannya sebagai alasan kegagalan. Tetapi bakal mengeluarkan yg. Terbaik dari diri anda .

Hanya yg. Optimistik saja akan berjaya utk. Melawan nasib malang or 'adversity' mereka dgn menggunakan kebijaksanaan '1 door closes. Another door opens'
sebagai insentif utk terus mara ke depan.

Sesiapa yang menyerah kalah dan 'Play Dead' akan tewas dan menjadi 'Losers' sepanjang hidupnya!

Segala galanya mengenai 'taking action. Bertindak melawan . Jika sesuatu kecelakaan berlaku. Bala. Janganlah hanya mengeluh. Meratapi. Menunggu dan berharap org. Lain utk menarik kita keluar. Bangun lah dan menolak. Menendang kuat hingga terbuka pintu baru.

Permulaan baru pada hidup anda!
Oleh: Datuk Dr Maznah Hamid

Belajar Berterima Kasih dan Bersyukur



BE THANKFUL!
Bersyukurlah, Kerana anda belum lagi mendapat dan memiliki segala yg. anda impikan. Kerana jika dah ada semuanya. Tiada lagi apa yg. anda nak usahakan. Impikan! Bayangkan lah keadaan anda?

... Bersyukurlah utk. saat2 ketika susah-payah anda. Ketika itulah, Sesungguhnya memberi peluang pada anda utk 'grow' membina kekuatan diri mu.

Bersyukurlah diatas kekurangan anda. Kerana ianya akan memberi ruang dan peluang utk pembaikan. Memperbaiki. Muhasabah diri. Inisiatif utk. berusaha . Sekali gus membina keyakinan diri. Ini amat penting!

Berterima kasih di atas kesalahan2 yg. pernah anda lakukan dulu. Kerana ianya memberi pengajaran. Pelajaran yg. amat bernilai. Ianya telah mendekatkan diri mu dengan Tuhan!

Carilah jalan utk. mensyukuri di atas segala 'troubles' kesukaran2 anda kerana akhirnya ianya akan bertukar menjadi rahmat dan 'blessings' anda.

Bersyukurlah diatas pancaindera lengkap kurniaan Tuhan. Walaupun anda hanya menggunakan kurang dari 10% bakat dan kebolehan kurniaan Ilahi unt. Mencipta 3K!
OLEH: DATUK DR MAZNAH HAMID
 

Saturday, June 18, 2011

Buffered Earning | 29 Sekaligus! Tak Ke Gila?

Salam semua. Sekaligus?? Ahaks! Janganla terkejut lak. Saja buat gimik, kalau idak takdenya korang nak baca entry ni betul tak? Tapi Alhamdulillah kerana sejak aku mula berblog dan berjaya membuat duit yang tak seberapa melalui Nuffnang Ads - Hampir 29 jenis iklan dalam bentuk campaign dah aku pulun sakan dan tak sakan! Tak caya? Jom tengok screenshot buffered earning campaign yang dah aku lesapkan..

Ala tapi apa yang nak diherankan, ramai lagi yang berjaya malah lebih berjaya dari aku ni. Usaha tangga kejayaan kan? Jadi korang jangan salah anggap ini entry berlagak dan show off..just nak bagi tips yang tak seberapa ni. Sama2 kita kongsi. Tips korang pun banyak yang aku pakai gak..haha.

Anyway thanks bebanyak kepada Nuffnang, tak banyak sket pun aku hargai gak dan tetap setia walaupun dah tak sekencang dulu.




Sunday, January 16, 2011

Ramai Yang Berminat Dengan Fasha Sanda!


Salam weekend semua. Apa aktiviti hujung minggu nih? Buatlah sesuatu yg memberi faedah kepada diri dan keluarga ya. Jangan lupa ambil kesempatan cuti ni untuk bersenam sebab dah banyak kes yang sakit jantung seawal usia sekarang nih!!

Dalam sibuk mencari idea buat penutup minggu ni, terfikir juga aku untuk tinjau2 apa hot keywords yang tengah benar2 hot sekarang nih kat Malaysia. Jadi macam biasalah dgn kepakaran aku tahap 5 nih, gadjet hikmat sakti aku Google Insights for Search digunakan buat sekian kalinya. 

Untuk info korang, dah banyak kali aku guna tools dari Google ni dan percayalah ia memang memberi kesan. Ha..buat yang tak tahu lagi tentang kelebihan tool ni leh tengok tutorial aku yang lepas:



So..apa keyword yang tengah meletop sekarang nih??



Hah!!..terkejut bukan? Tapi apa yang nak diherankan. Isu Fasha Sanda ni memang tengah hot sekarang nih. Sesapa yg buat entry pasal si Fasha ni memang hits giler la trafik blog dorang tuh!! Takyah blogwalking pun takpe..isk.

Dari isu Fasha Sanda berbikini hinggalah kes dia tak menepati janji untuk ke suatu majlis artis. Hmm..tapi aku tak tergamak lak nak buat cerita pasal Fasha Sanda ni. Biarlah dia ngan hidup dia. Buat aku tambah dosa je mengumpat. Cariklah sesuatu yang lagi informatif dan beri manfaat!!!


Wednesday, January 12, 2011

Tips~ Cara Meletopkan CTR anda!


Salam semua. Satu lagi tips menarik yg nak aku kongsikan bersama. Sebab aku dah berjanji pada siri yang lepas iaitu bagaimana cara nak meningkatkan earning iklan buffered korang. Janji kenalah ditunaikan. Aku taknak lah korang sumpah aku jadi batu. Auch!. Bergurau.
*
*

*


Ok, ramai yang dah tahu bagaimana nak meningkatkan buffered earning. Dah berbakul korang baca. TRAFIK,TRafik dan trafik..Itu wajib. Takde cara short-cut. Dan pasti ramai gak yang tahu selain dari nilai buffered, Nuffnang juga telah lama memberi kita peluang utk menggandakan income buffered kita melalui CTR Bonus.

CTR = Click Through Ratio.

Semakin ramai org klik pada iklan buffered kita maka naiklah kadar CTR. Sistem akan menambah earning korang yang mempunyai nilai CTR 0.2% ke atas. Faham kan?

So..bagaimana nak PAKSA orang naikkan earning CTR?? Eh..nak paksa2 pulak! Ok2, aku ada 2 cara. Cukuplah dua dahulu. Jgn tamak!!


Cara #1

Bila korang mula mendapat apa2 iklan buffered, jgn biarkan saja iklan tu berjoget tak tentu pasal.Tanpa arah tuju. Org yg tengok pun dah lali ngan iklan Nuffnang ni. Yang dorang nampak hanya $$$ kan? Hehe. 

So, tariklah minat dan perhatian dorang dgn membuat pelbagai entry kreatif. Aku bagi contoh yg pernah aku buat.



PAYAH? TAKDE IDEA??

OK, cuba Cara # 2

Aku telah jumpa pelbagai cara kreatif oleh kengkawan aku seperti di bawah ni:

Biasa sangat kan!! Apakata korang cuba tukar kepada kata2 yg lebih kreatip dan dapat meruntun jiwa dan perasaan dorang seperti berikut:


1) Tabung Anak2 Yatim.
2) Duit Nafkah Anak Bini!
3) Nak Pergi Umrah Ngan Duit Nih Tau!
4) Aku Belanja Korang Separuh!!
5) Dah 10 Hari Tak Makan ;(

Konfem korang akan meletop!! Tapi jangan bohong!! Tuhan marah!!!

OK, cukup dulu idea mengarut aku. Kalau korang rasa praktikal, cubalah ya! Bye.


Sunday, January 2, 2011

Syhhh...RAHSIA BE TERBONGKAR!


Wah..pasti ramai yg gembira ngan tajuk aku. Kalau bab duit ni sapa yg tak mahu dengar kan? Kalau korang selongkar memang akan terkeluar pelbagai cara dan kaedah bagi MENDAPAT dan MENINGKATKAN buffered earning dari Nuffnang ni.

Tapi aku percaya kebanyakkan idea tu ada yg berkesan, dicilok dari org lain tanpa usul periksa atau dari pengalaman berharga yg korang sendiri alami. So ini kaedah dan pengalaman aku sepanjang berblogging nih! Zass..


CARA NAK DAPAT!



1) Kalau tetiba ada iklan CPC yg baru atau tak pernah korang tengok kat blog korang tengah mengedik ~ Cepat2 korang blogwalking bagi mencari trafik sebanyak mungkin time itu. Insyallah iklan tu akan jadi milik korang (BE) nanti. Aku dah cuba byk kali dan menjadi!




2) Update survey korang dgn cara nih! (tandakan pada..)

Section 2

Soalan 1 - 4
Soalan 2 - 3 & 4
Soalan 3 - Semua kecuali 5
Soalan 4 - 1
Soalan 6 - Semua

Yang lain terpulang pada korang. Dan submit.


Okay..cukup dulu. Banyak2 nanti tak terkejor. Nak tahu cara nak tingkatkan buffered earning cara aku tunggu seterusnya..Cara2 yg lain boleh juga korang amalkan kerana masing2 ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. 

Dan yg penting teruskan berblogging dgn matlamat utama menyampaikan sesuatu yg berkualiti. Duit adalah sebagai pendorong dan motivasi. Selamat.




Friday, December 31, 2010

Blogger.com ~ Bermasalah?


Salam semua. Wah seronok betul semua bercuti sempena kemenangan pasukan Msia pada match Piala AFF SUZUKI 2010 baru2 ni. Sorry buat kengkawan sebab seminggu ni aku outstation jadi tak dpt nak posting sesuatu. Keje is no 1 kan? Dan baru2 ni bila aku gian nak buat entry tetiba masalah baru muncul. Aku tak pasti korang pernah mengalaminya atau tidak.


Blogger editor tak load!!
*
*


Beginilah keadaannya. Animated loading icon dia berpanjangan. Puas aku menunggu, buah tak jatuh2. Puas juga aku selongkar kat Google utk troubleshoot problem nih tapi tak berhasil! Dan aku juga tak boleh langsung mengedit posting yg lepas. Parah!!

Tetapi dgn semangat Msia Boleh aku telah mengambil langkah2 berikut:

1) Send email ke helpdesk dorang. - takde respon!
2) Tukar ke old editor - Senyap sunyi jer! (x berkesan la tu)
3) Tukar internet browser dari Google Chrome ke IE - BERJAYA!!


Aku pun tak pasti apa simptom yg melanda Blogger.com nih skrg! Rasa cam nak amik hosting berbayar jek tapi belum mampu lagi..so stick to free one for this temporary moment..

*
*
Kalau sesape yg expert to bagilah idea sket ya to solve this problem..





Friday, December 10, 2010

Income Terbaru~ Heartbeat.my!


Wah kengkawan. Memang tengah panas sekarang ni. Time Churpchurp pun tengah slow skrg ni so ramai yg terpaksa mencari sumber lain bagi menambah duit poket. Memang tak salah kan selagi ada usaha di jalan yang betul... Cut!!

Tanpa membuang masa diperkenalkan - heartbeat.my . 
Satu cara bagi yg ingin curahkan kreativiti dalam menghasilkan pelbagai gift (wedding, anniversary, birthday etc) ikut cara korang. pelbagai barangan yg dijual seperti mug, tshirt, puzzle dn berbagai..

Selain menikmati pelbagai diskaun sebagai member, korang juga boleh menjana income dgn join Affiliate Program dorang nih..

Hanya beberapa step mudah..




2) Dapakan code korang di sini. Pelbagai saiz dan bentuk ikut kegemaran/ kesesuaian blog/site korang. Tampalkan dan start promote. (Macam biasa ;D)
*
*

*

3)Kelebihan...Banyak..


Cerita banyak tak guna. So ambik peluang selagi ramai yg tak tahu nih!! Sebar2kan lah ye..Oh ye lupa nak cakap...Tak perlu khuatir buat yg join Nuffnang..tak terjejas status korang. Bro sembang cakap la..(dia dah selidik kot..)




Thursday, December 9, 2010

Download Video Cara GABAN! Eh?


Salam semua. Asyik sibuk cerita pasal ads je kali ni aku nak curahkan sket ilmu yg tak seberapa ni. Mungkin ada antara korang yg dah tahu so buat2 tak tahu je ye sbb cikgu nak ngajar kat depan nih! Eh si Sudin apsal lama tak dtg kelas??..Mmm takpe. Kita teruskan..

Ramai sebenarnya yg suka melayan streaming video seperti Youtube, Dailymotion, Metacafe dan berbagai lagi. Ada juga yg gemar mendownload utk dsimpan buat koleksi. Dan berbagai juga cara yg digunakan antaranya Youtube Downloader. Ada satu cara lagi.



REALPLAYER



Ada banyak versi sebenarnya tapi yg aku selalu pakai adalah Realplayer Gold 

1) Install software Realplayer di sini atau di sini.



2) Buka paparan preferences dan ubah settingnya.


Korang leh setkan directory mana nak simpan video yg telah di download. (Save Files to)



3) Cara download tahap GABAN!

Hanya letakkan pointer mouse kat video dan paparan seperti gelung merah akan timbul. Klik dan video tersebut secara otomatik download. Sebab tu aku kata GABAN tul!





Proses download tadi boleh di cancel atau pause sesukahati korang je. Memang GABAN lagi!

*
*
Aku dah lama guna software ni dan memang easy. Tiada batasan. Ingat guna utk kebaikan. Selamat mencuba.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila Nak Basi Nih?!


Gempaknya Cuti Sekolah Astro - Buat Anak-anak

PRUDENTIAL Assurance - RM 30 for survey!



Thursday, December 2, 2010

Introducing Nuffnang-Churp Churp Connect


Salam semua. Secara ringkas dan padat. Apa yg nak aku hebohkan adalah mengenai tajuk di atas. Iaitu bagi kengkawan yg ada akaun Nuffnang dan ChurpChurp. Sekarang ni sudah ada kemudahan bagi menghubungkan silaturahim antara keduanya.

Mudah saja. Hanya satu langkah mudah!

1) Korang nampak icon yg ditunjuk anak panah merah tu? Just klik kat situ. Korang klik kat icon yg tak highlight lagi, contoh di atas link utk ChurpChurp.



Kemudian sign in korang punya email dan password.



Tadaa..sudah siap.Sekarang korang boleh buka mana2 akaun Nuffnang atau pun ChurpChurp tanpa perlu login lagi. Tap apa kebaikan buat semua ini??



Ha..jelas dah sekarang memang banyak manfaatnya walaupun ada 3 je..hehe. Selamat Mencuba!


Menarik!
 1) FRISO MUMMY GOLD - Buy & Redeem!
2) PRUDENTIAL Assurance - RM 30 for survey!

Saturday, November 27, 2010

PRUDENTIAL Assurance THE BEST!!


Salam semua pembaca. Aku rasa ramai di antara kita yang dah ada mengambil polisi insuran. Tak kirala untuk diri sendiri, anak dan sebagainya (makwe/pakwe?). Ini adalah salah satu cara utk menjamin & beri perlindungan sewajarnya hingga masa akan dtg. Bg yg belum ada tu boleh timbang2kan ia..

Kebanjiran begitu byk polisi insuran dari pelbagai syarikat yg menawarkan mmg memeningkan kepala utk memilih.Mmgla kebanyakkannya hampir sama tapi kalau kita bijak memilih pasti akan lebih menguntungkan kita. Tul tak?

Ha ni ada satu syarikat yg memang femes kat Msia yg menawarkan pelbagai produk insuran yg senantiasa menarik utk ditawarkan kepada suma. PRUDENTIAL Assurance 


Pelbagai jenis polisi yg ditawarkan seperti :
-Saving (Dah Ada)
-Protection (Dah Ada)
-Retirement
-Investment (Dah Ada)
-Child (Dah Ada)
-Medical

Kalau korang tengok byk pilihan yg boleh dibuat ikut kemampuan dan tujuan kita memilih insuran tu. Kalau nak tahu lagi leh tengok tips memilih insuran ni utk tahu panduan memilih yg betul..Mgkn aku akan pilih medical kot coz yg lain suma dah ada. Tak rugi byk insuran kalau betul pilihan kita tuh..Di site Prudential ni korang boleh buat kiraan sendiri bajet korang dan mendownload brochure mengikut produk yg dorang ada. Kelassss.. 

Survey..survey...survey
*
*


Isi butiran korang kendian Drag & Drop je icon 4 pilihan insuran spt di atas..


Terkini lagi sensasi, korang leh join survey yg diadakan dan korang leh menang voucer RM 30 utk gi shopping tuh..senang je survey dia..tak sampai 2 minit pun..isk.(termenung sesaje pun dah 3 minit)

"BIJAK MEMILIH MENANG MEMAKAI..."


Friday, October 29, 2010

Kurniaan Tak Terhingga


Salam Jumaat semua. Macam biasa di hari mulia ni tak sah kalau aku tak bagi ceramah sket, cewah. Blog ni satu medium yg sangat bagus kalau korang nak dapat pahala amal jariah tau. 

Cane? Ha, korang tak perlulah nak jadi ustaz bg ceramah kat masjid surau sebab tak berapa layak kan?. So sinilah tempatnye untuk kita share sesuatu yg baik. Kalau ramai pembaca yg amalkan bukankah dapat pahala yang tak terkira tu. Begitu juga sebaliknya. Yang penting niat di hati tu.
*
*

*


Kat Youtube contohnya banyak benda yg bermanfaat jika korang nak kongsi. Kalu cari yg baik jumpalah yg baik, dan kalau nak yg jahat lagi nakal korang jawab sendiri ekh.

Monday, October 4, 2010

Tips Elak Bayi Tersedak Susu ~ Superb!


Salam semua..Sejak dua menjak ni byk benar kes kematian bayi. Dan byk juga yg kita dgr puncanya adalah dari tajuk di atas. Memang sedih dan tragis. Kenapa zaman dulu jarang kita dengar? Mungkin kurang liputan kot time tu. Atau ibu bapa zaman sekarang kurang ilmu keibubapaan? Atau susu kurang berkualiti? Atau botol susu tak mesra bayi? Ataupun ...ataupun....Terlalu banyak soal.

Berikut adalah sbhgian tips2 yg aku collect kat tenet..

*
*

*
 Jaga Sukatan Susu


Susu tu jangan pekat sangat..ikut sukatan yg telah disyorkan oleh doktor pakar..ala..ada dekat kotak susu tu je la..



Jangan Biar Bayi Keseorangan


Ha..bahaya ni..bagi susu pada anak kenalah pantau. Terutamanya jika yg masih kecil tu, sebab dorang tak pandai nak buat apa2 lagi jika kecemasan..Kalau boleh adakan syif bergilir2 yek.



Sendawakan Dia


Satu lagi tu tips..tiap kali abis je sesi menyusu, korang cuba sendawakan dia..cane? Ha..caranya ialah dgn urut belakang dia perlahan2 sampai kuar segala angin..sampai ada bunyi burp..burp keluar..bukan bip bip..(tu otoromen)



Last But Not Least


Anyway susu badan is still da best..sebab tu la kot jarang bebenor bayi tersedak zaman dulu..Anyway Usaha + Tawakal = Berjaya...Insyallah.


Sumber: Google

Tuesday, August 17, 2010

11 Jenis Manusia Yang Didoa Malaikat



PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongn malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

*

*

*

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."





2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia."





3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."





4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."





5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."





6. Orang yang duduk di tempat solatnya/iktikaf selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."




7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "





8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan."




9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"





10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."




11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."


Sumber : Sini

Thursday, August 12, 2010

RAMADHAN YG DIBERKATI


Salam Ramadhan buat suma kengkawan blogger yg Muslim. Hari ni dah masuk hari ke-2 kita berpuasa. Amacam? Seronok?..Mestilah kena seronok barulah hati kita ikhlas melakukan ibadat posa ni. Untuk membuatkan posa kita lebih umph dan sempurna lagi, aku ingin memetik hasil karya saudara kita di sebuah portal Islam fav aku. Semoga kita sama2 dpt manfaat..

 >>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<

A Quick Preparation Guide For Ramadhan


Dihantar oleh : anahus_run

Editor : arisHa27



What to do?

1. Start reading Quran daily.
2. Spend some time listening to recitations from the Quran.
3. Train yourself to wake up early for Salat al-Fajr.
4. Keep yourself in a state of Wudu' (Ablution) most of the time.
5. Evaluate yourself daily before going to bed.
6. Thank Allah for good deeds, and repent to Him for your mistakes and sins.
7. Start giving Sadaqah daily and make it as a habit.
8. Find time to pray extras, such as Nafals and Tahajjud prayers.
9. Spend more time reading Islamic books especially the Quran, Hadith and Fiqh.
10. Find time to help others with your wisdom, knowledge and other talents.
11. Try to write articles on Islam for Muslims as well as for non-Muslims.
12. Associate with Muslim scholars or ulama and other pious people so, you may learn from them.
13. Train yourself to do good, render free service to others to seek the pleasure of Allah.

What to avoid ?

1. Avoid or reduce watching TV.
2. Avoid looking at unlawful pictures.
3. If you smoke, try to reduce daily usage and cut it down for good.
4. If you have friends who do not practice the teachings of Islam, try to avoid socializing with them.
5. If you travel a lot on business, try to do more local business so you can be closer to your family and community.


" Time is not money or gold; it is life itself and is limited . You must begin to appreciate every moment of your life and always strive to make the best use of it. "




A Quick Checklist :

1. Make a resolve to win the maximum favor of Allah by performing extra Voluntary prayers (Nawafils), making frequent Dua and increased remembrance (Dhikr).
2. Try to recite some Holy Quran after every Prayer.
3. Study the Tafseer (commentary) .
4. Invite a person you are not very close with or your relatives to your home for Iftaar.
5. Bring life to your family! Everyday, try to conclude the fast with your family and spend some quality time together to understand each other better.
6. Give gifts on Eid to at least 5 people: 2 to your family members, 2 to your good friends, and 1 to a person whom you love purely for the sake of Allah. This is in addition to normal 'Iddiya' to children.
7. Where applicable, make commitment to join Islamic study circles to learn more about Islam and improve your own life.
8. Donate generously to the mosque, Islamic organizations and any where people are in need or oppressed.
9. Share month of Ramadan and its teachings of peace and patience with your colleagues at work, neighbors and relatives.
10. Sleep little, eat little! Make sure you do not defeat the purpose of fasting by over-indulging in food and being lazy.
11. Seek the rare and oft-neglected rewards of the night better than 1000 months ( Laylatul-Qadr ).
12. Weep in private for the forgiveness of your sins.
13. Learn to control your tongue and lower your gaze.
14. Encourage others to enjoin and love goodness, and to abandon everything that Allah dislikes. Play the role of a Da'ee (one who invites to Allah) with zeal, passion, and sympathy.
15. Experience the joy of Tahajjud prayers late at night and devote yourself purely and fully to Allah in the Itikaf retreat during Ramadan.
16. For extra concerted effort, try to be off work for few last days of Ramadhan for maximum Ibada.
17. Make an effort to reconcile with the people you are not on good terms with. Forgive everyone and keep your heart clean.
18. In all your dhikr, do not forget your parents, your neighbors', relatives, dead people and other muslims.

*******





Bisik: Mmm..memang byk sampai tak terdaya nak buat suma..tapi kalau dpt sedikit pun Alhamdulillah.

Thursday, July 29, 2010

Blogger Yang Berhemah




Wah..sopan-santun betul tajuk untuk hari ini...Aku tertarik dengan luahan dari Mantan PM kita, Tun Dr. Mahathir semalam yang memperkatakan tentang perkara di atas..tambahan beliau juga adalah salah seorang blogger yg hebat.. 

Mmm...nak berblogging pun kena ada etika ke? Bukannya orang baca pun kita punya..Tambahan yang tak famous cam aku..;)) Ada kesan ke kalau kita tulis sesukahati je..tatabahasa nak kena jaga ke? Bole ke kalau penulisan kita tu cam rojak buah,..kejap mat saleh kejap Sri Lanka..? Phew..dan pelbagai persoalan lagi la..

Oleh itu tak salah kiranya aku listkan budi bahasa yg patut kita amalkan dalam bidang yg kita ceburi ini kan?...Check it Out!

**********************

•    Jujur dan adil dalam mendapatkan, melaporkan dan menginterpretasikan maklumat.

•    Jangan sekali-sekali menciplak.

•    Mengenalpasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan.

•   Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat – dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut.

•    Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat  berdasarkan fakta.

•    Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera.

•   Perlihatkan cita rasa yang baik.  Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi.

•   Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog.

•    Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi.

•    Mematuhi standard yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain.


Sumber : Aku jumpa sini.

**********************



Jadi sama-samala kita amal dan praktikkan supaya blog kita lebih berkualiti dan berfaedah..Sebenarnya banyak lagi etika2 yg baik yg boleh kita amalkan seperti bagi hadiah dalam contest kita, puji blog org lain, dan berbagai lagila..Jadi jangan hanya mengejar duit Nuffnang sahaja dalam berblog...Biarlah apa yg kita tulis menjadi ingatan baik semua yg membaca. Dapat pahala dunia dan akhirat tu...



Bisik:  Tengkiu kengkawan yg bagi komen2 membina tu...yg kutuk pun aku tengkiu jugak..buat pedoman aku ;D


Friday, July 2, 2010

KAU MEMUKAU & AKU TERPUKAU!..


Salam readers, jangan terkejutkan tajuk di atas,..takde kaitan pun dgn aku dan aku sendiri pun mmg tiada pengalaman dipukau..tapi org lain je yang pernah terpukau dgn aku..last2 kawin..hehe. (tak guna ilmu pelik2 tau, yg ori je ;D).

Apa yg aku nk stresskan di sini adalah tentang ILMU PUKAU atau HIPNOSIS istilah saintifiknya. Mesti korang ada terbaca berita atau cerita tentang org yg kena pukau kan?..Sebenarnya ilmu pukau ni bnyk kebaikannya tapi ramai yg salahguna semata2 nak senang dgn cara yg cepat..Itu yg tak betul tu dik..

Selain menggunakan mata untuk memukau seseorang, sebenarnya banyak lagi cara yg digunakan dalam ilmu pukau ni. Antaranya:

1. Pukau Sentuh Tangan.
2. Pukau Hembus Rokok.
3. Pukau 5 sen.
4. Pukau Payung.
5. Pukau Setem.
6. Pukau Petik Jari.
7. Pukau E-mel Merah.
8. Dan macam2 cara lagi yg bakal dicipta sesuai dgn perkembangan zaman...

"Tapi bagaimana nak mengelak dari menjadi mangsa?!!" Ada caranya..

1. Sebagai seorang Islam bolehlah mengamalkan petua berikut setiap hari:

“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

    a.  Baca ayat di atas dan diikuti Ayatul Kursi.
    b. (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)
    c. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.
   
2. Dan petua2 lain yg boleh diamalkan seperti:

   a. Kalau ditepuk org tak dikenali, tepuk dorang balik.
   b. Bela ikan puyu/betok.
   c. No eye contact.
   d. Bawa paku panjang 5 inci dalam beg,..itu pantang dia.
   e. Bawa tahi besi dalam beg atau kocek.
   f.  Dirikan penyapu lidi secara terbalik kat belakang pintu.
   g. Amalan2 di atas cuma adat dan tak pasti lak mujarab ke idak..takut jadi syirik lak nanti.

Anyway pukau adalah amalan sihir, berdosa besar dan boleh membawa kpd syirik dan haram mempelajarinya. Lagipun diguna ilmu pukau ni banyak untuk tujuan keburukan spt merompak, mencuri, merogol dan sebagainya. Walaupun tak ada peruntukan hukuman dari segi undang2 (mende2 mistik) tapi yang melakukannya pasti menerima balasan satu hari..

Sunday, June 27, 2010

OMG..What To Do?


Sebut saje accident pasti suma kecut perut tak kiralah samada kita yg terbabit ke atau sekadar melihat ianya menimpa ke atas org lain. Memangla bukan kita yg minta ia berlaku tetapi walau berhati2 mcm mana sekalipun kalau dah ditakdirkan ia berlaku ia tetap akan berlaku kan... Mm..bila dah berlaku tu mulalah panik dan menggelabah terutamanya jika melibatkan kematian..boleh pengsan dibuatnya.

Dan aku pasti ramai yg tidak bersedia dengan ilmu di dada tentang apa yg penting dan perlu dilakukan jika kemalangan jalanraya terjadi..Jadi ikuti panduan berguna ini dan korang pasti dapat menempuh saat2 menyulitkan ini dgn tenang, mudah-mudahan.

Ketika Kemalangan

Jika kita tidak cedera parah di tempat kemalangan, dapatkan butir penting pihak lain yg terbabit sama seperti: 


  1. Maklumat kenderaan (no daftar, model, tahun dibuat).


  2. Maklumat pemandu (nama, alamat, no tel, no I/C & no lesen memandu).


  3. Nama pihak insuran yg mewakili anda & org yg terbabit dlm kemalangan itu. 
Berurusan di Balai Polis 


  1. Jika tiada anggota polis bertugas ketika di tempat kemalangan, buat laporan polis dlm tempoh 24 jam di balai polis berhampiran.


  2. Jelaskan kemalangan yg berlaku dan turunkan tandatangan di bhgn bawah laporan berkenaan dan simpan 1 salinan yg disahkan. 
Berurusan dgn pihak insuran 


  1. Baca polisi dgn berhati2 & laporkan kemalangan yg berlaku kpd pihak insuran secepat mungkin.


  2. Sebarang kelewatan akan menyebabkan kita terlepas hak mendapatkan wang pampasan.


  3. Pihak insuran hanya membayar perbezaan antara jumlah tuntutan dgn jumlah yang ditetapkan.


  4. Pastikan kenderaan diselenggara di bengkel yg bertanggungjawab.


  5. Jika kemalangan disebabkan pihak lain, hubungi pihak insuran mewakilinya dan mengatakan kita mahu memfailkan tuntutan (secara bertulis).


  6. Dapatkan khidmat guaman jika tuntutan anda ditolak pihak insuran.

p/s: Banyak lg tips berkaitan...tunggu ekh

Sunday, June 13, 2010

Mak!! Aku nak Kawin!


Salam buat suma readers...haha..sorry coz tak sempat nak posting early kerana terlibat ngan majlis kahwin abg ipar di Benut, Johor...Bulan ni mmg pack dgn majlis kahwin berbagai,..musim cuti sekolah la katakan..Seronok jugak nengok pasangan pengantin baru nak memulakan kehidupan berumahtangga..(terkenang zaman kite ler tu..)

Terlanjur cerita bab kahwin pasti ramai di luar sana yang masih terkial2 menabung dalam tabung gajah..nak cukupkan budget utk kahwin nanti..asyik jadi pengapit je tak aci ler kan..Tak kurang juga yg menebalkan muka kat kaunter bank apply personal loan sebab tak sanggup menunggu lama..Hmm..awas tu dik!..berbahaya utk masa depan..bagi yg berada tu beruntunglah sebab Pa & Ma yg support..;D

Anyway di sini abang ni nak berkongsi sket panduan/tips untuk yg akan melangsungkan perkahwinan kelak..Takyah susah2 nak carik..

1) Haa..first skali mestilah dimulakan dengan niat yg betul..Kahwin tu sbb apa? Kalu benda basic ni pun dah tak betul, susah tu dik!

2) Then, mestilah ada calon yg sesuai, jgn tangkap muat je..Kakak ni ada tips.

3) Buat perancangan kewangan/budget. Contoh list yg patut dipertimbangkan ada di sini.

4) Simpan duit dari awal supaya tak terbeban sampai nak meminjam..kan tak manis tu..

5) Dalami ilmu perkahwinan supaya tak menyusahkan pejabat agama nak bagi kaunseling kelak (bergaduh ler tu..). Site ni menarik gak kalu nak belajar bab kahwin.

6) Last, time majlis nanti jgn lupa lak jemput abang, bagi bunga telur itik gembo2.. Selamat Merancang!!

Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back
OnePlusYou Quizzes and Widgets