rss
email
twitter
facebook
Showing posts with label Artikel Terlampau. Show all posts
Showing posts with label Artikel Terlampau. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

Hukum Perayaan Valentine Day| Haram?

Hu
Salam semua. Ah kalau di tanya bila sambutan Hari Kekasih ataupun Valentines Day, semua org dapat menjawab dengan tepat! 14 Februari setiap tahun. Tak sipi langsung!! Tapi cuba tanya berape haribulan tarikh Sambutan Maulidur Rasul..harammm..langsung tak ingatlah bang,..semalam ingat tapi hari ni tetiba lupa.

Ha..buat adik2 yang tengah dok rajin search kat Google nak mencarik valentines day cards  tu jangan buat2 tak reti lak nak carik hukum kita sebagai umat Islam ni dalam sibuk nak menyambut Hari Valentine ni. Dahla org Kristian sendiri pun menganggapnya sebagai tradisi sahaja..ni kita pulak yang terlebih Kristian dari diorang. Isk..Subhanallah!



So sama2lah kita perbanyakkan selawat dan doa buat Nabi Muhammad S.A.W selalu dan menghayati segala perjuangan baginda sempena Hari Kelahirannya yang bakal tiba.


Thursday, January 27, 2011

Renungan Alam Akhirat ~Kiamat!




Salam pembaca blog pemikirkaya sekalian.
Insya Allah mulai tahun 2011,  setiap hari Jumaat saya akan kongsikan info di bawah kategori Motivasi Iman.
Baiklah untuk post Motivasi Iman yang pertama tahun 2011 ini, kita akan bersama-sama bermuhasabah diri dengan merenungi kisah Gambaran Di Hari Qiamat.
Berikut gambarannya :
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kita ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
 Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Wallahualam.

Sumber: pemikirkaya

Friday, January 21, 2011

Blogwalker PENIPU! ~ Penjelasan MUKTAMAD!!


Salam semua pembaca suhaisweet dan cilupbah. Sengaja aku memilih hari Jumaat 'Penghulu Segala Hari' lagi penuh berkat ni agar 'si penipu' ni dapat merungkai segala persoalan tentang isu autoblogwalking/autablogwalking/blogwalking penipu dan macam2 lagi.
*
*

Begini cerita bermula:



1) Honestly = Org takkan guna ABCDEAD.COM melainkan utk promote blog, naikkan trafik dan secara tak langsung tingkatkan earning Nuffnang, Innity dan sebagainya.

2) Tak perlu bersusah payah utk blogwalking secara manual terutama bagi yg memang sibuk nak online selalu.(Tolong cakap org giler mana yg nak susah bila ada cara senang?!)

3) PALING PENTING!! Ramai antara blogger yg berhati mulia sanggup memilih kaedah ini sebab ia bukan berat sebelah/ one way traffic. Seperti yang di claim oleh ownernya. Bukti??

Bukti #1


Bukti #2

Bukti #3

Bukti #4

Aloo bro...itu cakap mulut boleh lah! Mana bukti dari segi teknikalnya?? Mana? Kalau betul aku dapat trafik ko mana buktinya?? Apsal kat Getclicky aku kata sebaliknya?!! Clicky Clicky..Hah jawablah..
*
*

Hmm..untuk bukti teknikal susah aku nak jawab sebab bagi aku mudah saja:

a) Aku leh check kalau melanggan hosting berbayar seperti pada Bukti #4.

b) Getclicky?? Baca Bukti #1.

c) Syahrul si owner ABCDEAD.COM adalah org yang beragama Islam dan adalah berdosa sekiranya beliau menipu kami sebagai pengguna.

d) Aku dan lain2 sebagai pengguna percaya kepada beliau ibarat kami ni seorang pengedar barang. Takkan pengedar nak pergi ke tiap2 kilang bagi check satu persatu  proses pembuatan setiap barang yg nak diedarkan secara terperinci. Bukan keje aku la tu!! Adalah menjadi tanggunjawab c). Takde keje weh!! Banyak lg keje nak aku buat!!

e) So kalau korang rasa tertipu mungkin kami juga tertipu!..Kami pun tau la dosa menipu!! Bagi anak bini makan duit haram konon!! Umpama makan daging b@#i lah.! Cakap korang tuh yang tak pakai akal. 

_____________________________________________________________________

So apa yang menjadi isu  ~ TRAFIK!

Wei..bukan trafiklah yg kitorang carik tapi yg paling penting adalah baca entry!!

1) Yang sebenarnya bukan entry yg menjadi isu penting di sini tetapi percayalah majoriti lebih mementingkan trafik sebab selagi ada iklan berbayar kat blog korang tuh takyahlah dok sembang mengenai kesucian hati korang 100% ingin mencurah ilmu, duit hanya sampinganlah dan sebagainya..bla bla bla. (hipokrit!)

2) Beberapa hari ni aku tinjau semua komen kat blog yg menghentam autoblogwalking ni, majoriti dok sibuk bertengkar pasal trafik trafik trafik! Aku tak halalkan trafik aku!! Amboi..apa ingat trafik yg aku bagi tuh free ke??Very clear dude..

3) Janganlah sesekali kita cuba memaksa orang membaca, memberi komen dan sebagainya jika kita sendiri tak berjaya nak menarik minat mereka! Ada beratus ribu blog kat Malaysia dan beribu yang berlegar2 aktif setiap hari tunggu untuk dijemput!! Ada aku kisah org tak layan entry aku..biarlah. Suka hati doranglah. Itu hak masing2!

_____________________________________________________________________

Hati yang terguris..

1) suhaisweet ini aku bangunkan dengan asas yang kukuh bukan hasil copy paste org lain.

2) Sepanjang aku berkarya tak pernah barang sekalipun aku mengajak/memaksa kawan2 memberi komen, jadi follower atau subscribe artikel aku dan sebaliknya aku bersyukur kerana begitu ramai yg menyokong. Terima kasih.

3) Sofware autoblogwalking ni baru 2 minggu aku mencuba jadi sangat tak adil bila ada mengatakan yang aku ni 'dah lama buat keje hina nih'. (kalau betullah aku menipu!)

4) Tak pernah aku membangga diri  ~ tak pernah tunjuk pun barang sekali hit trafik, jumlah cashout dan lain2 utk membangga diri. Tips Nuffnang?? Sangatlah sedikit..sebab bukan itu intent utama aku. Aku lebih suka berkarya!!! (duit sebagai motivasi, xde pun aku jalan gak. Tak percaya sudah!)

5) Tahniah buat saudara PendekarBerkuda dan rakan2 kerana membangkitkan isu ini. Nasihat dan saranan saya (Boleh ke penipu bagi nasihat?)
*
*

a) Ada banyak lagi kaedah cara utk menegur kengkawan (kalau benar kami tersilap) ~ Ibarat menarik rambut dalam tepung atau ibarat seorang anak menegur bapanya. Pikirlah sendiri sebab dah terbukti anda nih semua cerdik pandai dalam berkata-kata. Kami ni je yg 'terlebih pandai!'. Jangan nak berkuda kalau tak pandai imbang badan..(ades pedas..sorri).

Contoh Teguran Tak Baik

b) Aku pelik kenapa perkara menipu trafik ini sungguh menjadi isu (kalau betullah menipu)?? Kenapa tak pernah sorang pun dari 'blogger picisan ni kononnya' membombard individu2 yg yang menghasilkan blog2 lucah melayu yang tak larat aku nak link kat sini!! Bukankah itu lebih parah dan bernanah?? Sebab apa? Aku tau sebabnya. Kerana ia tiada kaitan ngan trafik korang tuh!! Sebab trafik bermakna duit dan populariti!! Atau sebab korang pun layan sama....isk nauzubillah, mudah2an tidaklah ya.

c) Pernah tak korang menyelongkar sedalam2nya bagaimana software auta-blogwalking berfungsi. Apa salahnya melabur sket menjadi ahli, join, check modus operandi, berbalas email ngan ownernya dan selidik betul2. Dah konfem betul2 barulah leh lancar serangan besar2an dengan bukti2 yg sungguh mantap!. Bukan sekadar menilai jumlah counter di hitstat dan Getclicky tuh! Sungguh murahan!! Buat keje jangan separuh jalan, takut makan tak habis nanti..Tentang kaedah copy paste script tu maap..no idea!!

d) Sungguh rasa hina dan kecil hati apabila dihina dan dijaja sebagai blogger penipu, penipu trafik dan macam2 lagi. Anda dpt pahala jika telahan anda betul..tapi bagaimana kalau sebaliknya.?Begitu juga yg sibuk memberi komen dan menyokong membabi buta. Padahal anda tak tau apa2 pun dan claim diri korang ditipu. Takpelah, 1 link aib disebarkan mgkin 10 backlink dosa yang dapat. (Eh 'penipu' pandai lak soal dosa pahala ekh)...silap2 dapat backhand sekali!!

_____________________________________________________________________

Akhirnya..

1) Tahniah kepada saudara Umar dan lain2 kerana steady dan tabah menghadapi isu ini walaupun aku tengok Umar lah yg paling teruk kene kondem. Adatlah tuh. Anyway anda mempunyai fundamental yg kukuh dalam berblogging. Jangan putus asa dan lemah semangat!! Banyak tips2 dari Umar yang bagus2 dan berkesan!

2) Aku mohon ampun dan maaf kepada semua yg sudi singgah dan menyokong blog suhaisweet dan cilupbah selama ini yang rasa tertipu dan ditipu bulat2. Terima kasih atas segala komen. Banyak juga komen yg aku reply dan buat yg tak tu sori bebanyak sebab mungkin aku tengah auta-blogwalk time tuh..isk.

3) So..dengan ini aku menutup terus 2 blog aku ni sebab bagi aku sangat sukar untuk kembalikan keyakinan orang bila sekali nama kita telah terpalit. Dan org akan terus ingat sampai bila2 biarpun seribu kebaikan yg kita curahkan sekalipun!! Dan insyallah aku akan mencari medium yang lain bagi mencurahkan dan berkongsi segala yang baik sebab mungkin ini bukan dunia aku. 
*
*

*

Last But Not Least!!


Aku tengok makin ramai yang jadi ahli berbayar ABCDEAD.COM ni ya walaupun isu ni meletop2 bagai lahar gunung berapi. Mana lagi yang lagi 700 ye?? Cian yang 15 orang nih asyik jadi kambing hitam je..isk isk isk. Mungkinkah mereka berselindung di antara pengomen yang menghentam sekali! Wallahualam..


***

Sunday, January 9, 2011

Nuffnang RACIST Lagi?!



Salam semua kengkawan. Sori lama tak update. Bukan apa, masih memikir tajuk yg sesuai yg benar2 memberi kesan kepada pembaca. Aku tak mau sekadar serkap jarang dan ala kadar semata nak update setiap hari. Kualiti lagi bermakna dari kuantiti. Betul tak?

Lama tak menjengah ke blog Ondcene favourite aku ni tetiba menggatal tangan nak selongkar update terbaru dari Abg Sham tuh. Kalau korang yg tak tahu, blog ni memang up-to-date selalu terutama kalau cerita pasal accident. Selalunya tak keluar lagi kat mana2 paper atau siaran tv tapi dia dah keluar dulu. Malah gambar2 yg dipaparkan lebih live dan ngeri. Tapi memang memberi rasa insaf.



Dan antara tajuk entry Abg sham yg aku terlepas dan memang tergezut aku baca adalah - Nuffnang 2 Tahun 2 Bulan = RM 110.85 - Jangan Gelak...!!! Tapi aku bukan nak gelak malah nak berjurai air mata pun ada rasanya! Kenapa?? Bukannya pelik pun! Ramai gak yg bertahun ngan Nuffnang tapi income ciput! Apa yg nak dihairankan?!

*
*

*
Iye..iye. Aku tahu semua itu. Tapi aku sangat heran sebab blog ondcene.my ni memang tersangat hits!! UV setiap hari dan minggu adalah beriban!. Begitu juga ngan pengikut setianya. Bukan calang-calang main banyaknya!


Kalaulah blog suhaisweet dan cilupbah aku banyak ni visitornya memang beratus RM aku dapat bagi setiap iklan buffered. Malah dekat 2 tahun lebih Abg Sham join dan berstatus Geli-geli tetapi begitu2 je hasilnya. Why?!


Dan yg paling gempar bila ada antara pengomen yg mengatakan yang syarikat Nuffnang ni RACIST! Berikut adalah antara komen..



Susah nak menjawab persoalan ini sebab ramai juga blogger lain yang berbangsa Melayu kat luar sana menjana income yg lumayan bersama Nuffnang seperti Eyriqazz, Redmummy, Darkbatman, Hanis Zalikha dan sebagainya.

Ataupun dorang ni cuma dikalangan kecil antara blogger yg beratus ribu di luar sana tu yg sengaja dipilih bagi menunjukkan yg Nuffnang memang tidak pilih bulu! Wah ini sudah semakin panass!!



Tetapi Bro Sham turut mengatakan yg blognya sukar dipilih oleh pengiklan kerana kategori blog yg beliau tetapkan. Apapun itu semua rezeki masing yg telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Kita teruskan usaha yg terbaik!! Biarlah org nak buat buruk atau apa kat kita sebab yg benar pasti terbongkar!!

Aku secara personal bersyukur kerana masih berpeluang menjana income yg walaupun sedikit tetapi tetap setiap bulan. Berapa? Ish..malulah nak cerita. Nak kene buat entry lain gamaknya..
*
*

Sebenarnya isu Nuffnang Racist ni dah pernah terkeluar suatu masa dulu dan kini kembali semula. Soo..

APA PENDAPAT KORANG?!



Wednesday, January 5, 2011

Kematian Burung & Ikan ~ KIAMAT?


Selamat pagi semua. Mulakan hari dgn ceria wahai kengkawan. Terbaca akhbar online Kosmo pagi ni. Sesuatu yg menarik dan masih menjadi tanda tanya seluruh dunia nih. Kita ikuti sebahagian petikan dari berita tersebut.

*
*


"Sementara itu, pihak lain mengemukakan teori bahawa kematian burung dan ikan tersebut merupakan petanda hari kiamat berdasarkan ramalan suku kaum Maya di Amerika Selatan dan ahli nujum terkenal, Nostradamus." - Agensi

SEPASANG suami isteri melihat seekor burung hitam yang jatuh dari langit dan mati di bandar Beebe, 
Arkansas pada Sabtu lalu




SEBAHAGIAN daripada lebih 100,000 ekor ikan yang ditemui mati di Sungai Arkansas,
 Arkansas pada Khamis lalu.



Ha..korang pasti pernah terbaca pasal cerita ni yg telah kecoh baru2 nih kan. Pelbagai teori dan andaian telah terkeluar dan disebarkan. Tapi satu pun tak pasti sampai sekarang. Tapi teori yang kat atas tu tak pernah lak aku terjumpa dlm mana2 ayat suci Al-Quran ataupun Hadis.

Yang pasti setiap hari semakin dekat kita samada dgn kiamat kecil (mati) ataupun yg kita sangat gerun iaitu Hari Pembalasan. Itu wajib dipercayai.

So teruskan hidup cam biasa. Tambahkan amalan dan usahakan bg kejayaan di dunia apatahlagi di Akhirat sana. Semoga berjaya semuanya.Insyallah.






Saturday, December 25, 2010

Review #3 ~Weenashoppe


Terima kasih aku ucapkan kepada Kak Weena kerana sudi melanggan satu lagi tapak ads berbayar aku ni. Seperti yang dijanjikan, review percuma untuk pelanggan yang bertuah ni. Cewah, macam jual barang lak aku ye.

Kali ni lain daripada yg lain. Kalau dulu blog angahsayang2314 dan joharihamzah lebih tertumpu kepada blog personal tapi kali ni lebih kepada blog berunsur perniagaan. Dan yang lebih spesifiknya menjual pakaian khas utk wanita sahaja tau.

1) Pasal Kak Weena..


Hah..serba sedikit telah menjawab soalan tentang owner blog ni. MAXI DRESS?? Apa tu? Jom geledah!



2) MAXI Maxi maxi...






OOooo..ni rupanya MAXI DRESS nih! Baru aku tau. Memang klass. Cam selesa sangat. Memang sesuai buat akak2 yg ada cutting badan yg menarik.




3) Lagi yang menarik..




HU..memang bisnes minded tol Kak Weena ni ya. Selain dari pakaian sebagai dia punya core bisnes, pelbagai aksesori lain seperti tali pinggang turut ditawarkan.



4) My favourite...

Yuhuu..akhirnya aku jumpa gak kegemaran aku kat blog ni..iaitu Kek Lapis Sarawak.

Buat yg gemar tembikai..


Macam nama lagu Ziana Zain..


Memang best..best sangat!


5) Kesimpulan..

Buat yg berminat dan tertarik silalah jengah2 kat blog akak ni. Mana tau dia tengah carik bisnes partner ker. Hah rezeki tu. Berniaga memang paling best dalam dunia. So syabas Kak Weena!





----------------------------------------------------------------
Ads Berbayar ~ 1 ruang sahaja lagi!
Gempaknya Cuti Sekolah Astro - Buat Anak-anak
Season of The Witch - Mesti Tonton!


Saturday, December 4, 2010

Review #2 ~JohariHamzah


Hai kengkawan nun. Yang lepas kita dah baca serba sket mengenai Kak Angah kita yg Boom tu kan? Kali ni sorang jejaka pulak yg telah terpilih utk aku jejak. JohariHamzah.

Bang, sesekali dengar nama dah macam penyanyi 70/80 an pulak. Memamg kelass.



1) Kita jejak kasih dulu..


First, cantik header. 'Bukan Sekadar Catatan' adalah blog title yg dipilih. hah..maknanya Abg Joe menawarkan lebih dari segalanya yg korang mampu pikirkan tuh. Best. Aku dah tilik, selongkar dan buka segala laci almari dan apa yg aku simpulkan ni adalah blog general dan tiada niche tertentu. Tapi yg menariknya Abg Joe ni tak perlu meleret2 ngan entry dia. Cukup padat dan bersahaja..Korang pun tak boring.



2) Memang Super unik!

Proton 5 Pahlawan! Adalah entry terbaru dari Abg Joe. Memang cun kalau dapat satu dari model prototaip proton nih.




Korang tak teruja ke nengok pic pertama tuh..Weh proton tau tak yg itu?!! Banyak lg gambar yg menarik kalau nak tengok.



3) Lagi Suspenn!..


ADAKAH AKU PUN DIPERLUKAN JUGAK? UTK APA? KENE BAWAK IC TAK?..korang selongkar sendiri. Aku sudah..nyaris pengsan!!



4) Best. Menarik. Berminat?


Lastly, Marilah join Abg Joe ni kat fanpage dia ataupun Twitter dia. (Eh, dah join ChurpChurp ke belum?). and So..bertambahlah sorang lagi kenalan. Tak rugi banyak kawan weh.

*
*


Aku ni asyik panggil dia 'abang' macamlah aku ni muda sangat!! tengok dia cam awet muda jerr.. Anyway 'Happy Blogging, Tweeting, Nuffning'..teruss pening..



So.. kengkawan lain yg ingin dijejak oleh aku mehla join ads berbayar aku..bak kata Ustazah Bahiyah- Anda Bayar Anda Dapat! Lebih kurang gitulah aku edit..


Tak Basi Lagi!

1) FRISO MUMMY GOLD - Buy & Redeem!
2) PRUDENTIAL Assurance - RM 30 for survey!




Thursday, December 2, 2010

Review #1~AngahSayang


Salam semua pembaca. Wah, pasti ramai yg tertanya apo ko bende tajuk aku yg memening kepala nih? Sebenarnya ini adalah penghargaan yg aku janji nak bagi pada kengkawan yg langgan ads berbayar aku. Berbayar? ye la..Anda Bayar Anda Dapat! Mcm Ustazah Bahiyah kata.

So mari kita jejak blog pertama yang bertuah ini..



1) Pengenalan serba sket..

Ha kalau korang lihat inilah pemilik blog ni..Ala akak yg comel tu. Ha, jgn ngorat! Dia dah berkahwin dan beranak-pinak pun. Tak nampak tuh! So jgn ada org keempat lak yg nak join.Nanti abang dia tumbuk lebam mata korang..Huish..;D

Nama angahsayang2314 dipilih sebab apa aku pun tak tahu. 2314 tu mgkin no plat lori dorang kot. Pasti ada maksud tersirat yg sengaja disembunyikan..hehe.


2) Pasal blog nih..


Kebanyakkan yg dicelotehnya lebih menjurus ke general idea, tiada niche tertentu dan Akak ni lebih suka bercerita mengenai apa saja topik yg difikirkan leh Boom! Eh!... Selak kaiN Nampak...nampak apa ?! nampak apa?? Ha kalau korang suspen jer dan nak tahu ..gi la terjah.



3) Nak lagi..apa yg menarik?


Dalam byk2 artikel tuh yg inilah paling aku suka..CEKODOK AJAIB..eh bukan.. cekodok segera. Aku pun tak tahu selama ni ada cekodok segera..isk kena beli dan terus digoreng. Favourite ler katakan..

*
*
Kesimpulannya, memang menarik. Banyak mende yg aku tak tau pun leh tau. (Akak, saya membodek). Tapi mmg betul aku cakap. So selamat berkenalan..


Thursday, November 25, 2010

Gempar! ~ WiFi PEMBUNUH!


Salam semua. Menarik betul hasil kajian dan analisis mat Saleh berkenaan bahaya WiFi ni pada manusia. Korang layan dulu..
*
*

*


ALPHEN AAN DEN RIJN, Belanda - Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati, lapor sebuah akhbar semalam.
Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning.
Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.
Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah.
Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal.
Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati.
Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan. - Agensi
*
*

Cuba korang bayang dan fikirkan..pokok dan segala dedaunnya dapat bertahan warna dan elastiknya walaupun terjemur di tengah terik matahari macam negara kita ni..Malah kulit kita pun tak setahan tu.Cuba korang berjemur sejam..memang hitam legam dibuatnya..Tapi dengan radiasi WiFi leh kuning dibuatnya dan terus mati lak tuh!..Isk..Penangan WiFi ni memang menakutkan kalau benar kajian yang dilakukan..!

Sumber: Kosmo

Wednesday, November 24, 2010

Bila Nak Kaya Nih?



Salam semua. Apa kabar teman Nuffnang? Sihat ke kengkawan Churpchurp?Bagaimana lak ngan diehard fan Youthsays? Begitu juga lelain lagi yg mencari sumber pendapatan tambahan secara online.

Banyak juga yg merungut berkata melalui cara ni terlalu slow la bro..Sehari naik10 sen je..bila nak kaya camnih? Sabar dik sabar. Kalau kene cara dan gayanya mesti berjaya. Terlalu ramai yg ordinary person kat alam maya ni yg tidak menggunakan akal fikiran dalam online bisnes termasuk aku (masih belajar hehe). Dari 90% mostly hanya 10% sahaja yg benar-benar berjaya. Dorang tu genius ke? Ataupun hanya nasib dorang je lebih baik. Tidak.Kita pun boleh. Dan nanti aku kupaskan pada siri yg akan datang..Cewah.

Ingat pepatah ni..

"Don't work for the money, but let the money works for you"

Lebih kurang gitulah kata org yg berjaya..How?? Tunggu...



Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back
OnePlusYou Quizzes and Widgets