Segala maklumat dan berita terkini berkaitan Pilihanraya Umum Ke-13 insyallah akan di update di post ini.
......................................................................................
Untuk semakan daftar pemilih secara online:-
Perkara dan tarikh-tarikh penting:-
1.     
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima Perisytiharan  oleh Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 3 April 2013   berhubung
dengan pembubaran Dewan  Rakyat.  Pada 5 April 2013 semua Dewan
Undangan Negeri juga telah dibubarkan dan pada  hari ini SPR telah
mengadakan Mesyuarat Khas.
2.     
Menurut Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan
suatu pilihan raya umum di  dalam tempoh enam puluh (60) hari dari
 tarikh pembubaran itu.
3.     
Bagi membantu SPR menjalankan pilihan
raya itu, penyerahan writ oleh Pengarah-Pengarah Pilihan Raya Negeri kepada
 222  Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan 1,088
 Penolong Pegawai Pengurus akan dibuat.
 Bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh
rasmi berkempen,  SPR  telah memutuskan untuk menubuhkan  379  Pegawai
Penguat Kuasa yang juga merupakan Ketua bagi
Pasukan Penguat Kuasa Kempen
Pilihan Raya (PP-KPR).  
4.      Bagi menjalankan PRU Ke-13 ini,  SPR akan 
menggunakan
8,789 Pusat Mengundi yang mengandungi 26,219 Tempat Mengundi
(Saluran).  Bagi maksud Hari Pengundian Awal, sebanyak 544 Pusat Mengundi dengan 882 Tempat Mengundi akan dibuka.  Manakala bagiPengundian Biasa, sebanyak 8,245
Pusat Mengundi disediakan dengan25,337 Tempat Mengundi akan dibuka. 
5.      Bagi tujuan membantu SPR menjalankan
PRU Ke-13,  seramai 234,905 orang petugas pilihan
raya akan dilantik. Untuk PRU Ke-13,
sebanyak RM400 juta peruntukan   telah
diperolehi oleh SPR bagi  menjalankan pilihan raya ini.
6.     
Daftar Pemilih yang akan digunakan bagi PRU Ke-13 ini ialah  Daftar Pemilih Induk (DPI) 2011, Daftar
Pemilih Tambahan Suku Tahun  Pertama 2012, Suku Tahun Kedua 2012, Suku
Tahun Ketiga 2012 dan Suku Tahun Keempat 2012 yang dinyatakan dalam Notis
Pewartaan yang akan  diwartakan pada 11 April 2013.  Daftar Pemilih
Pilihan Raya itu
mengandungi 13,268,002
orang pemilih yang terdiri dari  12,992,661 Pemilih Biasa, 161,251 orang
Tentera dan pasangan, 111,136 orang Polis dan pasangan  Polis Gerakan Am
(PGA) serta 2,954 orang Pengundi Tidak Hadir (PTH) luar negara.  
7.      Daftar Pemilih Pilihan Raya dalam bentuk
Cakera Padat (CD)  bagi pilihan raya itu akan mula dijual pada 15 April
2013 dan dalam bentuk buku pada  19 April 2013.
Para pengundi boleh membuat semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat
pusat mengundi dan saluran mengundi  mereka melalui laman web SPR  (www.spr.gov.my),
Portal PRU Ke-13 (www.pru13.gov.my)
atau melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR <jarak> SEMAK <jarak> NO. KAD PENGENALAN 
dan hantar kepada 15888  mulai 
15 April 2013. Bagi semakan melalui SMS juga, SPR telah menyediakan kemudahan tambahan
 seperti yang berikut: 
(a) 29292 bagi pengguna Celcom;
(b) 33080 dan 22789 bagi pengguna Maxis;  dan
(c) 33080 bagi pengguna Digi.
Semakan boleh dibuat dengan menaip spr <jarak> no. kad pengenalan
dan hantar kepada nombor-nombor tersebut.Para pengundi
juga boleh menelefon  Ibu Pejabat  SPR di Putrajaya (03-8885
6565)   dan  Pejabat-pejabat
Pilihan Raya Negeri.  
8.      Sehubungan dengan
itu, pada hari ini SPR yang terdiri daripada tujuh anggota Ahli Panel, iaitu
saya selaku Pengerusi. Timbalan Pengerusi, Datuk Wira Haji Wan Ahmad Wan Omar
 dan lima Ahli lain, iaitu Datu Haji Ramji bin Alli, Datuk Dr. P.
Manogran, Datuk Christopher Wan Soo Kee, Dato’ Haji Md. Yusop bin Haji Mansor
dan Tuan Haji Abdul Aziz bin Khalidin telah mengadakan Mesyuarat Khas dan
mengumumkan tarikh-tarikh
penting bagi PRU Ke-13 adalah  seperti yang berikut:
| 
Tarikh Keluar 
  Writ         | 
: | 
11 APRIL 2013 (KHAMIS) | 
| 
Tarikh Notis Pilihan
  Raya         | 
: | 
12 APRIL 2013 (JUMAAT) | 
| 
Tarikh Penamaan Calon | 
: | 
20 APRIL 2013 (SABTU) | 
| 
Tarikh Mengundi Awal | 
: | 
30 APRIL 2013 (SELASA) | 
| 
Tarikh Mengundi  
(Jika ada pertandingan) | 
: | 
05 MEI 2013 (AHAD) | 
9.     
Bagi memastikan proses pelaksanaan PRU Ke-13 ini berjalan lancar, SPR memohon
agar semua pihak mematuhi undang-undang dan peraturan serta arahan pihak polis
yang bertanggungjawab untuk memastikan ketenteraman awam semasa PRU
Ke-13.  Parti-parti politik, calon-calon, petugas-petugas dan  para
penyokong parti  serta  mana-mana individu lain yang akan
terlibat  semasa berkempen, hendaklah mematuhi undang-undang dan 
peraturan-peraturan  pilihan raya serta tatasusila berkempen sebagaimana
yang ditetapkan oleh SPR.
10.    SPR juga
ingin mengingatkan calon-calon dan parti-parti yang bertanding mengenai
kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5). Bahagian III Akta
5  menyenaraikan segala perbuatan rasuah yang jika seseorang itu disabitkan
 dengan kesalahan itu dia boleh dikenakan hukuman penjara dan denda.
Kesalahan di bawah  Bahagian III Akta 5 ini  merupakan “kesalahan
yang ditetapkan” di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang
mempunyai kuasa untuk menyiasat, mengikut peruntukan undang-undang, mana-mana
orang yang melanggar mana-mana  seksyen di bawah Bahagian III Akta 5.
Sepanjang tempoh PRU  Ke-13 ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) akan memantau apa-apa aktiviti  bagi memastikan mana-mana orang
yang didapati melanggar Akta 5  akan disiasat dan jika mempunyai bukti
yang lengkap, akan didakwa.
11.    SPR juga
ingin mengingatkan  bahawa pada hari pengundian,  tiap-tiap majikan
dikehendaki memperuntukkan tempoh yang munasabah kepada pekerja-pekerjanya untuk
keluar mengundi. Subseksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
 memperuntukkan seperti yang berikut:
“25. (1)
Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi membenarkan suatu tempoh yang
munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi, dan tiada
majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana
pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa
penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja dalam tempoh itu.” .
12.   
Mana-mana majikan yang secara langsung atau tidak langsung enggan membenarkan
pekerjanya keluar mengundi  boleh, apabila disabitkan,  didenda
sebanyak lima ribu ringgit atau dipenjara selama satu tahun sebagaimana yang
diperuntukkan di bawah subsekyen 25(3)  Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
13.   
Maklumat-maklumat lain berhubung dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 ini akan
dikeluarkan  dari semasa ke semasa oleh Ibu Pejabat SPR atau
Pengarah-pengarah Pilihan Raya Negeri atau Pegawai-pegawai Pengurus Pilihan
Raya berkenaan.
Sekian dimaklumkan dan dan
terima kasih.
(TAN SRI DATO’ SERI ABDUL AZIZ BIN
MOHD YUSOF)
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia
10 April 2013
 





 




















