rss
email
twitter
facebook

Wednesday, March 30, 2011

Permohonan Maktab Perguruan Malaysia 2011 | Terkini!

Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ambilan Jun 2011

Untuk maklumat bagi para calon lepasan SPM yang ingin memohon untuk menjadi guru, tarikh permohonan telah ditutup pada 25 Mac 2011 sejak dibuka pada 7 Mac 2011 yang lalu.

Jadi buat yang tak sempat tu jangan kecewa kerana banyak lagi peluang yang ada.


Tuesday, March 29, 2011

Berita Jackie Chan Mati Sakit Jantung!




Pasti ramai yang terkejut dan bersedih dengan berita kematian pelakon hebat Asia ~Jackie Chan! Berita telah tersebar luas mengatakan beliau diserang sakit jantung di Hospital Los Angeles, Amerika Syarikat.

Berita Jackie Chan mati ni tersebar luas melalui internet terutamanya laman Facebook dan Twitter tetapi diragui kebenarannya. Bagaimanapun khabar angin ini disangkal dan dipercayai direka-reka.

*
*

*

Ish..giler betulah dorang nih!! Benda-benda gini pun buat memain!

Monday, March 28, 2011

Semakan Permohonan Kemasukan Ke IPTA | UPU



Tahniah buat para calon yang telah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini.

Kini adalah masa yang sibuk dan kritikal bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA sesuai dengan keputusan SPM yang diperolehi.

INFO TERKINI

1) Aplikasi Dalam Talian bagi Program Pengajian Lepasan SPM atau setaraf dan Program Pengajian Lepasan STPM dibuka mulai 10 Jan 2011 hingga 4 April 2011.

2) Calon wajib menyemak Syarat Khas Kelayakan Pengajian berdasarkan keputusan peperiksaan melalui i-MAS-C-U (Intelligence Management Admission System Checking To University) di http://imascu.upu.mohe.gov.my bagi memastikan mereka tidak memohon program yang tidak layak.



Maklumat lanjut layari http://upu.mohe.gov.my

Buat yang tidak bernasib baik ke IPTA walaupun mendapat keputusan yang baik diharap jangan kecewa, masih banyak lagi peluang yang ada.


Video Seks Anwar | Di Sini!



Pasti ramai yang tercari-cari kat mana nak dapatkan video seks Anwar Ibrahim yang tengah hangat diperkatakan oleh Geng Datuk T kebelakangan ini kan? Betul..Tak percaya?!!

*
*

*

Hah..cuba lihat ni! Carian terhadap video seks Anwar Ibrahim telah mengatasi segala carian terkini termasuk video terkini kesedihan mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun baru-baru ni dan juga koleksi wallpaper Upin Ipin aku. Isk Isk.

Sesungguhnya blog suhaisweet memang sama sekali tidak menghidangkan bahan-bahan lucah tapi kat sini aku masih bersangka baik..Mungkin yang cari video seks ni bertujuan untuk menganalisa dan pengecaman siapakah pelakon yang terlibat..adakah betul beliau seorang pemimpin pembangkang seperti yang dikecoh. Hah Hah..sangka baik!




Thursday, March 24, 2011

Datuk T Adalah......Datuk Shazryl Eskay Abdullah!


Persoalan yang selama ini terjawab sudah akhirnya! Individu yang bertanggungjawab dalam pendedahan video seks Anwar Ibrahim yang juga digelar sebagai Datuk T sebenarnya terdiri dari 3 individu.

Salah seorangnya adalah Datuk Shazryl Eskay Abdullah.


Anyway, semoga skandal seks ini dapat diselesaikan dengan segera.

Wednesday, March 23, 2011

Awas! Tsunami Alert!! | Terkini Dari Filipina



Aduh! Tak setel lagi bala dan musibah yang melanda Jepun baru2 ni ada info terkini pula bahawa satu lagi gempa bumi kuat bakal melanda Filipina!!

"PHILIPPINE NEWS ALERT! Phivolcs has released an official announcement that there is a big possibility of an 8.5 Magnitude Earthquake to hit Metro Manila and cause a tsunami. Small earthquakes reported earlier were mainly caused by the Manila Trench, and this same Trench will be responsible for a bigger earthquake. Get your emergency kits ready before disaster strikes."

Di atas adalah petikan dari forum Carigold. Kalau betul la ramalan ini, bersiap sedialah untuk menghadapi segala kemungkinan. Moga Allah SWT melindungi negara kita! Amin

Keputusan SPM 2010 | Terkini! | Secara SMS


Gambar Hiasan: Slip Keputusan SPM


Tahniah buat semua calon yang baru mendapat keputusan Sijil  Pelajaran Malaysia 2010. Keputusan peperiksaan kali ini adalah yang terbaik dalam tempoh 4 tahun!

Disamping itu, kini terdapat kemudahan bagi calon SPM 2010 untuk menyemak result secara SMS.

SPM SEMAK dan hantar ke 15888

Bagi setiap semakan akan dicaj RM 0.35. Anda boleh menggunakannya bermula jam 10.00 pagi (23 Mac 2011) hingga 11.59 malam (30 Mac 2011).

Sumber:


Tuesday, March 22, 2011

Video Seks Anwar Ibrahim | Skandal atau Konspirasi?


Wah memang tengah panas sekarang nih! Kecoh pasal penemuan rakaman CCTV yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita cina!

Kredit milosuam.blogspot - Rakaman CCTV video seks

Ramai yang mengaitkan si pelaku adalah Anwar Ibrahim!! Dan beliau dengan segera menepis dan menidakkan perbuatan tersebut. Laporan polis telah pun dibuat dan sama-sama kita tunggu hasil siasatan. Berdosa menuduh tanpa bukti dan saksi!!



Monday, March 21, 2011

Youtube Tsunami Japan | Latest!


This one might be the latest youtube of tsunami in Japan! Dont miss it!


Youtube Tsunami In Japan #1

Youtube Tsunami In Japan #2


Anwar Serah DNA Rabu Depan?



Mahkamah dijangka akan memutuskan keputusan permohonan pihak pendakwaan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA beliau pada Rabu depan!

Untuk cerita lebih menyeluruh boleh lawat blog Papagomo ~ Siapa Pantut Dulu! . Adeh!, Dengar tajuk pun dah geli..

Akad Nikah Di Masjid | Menyimpang Weh!


Majlis Akad Nikah yang di adakan di masjid adalah menyimpang dari ajaran Islam??

*
*

Wah sungguh hangat isu yang dibangkitkan ini! Kenapa? Sebelum ni pun tak pernah kecoh pun! Bahkan dah berpuluh tahun kahwin sampai sekarang baru nak cerita! Begitula antara komen yang aku sempat baca dari portal forum dan blog.

Mengikut sumber, menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari ajaran Rasulullah kerana meniru amalan penganut Kristian dan Yahudi yang berkahwin di gereja! Menurut Datuk Ahmad Yusof, anggota Majlis Fatwa Perlis, elok saja majlis akad nikah dibuat di rumah.





Lagi Serangan Amerika Ke Atas Libya | Dikutuk!



Terbaru, lebih 64 orang telah terbunuh di Libya ekoran serangan udara yang dilancarkan oleh Amerika dan Sekutunya.

Walaubagaimanapun terdapat sebilangan negara berkecuali dan mengutuk tindakan membabi buta yang di ambil Amerika dalam konflik ini. China, Bangladesh dan beberapa pertubuhan telah mengadakan demonstrasi di seluruh dunia bagi meluahkan kekesalan.

Libya melalui pimpinannya Presiden Muammar Gaddafi patut diberi peluang bagi menyelesaikan konflik negaranya sendiri tanpa campurtangan orang luar. Sungguh kejam!


Sunday, March 20, 2011

DUN Sarawak Bubar Esok!!


Mengikut sumber dari Utusan Online, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pada Isnin, 21 Mac 2011.

Kini hanya terserah kepada Suruhanjaya Pillihan Raya (SPR) bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Keputusan SPM 2010 | 23 Mac 2011


Keputusan penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi Tahun 2010 akan diumukan pada 23 Mac 2011 ini. 

Seramai 467, 970 orang calon telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun lepas.  Ramai yang pasti berdebar-debar menunggu result, diharap all the best buat semua calon. Anda telah berusaha pasti mendapat ganjaran yang sewajarnya!!



Amerika Serang Libya | Macam Unta Makan Belacan!



Sakit hati dan bengkak jiwa aku bila baca berita yang Amerika dan konco-koncoya (Itali, Britain, Perancis dan beberapa negara Arab) turut serta melancarkan serangan ke atas Libya!

Kenapa aku labelkan dorang ni macam unta makan belacan?? Sebab kalau benda tu ada kepentingan kat dorang cepat je tindakan membabi buta diambil! Sehari bagi warning, esok terus serang!! Dah memang sejak azali Amerika benci kat Presiden Muammar Gaddafi tuh!

Korang tengok kes penderitaan dan pencerobohan Israel Laknatullah ke atas penduduk Palestin, sampai berkurun dorang buat dek aje..

Friday, March 18, 2011

Radiasi Nuklear Jepun | 48 Jam Sahaja Lagi!!


Krisis nuklear di Jepun yang tiada penyelesaian yang konkrit

Aduh!! Sungguh mendebarkan! Tempoh 48 jam sahaja bagi Jepun untuk mengawal paras radiasi dari reaktor nuklear sebelum segala2nya jadi terlambat unuk diselamatkan!

- Bakal menjadi malapetaka yang lebih besar dari Chernobyl
- Radiasi melebihi tahap berbahaya iaitu 809 mikrosievert sejam (unit radiasi) minggu ini. 
- Ada laporan dari Korea Selatan dan Taiwan menyatakan pelancong yang tiba dari Jepun didapati ada sedikit tahap radiasi.

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, semaju dan seampuh mana sekalipun sains dan teknologi yang dimiliki oleh manusia, kita sangat kerdil dalam menghadapi musibah yang ditentukan olehNya ini.



Thursday, March 17, 2011

Malaysia Bebas Radiasi | Gempa Bumi Jepun



Hai..tak habis2 lagi pasal bencana gempa bumi dan tsunami di Jepun baru-baru ni. Yang terbaru kesan terhadap kerosakan kemudahan reaktor nuklear di Jepun yang menyebabkan radiasi berbahaya tersebar luas.

Dari petikan Utusan Malaysia, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan Malaysia bebas dari kesan pelepasan radioaktif ekoran loji kuasa nuklear Fukushima rosak teruk akibat gempa bumi kuat.

Wednesday, March 16, 2011

Awan Radioaktif Terus Bergerak! | Mana Nak Lari Nih Weh?



Takut dan terus berada dalam ketakutan. Berita semalam mengatakan yang selepas awan radioaktif kesan daripada siri letupan di stesen tenaga nuklear Fukushima dibimbangi akan sampai ke ibu negara Jepun, dalam tempoh beberapa jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Kesan dari pencemaran bahan radioaktif ini boleh mengakibatkan kanser sekiranya kita terdedah kepadanya.



Tuesday, March 15, 2011

Kesan Radiasi Kebocoran Nuklear | SMS Jahat!!


Sungguh Jahat!! Negara gempar sekejap apabila SMS mengenai Malaysia juga terdedah kepada bahaya kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fakushima di Jepun ekoran gempa bumi kuat baru-baru ni.

Walaubagaimanapun kenyataan SMS itu nyata tidak berasas dan ditepis oleh pihak kerajaan Malaysia. Harap ada maklumat terkini pasal bahaya radiasi kebocoran nuklear ini.

Upin dan Ipin Wallpaper | New Background!

Fuh! Memang class kalau background upin dan ipin Musim Baru ni dibuat wallpaper kat desktop kan? 

Ni pun aku copy paste dari site upin dan ipin. Hehe..Selamat menonton siri baru Upin dan Ipin Musim Baru mulai 12 Mac 2011 jam 6.30 petang.

Monday, March 14, 2011

Datuk Lee Chong Wei | Juara All England 2011 ! | Sudah Dijangka


Tahniah buat Juara All England - Datuk Lee Chong Wei setelah menewaskan pihak lawan Lin Dan yang memang didendaminya sekian lama. Haha.

Lee Chong Wei menang 21-17 dan 21-17. Bergelar Juara All England 2 kali berturut bukan sesuatu yang mudah tanpa usaha gigih.

Sunday, March 13, 2011

Cuti Sekolah 2011 |Kalendar Lengkap dan Jadual Cuti




Minggu hadapan cuti sekolah telah bermula. Pastikan cuti sekolah anak anda diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat ya! Selamat Bercuti!

Gambar Gempa Bumi di Jepun | Subhanallah!


Menakutkan, mengerikan dan di luar apa yang kita fikirkan! Begitulah gambaran yang dapat diberikan kepada bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Negara Jepun baru-baru ini!












Negara Jepun yang begitu canggih dari segi kelengkapan, teknologi dan sistem amaran bencana pun terkapai-kapai apabila diuji oleh Allah S.W.T akan bencana Gempa Bumi dan Tsunami. Adakah negara kita Malaysia sudah bersiap sedia?? Tanya iman di dada!


Elizabeth Wong Maut ! | Melecur Terbakar!


Elizabeth Wong maut akibat melecur teruk setelah pangsapuri studio yang disewanya di Damansara Perdana terbakar pada 13 Mac 2011.

Beliau yang juga seorang guru gagal melarikan diri sebelum mengalami sesak nafas dan ditemui mati dalam keadaan tubuh melecur 100 peratus di atas katil dirumahnya.


P/S: Mula2 aku baca berita ni ingatkan Elizabeth Wong ADUN  Bukit Lanjan tuh!..Isk isk.


Friday, March 11, 2011

Gempa Bumi dan Tsunami Melanda Jepun | Dasyat!


Sungguh terkejut apabila berita mengatakan satu gempa bumi kuat beskala 8-9 Richter melanda Negara Jepun pada jam 2.46 pm waktu sana. 

Sungguh mengerikan apabila melihat tsunami setinggi hampir 7-10 meter menyapu bersih seluruh kawasan pantai berhampiran. Buat masa ini 22 orang telah terkorban. 

Pihak MOSTI di Malaysia turut menasihatkan penduduk di kawasan sekitar Negeri Sabah agar menjauhi pantai buat masa ini ekoran kejadian gempa bumi dan tsunami tersebut.

Thursday, March 10, 2011

Saman Ekor | Ramai Yang Tak Tahu!

Aku pasti ramai yang sangka telah buat salah apabila mendapat notis saman ekor ataupun speed trap. Sebenarnya anda masih berpeluang membela diri apabila mendapat tahu yang kenderaan anda telah direkodkan atas kesalahan memandu laju.


Anda masih boleh membela diri jika mendapati ada bukti yang anda tidak melakukan kesalahan tersebut.

Keputusan Bolasepak Malaysia vs Pakistan | The Update!


Wah..tahniah tahniah dan tahniah!! Walaupun Malaysia sekadar seri 0-0 dengan Pakistan, kita berjaya mempamirkan mutu permainan yang baik walaupun di tempat lawan.

Skuad bolasepak Malaysia telah berjaya menewaskan Pakistan 2-0 pada aksi pertama perlawanan di Stadium Shah Alam pada Februari lalu.

Diharap agar skuad negara bimbingan Kim Swee tidak mudah berasa selesa dan puas hati kerana masih banyak lagi halangan yang menanti pada perlawanan seterusnya. 

Sekalung Tahniah buat Skuad Bolasepak Malaysia!!





Wednesday, March 9, 2011

SAMAN | ANSURAN |

E-Filing | LHDN| Cukai


SUDAHKAH ANDA MEMBUAT TAKSIRAN CUKAI TAHUN 2010??..Selain dari kaedah konvensional taksiran secara manual anda juga mempunyai option utk membuat taksiran cukai secara online ataupun e-Filing.

Sistem e-Filing bagi individu, perkongsian dan majikan telah disediakan mulai tarikh 1.3.2011. Anda boleh memohon nombor PIN melalui email ~pin@hasil.gov.my 

Untuk makluman lanjut boleh melayari laman web https://e.hasil.gov.my/

Jangan lupa tanggungjawab anda sebagai pembayar cukai!! 

Timbang Ansuran Bayar Saman | Aku terkesima!


Ada suara2 yang ingin meminta kerajaan menimbangkan agar penguna yang melakukan kesalahan lalulintas/trafik dapat membayar saman trafik secara ansuran

Ini diutamakan kepada yang mempunyai jumlah saman yang banyak dan mencecah ribuan ringgit.




Monday, March 7, 2011

LHDN | Panduan | Info Terkini | Cukai Pendapatan


Hebahan maklumat! e-Filing bagi borang BE, B, M, P dan E bagi tahun taksiran 2010
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2010 (BNCP 2010) melalui e-Filing bagi Borang BE, B, M, P dan E boleh dilakukan mulai 1 Mac 2011.

IPAD 2 | Launch | Spec | Price



Haha...aku nak tergelak pun ada. Ada yang kata IPAD 2 ni hanyalah iPhone 4 XL? Anyway mantap jugak tuh! IPAD 2 telah menjadi kegilaan sekarang nih!

Jom kita tengok spec IPAD 2 ini.

  • A5 Dual core CPU, twice as fast as the current iPad
  • Front and back camera
  • Face time
  • Rear camera HD video capable
  • 590g in weight
  • Same battery life as existing iPad
  • 33% thinner than original iPad
  • GPU 9 times faster than on original iPad
  • iPad 2 thinner than iPhone 4
  • Available in black and in white from day 1
  • Gyroscope
  • To be shipped with iOs 4.3 (Airplay and personal ‘hot spots’)
* Aku copy paste bulat2 tanpa usul periksa.


_____________________________________________________________

PELANCARAN - IPAD 2 dijangka dilancarkan bulan Julai dan Ogos 2011 ini di Malaysia. Jadi bersabar ya buat yang kaki gadjet tuh!

Saturday, March 5, 2011

Keputusan Penuh Pilihanraya PRK N28 Kerdau dan N72 Merlimau | Terkini!


Terkini lagi sensasi. Memang sudah dijangka dengan sambutan dan sokongan penduduk tempatan. Berikut adalah Keputusan Penuh Pilihanraya PRK N28 Kerdau dan N72 Merlimau.

Isk..sabar ler. Ok, ini dia ringkasan mengenai keputusan Pilihanraya DUN Merlimau dan DUN Kerdau.


Pilihanraya Kecil DUN Merlimau

Roslan Ahmad (Calon BN-MENANG) vs Yuhaizad Abdullah (Calon PAS)


Pilihanraya Kecil DUN Kerdau

Syed Ibrahim Syed Ahmad (Calon BN-MENANG) vs Hassanuddin Salim (Calon PAS)

Semoga di pihak yang telah memenangi pilihanraya ini dapat menjalankan tugas dan amanah dengan baik, jujur dan ikhlas. Salam 1 Malaysia!

Thursday, March 3, 2011

Tempoh Diskaun Saman Trafik Dilanjutkan 10 Mac 2011


Memang berita gembira bagi yang masih belum sempat membayar saman trafik! Tempoh diskaun saman trafik sebanyak 50% dilanjutkan hingga ke 10 Mac 2011.

Perit juga bila nak bayar lebih dari satu saman trafik jika tiada diskaun saman trafik diberikan. Diharapkan agar tempoh utk kenderaan disenarai hitamkan pun dilanjutkan bagi memberi kemudahan kepada orang ramai.

Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back
OnePlusYou Quizzes and Widgets