rss
email
twitter
facebook

Monday, February 27, 2012

Link-Link Penting SBPA!

Ini adalah maklumat-maklumat penting berkaitan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) buat rujukan semua penjawat awam di Malaysia.

23/2/12 SBPA: CUEPACS tuntut kenaikan gaji RM700-RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54  

22/2/12 SBPA:JIKA ISU INI TAK SELESAI, JANGAN HARAP PRU-13 BOLEH DIADAKAN

15/2/12 SBPA: CUEPACS LEGA KERAJAAN TERIMA TUNTUTAN

11/2/12 HIGHLIGHT JAMINAN KERAJAAN:

5/2/12 CUEPACS NAK KEMUKA FORMULA SBPA PADA KERAJAAN?

27/1/12 SBPA TANGGUH HINGGA SELESAI SEMUANYA MUKTAMAD

1 8/1/12 SBPA cuma akan disemak melalui Mesyuarat selepas Tahun Baru Cina

13/1/2012 = PM NAJIB: SBPA TANGGUH, CUEPACS: JANGAN SALAHKAN KAMI

12/1/2012 = KABINET ARAH TANGGUH SKIM SBPA SEKTOR AWAM:

11/1/12 PENJAWAT AWAM YANG TIDAK PILIH OPSYEN PERSARAAN 60 DIBENAR PILIH SEMULA

SKIM SBPA BAGI PENSYARAH IPTA DIKAJI SEMULA:

28//12/11 SBPA - Keputusan JPA dan CUEPACS :

23/12/11 OPSYEN SBPA DITANGGUH HINGGA 15 JAN 2011?

SBPA Tangguh PM stuju dengan CUEPACS:


Sumber: Carigold Forum

Perhimpunan HIJAU 2.0 | Bantah LYNAS!



Himpunan Hijau 2.0 yang dijadualkan di padang MPK4 bidang sepanjang Jalan Tanah Putih menunju ke bandar Kuantan akan bermula pada jam 10 pagi ini. Perhimpunan itu sebagai membantah tindakan Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng yang mahu membina sebuah loji pemprosesan nadir bumi yang berharga RM700 juta. Syarikat berkenaan awal bulan ini mendapat lesen operasi sementara dan kelulusan daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk memulakan operasi mereka.

 Penganjur perhimpunan itu malam tadi, membuat pengumuman mengejutkan pada tengah malam tadi di Facebook dengan mengumumkan bahawa mereka akan berkumpul di padang MPK1 di sepanjang Jalan Mahkota pada jam 9.30 pagi. Menurut mereka, tindakan berkumpul di padang itu yang terletak kira-kira 1.8km dari padang MPK4 bertujuan "mengelakkan kesesakan lalu lintas". Dari padang MPK1 mereka akan berarak ke padang MPK4. Padang MPK1 sebelum ini menjadi pilihan penganjur, namun secara tiba-tiba pada Khamis lalu, pihak berkuasa tempatan - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) - mula mendirikan pagar dengan alasan untuk "kerja-kerja menaik taraf". Namun setelah berunding dengan polis pada Jumaat lalu, akhirnya pihak berkuasa bersetuju membenarkan perhimpunan diteruskan dan padang MPK4 diberikan kepada orang ramai yang mahu membuat bantahan itu.

Skim Pelaburan Emas | Awas Jangan Tertipu!



BACHOK, 26 Feb (Bernama) -- Kementerian Kewangan bimbang kemungkinan merebaknya skim pelaburan emas melalui internet yang menjanjikan pulangan tinggi, akhirnya memberi kesan buruk kepada pelabur.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata syarikat yang ditubuhkan di luar negara itu dikatakan memberi jaminan akan memberi keuntungan 10 hingga 20 peratus dalam tempoh yang singat.

"Peringkat awal mereka benar mendapat untung lumayan tetapi kita bimbang pada akhirnya mereka akan mendapat kesan buruk apabila tidak mendapat pulangan yang setimpalnya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen membaja Risda di Kampung Mak Lipah, Pak Badol di sini.

Beliau berkata Kementerian Kewangan tidak pernah mengeluarkan lesen mengenainya dan jika ada yang berasa tertipu mereka boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk diambil tindakan.

Sunday, February 26, 2012

Pendapatan RM3,000 Layak RMR1M


NAJIB bersama-sama orang ramai menunjukkan simbol 1Malaysia semasa menghadiri program tinjau mesra di Jalan Bendahara, Melaka semalam.

ALOR GAJAH - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program Rumah Mesra Rakyat kini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) dan kerajaan bersetuju supaya isi rumah dengan pendapatan maksimum sehingga RM3,000 layak memohon RMR1M berbanding RM1,500 sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, beliau juga menetapkan supaya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 10,000 unit RMR1M tahun ini.

Program perumahan itu, katanya, membolehkan rakyat memiliki rumah berkualiti dan selesa serta kehidupan lebih bahagia.

"Semua Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia akan dibina dengan mengguna pakai teknologi Industrialised Building System (IBS) dengan keluasan binaan lebih besar tanpa melibatkan sebarang tambahan kos kepada pemohon," katanya ketika melancarkan lapan model baharu RMR1M di Durian Tunggal sempena lawatan sehari beliau ke Melaka semalam.

CUEPACS Nak Gaji Naik Dari RM 700 - RM 2500



PUTRAJAYA - Di sebalik rasa tidak puas hati berkenaan dengan pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang sepatutnya dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu, Cuepacs hari ini menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Pelaksanaan SBPA ditangguhkan sementara pasukan petugas khas selesai menjalankan semakan. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi SBPA.


Dipetik Bernama, beliau berkata, tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500). "Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA.



Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred. "Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500," katanya. Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.



"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji. Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya. Omar berkata, tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA. "Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.



Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan. "Jika tidak boleh juga... apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.

Saturday, February 25, 2012

Doa Murah Rezeki Waktu Buka Pintu Rumah Atau Kedai

“ya rohimul hamdulillah.”
(Wahai Yang Maha Penyayang, Segala Puji Bagi Mu)

Di baca ketika membuka pintu atau tingkap-tingkap di rumah tempat kediaman atau di kedai-kedai perniagaan sendiri, bacaan tersebut di baca semasa membuat pekerjaan tadi hingga selesai.

(Di petik dari kitab “Amalan Kota Negara” amalan Allahyarham Tuan Hj. Muhammad Salleh bin Abdul Karim , cetakan 1978 Masehi/1398 Hijrah)

Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back
OnePlusYou Quizzes and Widgets