Segala maklumat dan berita terkini berkaitan Pilihanraya Umum Ke-13 insyallah akan di update di post ini.
......................................................................................
Untuk semakan daftar pemilih secara online:-
Perkara dan tarikh-tarikh penting:-
1.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima Perisytiharan oleh Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 3 April 2013 berhubung
dengan pembubaran Dewan Rakyat. Pada 5 April 2013 semua Dewan
Undangan Negeri juga telah dibubarkan dan pada hari ini SPR telah
mengadakan Mesyuarat Khas.
2.
Menurut Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan
suatu pilihan raya umum di dalam tempoh enam puluh (60) hari dari
tarikh pembubaran itu.
3.
Bagi membantu SPR menjalankan pilihan
raya itu, penyerahan writ oleh Pengarah-Pengarah Pilihan Raya Negeri kepada
222 Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan 1,088
Penolong Pegawai Pengurus akan dibuat.
Bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh
rasmi berkempen, SPR telah memutuskan untuk menubuhkan 379 Pegawai
Penguat Kuasa yang juga merupakan Ketua bagi
Pasukan Penguat Kuasa Kempen
Pilihan Raya (PP-KPR).
4. Bagi menjalankan PRU Ke-13 ini, SPR akan
menggunakan
8,789 Pusat Mengundi yang mengandungi 26,219 Tempat Mengundi
(Saluran). Bagi maksud Hari Pengundian Awal, sebanyak 544 Pusat Mengundi dengan 882 Tempat Mengundi akan dibuka. Manakala bagiPengundian Biasa, sebanyak 8,245
Pusat Mengundi disediakan dengan25,337 Tempat Mengundi akan dibuka.
5. Bagi tujuan membantu SPR menjalankan
PRU Ke-13, seramai 234,905 orang petugas pilihan
raya akan dilantik. Untuk PRU Ke-13,
sebanyak RM400 juta peruntukan telah
diperolehi oleh SPR bagi menjalankan pilihan raya ini.
6.
Daftar Pemilih yang akan digunakan bagi PRU Ke-13 ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2011, Daftar
Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2012, Suku Tahun Kedua 2012, Suku
Tahun Ketiga 2012 dan Suku Tahun Keempat 2012 yang dinyatakan dalam Notis
Pewartaan yang akan diwartakan pada 11 April 2013. Daftar Pemilih
Pilihan Raya itu
mengandungi 13,268,002
orang pemilih yang terdiri dari 12,992,661 Pemilih Biasa, 161,251 orang
Tentera dan pasangan, 111,136 orang Polis dan pasangan Polis Gerakan Am
(PGA) serta 2,954 orang Pengundi Tidak Hadir (PTH) luar negara.
7. Daftar Pemilih Pilihan Raya dalam bentuk
Cakera Padat (CD) bagi pilihan raya itu akan mula dijual pada 15 April
2013 dan dalam bentuk buku pada 19 April 2013.
Para pengundi boleh membuat semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat
pusat mengundi dan saluran mengundi mereka melalui laman web SPR (www.spr.gov.my),
Portal PRU Ke-13 (www.pru13.gov.my)
atau melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR <jarak> SEMAK <jarak> NO. KAD PENGENALAN
dan hantar kepada 15888 mulai
15 April 2013. Bagi semakan melalui SMS juga, SPR telah menyediakan kemudahan tambahan
seperti yang berikut:
(a) 29292 bagi pengguna Celcom;
(b) 33080 dan 22789 bagi pengguna Maxis; dan
(c) 33080 bagi pengguna Digi.
Semakan boleh dibuat dengan menaip spr <jarak> no. kad pengenalan
dan hantar kepada nombor-nombor tersebut.Para pengundi
juga boleh menelefon Ibu Pejabat SPR di Putrajaya (03-8885
6565) dan Pejabat-pejabat
Pilihan Raya Negeri.
8. Sehubungan dengan
itu, pada hari ini SPR yang terdiri daripada tujuh anggota Ahli Panel, iaitu
saya selaku Pengerusi. Timbalan Pengerusi, Datuk Wira Haji Wan Ahmad Wan Omar
dan lima Ahli lain, iaitu Datu Haji Ramji bin Alli, Datuk Dr. P.
Manogran, Datuk Christopher Wan Soo Kee, Dato’ Haji Md. Yusop bin Haji Mansor
dan Tuan Haji Abdul Aziz bin Khalidin telah mengadakan Mesyuarat Khas dan
mengumumkan tarikh-tarikh
penting bagi PRU Ke-13 adalah seperti yang berikut:
Tarikh Keluar
Writ
|
:
|
11 APRIL 2013 (KHAMIS)
|
Tarikh Notis Pilihan
Raya
|
:
|
12 APRIL 2013 (JUMAAT)
|
Tarikh Penamaan Calon
|
:
|
20 APRIL 2013 (SABTU)
|
Tarikh Mengundi Awal
|
:
|
30 APRIL 2013 (SELASA)
|
Tarikh Mengundi
(Jika ada pertandingan)
|
:
|
05 MEI 2013 (AHAD)
|
9.
Bagi memastikan proses pelaksanaan PRU Ke-13 ini berjalan lancar, SPR memohon
agar semua pihak mematuhi undang-undang dan peraturan serta arahan pihak polis
yang bertanggungjawab untuk memastikan ketenteraman awam semasa PRU
Ke-13. Parti-parti politik, calon-calon, petugas-petugas dan para
penyokong parti serta mana-mana individu lain yang akan
terlibat semasa berkempen, hendaklah mematuhi undang-undang dan
peraturan-peraturan pilihan raya serta tatasusila berkempen sebagaimana
yang ditetapkan oleh SPR.
10. SPR juga
ingin mengingatkan calon-calon dan parti-parti yang bertanding mengenai
kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5). Bahagian III Akta
5 menyenaraikan segala perbuatan rasuah yang jika seseorang itu disabitkan
dengan kesalahan itu dia boleh dikenakan hukuman penjara dan denda.
Kesalahan di bawah Bahagian III Akta 5 ini merupakan “kesalahan
yang ditetapkan” di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang
mempunyai kuasa untuk menyiasat, mengikut peruntukan undang-undang, mana-mana
orang yang melanggar mana-mana seksyen di bawah Bahagian III Akta 5.
Sepanjang tempoh PRU Ke-13 ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) akan memantau apa-apa aktiviti bagi memastikan mana-mana orang
yang didapati melanggar Akta 5 akan disiasat dan jika mempunyai bukti
yang lengkap, akan didakwa.
11. SPR juga
ingin mengingatkan bahawa pada hari pengundian, tiap-tiap majikan
dikehendaki memperuntukkan tempoh yang munasabah kepada pekerja-pekerjanya untuk
keluar mengundi. Subseksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
memperuntukkan seperti yang berikut:
“25. (1)
Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi membenarkan suatu tempoh yang
munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi, dan tiada
majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana
pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa
penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja dalam tempoh itu.” .
12.
Mana-mana majikan yang secara langsung atau tidak langsung enggan membenarkan
pekerjanya keluar mengundi boleh, apabila disabitkan, didenda
sebanyak lima ribu ringgit atau dipenjara selama satu tahun sebagaimana yang
diperuntukkan di bawah subsekyen 25(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
13.
Maklumat-maklumat lain berhubung dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 ini akan
dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Ibu Pejabat SPR atau
Pengarah-pengarah Pilihan Raya Negeri atau Pegawai-pegawai Pengurus Pilihan
Raya berkenaan.
Sekian dimaklumkan dan dan
terima kasih.
(TAN SRI DATO’ SERI ABDUL AZIZ BIN
MOHD YUSOF)
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia
10 April 2013
4 orang baru nak pergi PLKN.. isk isk..:
Mantap gan postingan nya...lanjutkan dan salam sukses
Di tunggu kunjungan balik nya ya gan....:D
Agen Poker
Agen Domino
Cerita Sex
Cerita Sex
I love and admire your effort in sharing these awesome ideas with viewers. I enjoyed coming around this blog and I am looking forward to read more of your article. Visit here coe-waka-biu cut off mark for education and biology
Very good post! We are linking to this particularly great article on our website. Keep up the great writing. Also visit fce-abeokuta jamb cut off mark for english
Wow, wonderful blog layout! How long have you been blogging for? you make blogging look easy. The overall look of your blog is great, let alone the content. james hope past questions in pdf free download
Post a Comment