rss
email
twitter
facebook
Showing posts with label Syok Sendiri. Show all posts
Showing posts with label Syok Sendiri. Show all posts

Friday, December 24, 2010

Banci 2010~ Why lelaki?


Gambar yg tak relevan langsung ngan tajuk!..

Salam muhibah semua. Terkejut beruk aku ngan statistik terbaru hasil dari banci yg dibuat bebaru nih. Antaranya ialah mengenai peningkatan mendadak nisbah lelaki berbanding wanita di negara kita. Ikuti laporan berikut:

*
*

*
PUTRAJAYA – Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, statistik itu berdasarkan laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.
Katanya, penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang.
"Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini semalam.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan, Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof dan Timbalan Ketua Perangkawan (Program Sosial/Demografi), Ismail Yusoff.
*
*
Ha, so kaum lelaki takleh guna alasan nak kawin lebih dari satu dah cam dulu sebab perempuan lak yg banyak choice skrg nih. Hehe.

Sumber: Kosmo

Belum Basi Lagi Beb!

Gempaknya Cuti Sekolah Astro - Buat Anak-anak
Season of The Witch - Mesti Tonton!


Thursday, September 30, 2010

Main Kutu


Salam semua pembaca..Hai..napa ramai yg bersedih sangat nih?? Takkan baru gaji dah kehabisan kot..Tu la..sapa suruh berhutang bebanyak time nak raya hari tu..Hmm.. Bersabarlah ye dan lain kali kenalah berjimat dan rajin menyimpan/ menabung dlm tabung ayam tuh. 

Hah..tgh tggu duit kutu nak masuk??! Eh boleh ke main kutu2 nih? Tak salah ke korang? Sebab apa..aku ada terbaca nih..
*
*

*
Main Kutu Haram Di Malaysia


KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.

Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.

"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara meksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

*
*





Hmm..so kalau nak main gak gi la kat negara2 yg tak haramkan nye iye..(Negara Isketambola)



Sumber: Google

Sunday, June 13, 2010

Mak!! Aku nak Kawin!


Salam buat suma readers...haha..sorry coz tak sempat nak posting early kerana terlibat ngan majlis kahwin abg ipar di Benut, Johor...Bulan ni mmg pack dgn majlis kahwin berbagai,..musim cuti sekolah la katakan..Seronok jugak nengok pasangan pengantin baru nak memulakan kehidupan berumahtangga..(terkenang zaman kite ler tu..)

Terlanjur cerita bab kahwin pasti ramai di luar sana yang masih terkial2 menabung dalam tabung gajah..nak cukupkan budget utk kahwin nanti..asyik jadi pengapit je tak aci ler kan..Tak kurang juga yg menebalkan muka kat kaunter bank apply personal loan sebab tak sanggup menunggu lama..Hmm..awas tu dik!..berbahaya utk masa depan..bagi yg berada tu beruntunglah sebab Pa & Ma yg support..;D

Anyway di sini abang ni nak berkongsi sket panduan/tips untuk yg akan melangsungkan perkahwinan kelak..Takyah susah2 nak carik..

1) Haa..first skali mestilah dimulakan dengan niat yg betul..Kahwin tu sbb apa? Kalu benda basic ni pun dah tak betul, susah tu dik!

2) Then, mestilah ada calon yg sesuai, jgn tangkap muat je..Kakak ni ada tips.

3) Buat perancangan kewangan/budget. Contoh list yg patut dipertimbangkan ada di sini.

4) Simpan duit dari awal supaya tak terbeban sampai nak meminjam..kan tak manis tu..

5) Dalami ilmu perkahwinan supaya tak menyusahkan pejabat agama nak bagi kaunseling kelak (bergaduh ler tu..). Site ni menarik gak kalu nak belajar bab kahwin.

6) Last, time majlis nanti jgn lupa lak jemput abang, bagi bunga telur itik gembo2.. Selamat Merancang!!

Thursday, June 10, 2010

MY LUV ALPHARD




Salam reader tersayang...lama benor tak berkarya. Sebenarnye aku sibuk settlekan wedding adik bongsu last week so tak dapatlah nak concentrate dgn blog tersayang ni..Perjalanan ke utara (Butterworth) untuk majlis menyambut menantu (adat Melayu) memang mencabar kredibiliti aku sebagai pemandu berhemah Malaysia..cewah..Bukan apa, jem sepanjang jalan (cuti sekolah ler katakan). Nasib baiklah kawan aku sudi meminjamkan Toyota Alphard nya kepada aku secara PERCUMA..Fuhh bukan senang nak merasa jauh lagi nak membeli..


Walaupun usia kereta ni sebaya dgn Waja aku tapi feel dan trimming dia mmg maintain dan terjaga rapi.Bukan nak underestimate kereta nasional tapi buatan Jepun mmg tahan lama.(sesuailah dgn harganya..)

Mmm...minyaknya pun boleh tahan juga. Sekali isi penuh RM 130 sempat jugalah aku round satu Penang lepas tu..


Ruangan dalamnya memang superb dan selesa la..Luas sampai leh sumbat 10 orang dalamnya..


Memang aku enjoy giler sepanjang journey ke sana dan thanx bebanyak kpd kawan aku tu (mudah2an dimurahkan rezeki).


Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back
OnePlusYou Quizzes and Widgets