rss
email
twitter
facebook

Thursday, December 16, 2010

Review ~ The Season of The Witch.


Apa kabar semua. Wah ramai ye yg bercuti panjang bersama anak2 kat kampung tuh. riuhlah rumah atok dan nenek. Atok! Oooo Atok.. Upin dh dtg nih..Anyway inilah masa yg terbaik utk dihabiskan bersama anak kan? dan antara aktiviti yang best bersama keluarga yg boleh korang buat adalah.....Jom Tengok Wayang!



Dalam bulan Disember ini hingga menjelang tahun 2011 ni byk filem best2 bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara. Satu lagi filem yg dilakonkan oleh hero yg aku suka sgt nih - Nicholas Cage- telah muncul dalam satu filem bergenre supernatural thriller ~ SEASON OF THE WITCH ~ Satu filem peperangan epik yg sungguh mendebarkan! Aku dah tengok Trailer dia. Best.

Sinopsis serba sedikit berkenaan filem ini.
*
*

*
Tahun 2010 ni memang menandakan kemuncak karier Nicholas apabila beliau terlibat di dalam filem Season of The Witch ini. Nicholas membintangi filem yang mengisahkan di zaman Peperangan Tentera Salib di abad ke -14, kembali bersama temannya (Ron Perlman) ke tanahairnya yg telah hancur dimusnahkan oleh Black Plague. 




Di dalamnya turut mengisahkan mengenai satu wabak misteri yang melanda dipercayai didalangi oleh seorang ahli sihir lakonan Claire Foy. Sebuah gereja yang berhantu telah memerintahkan agar dia ditangkap supaya satu upcara misteri boleh dijalankan bagi menghentikan wabak tersebut.




Selain itu, filem ini juga menceritakan bagaimana seorang paderi (Stephen Campbell Moore) bersama seorang pahlawan kesatria (Ulrich Thompsen), seorang penipu besar (Stephen Graham) dan seorang pemuda yang keras kepala (Robert Sheehan) bergabung kuasa bagi satu misi yang menempuh pelbagai gangguan di sebuah padang gurun yang penuh dengan misteri dan perkara mistik yang bakal menentukan nasib seorang gadis yang perlu diselamatkan.




Lemah semangat susah nak tengok!

*
*

Dengar sinopsisnya pun dah best. tak sabar nak gi menonton kalau ada masa. Selamat Bercuti!



5 orang baru nak pergi PLKN.. isk isk..:

AngahSayang2314 said... [Reply]

uittt nak menonton macam mana?? sebelum2 nie pun tak dapat tengok sebab apa?? sebab ada budak kocik

suhaisweet said... [Reply]

@Angah. Huhu..Kak, nasib kita sama!!! Huwaaaa..

.::: Princess MOMOY :::. said... [Reply]

waaa...nak tengok !

Jangan luper Vote Momoy yer No. 382 - pilihan 10
Much thx
Undi No. 382 sekarang yer!!

Tieqah Mardziah said... [Reply]

waaa... mcm best jer cite neyh..

hans said... [Reply]

banyak betul filem yang best2 skrg

P/S : Mari Memasak Laksa Sarawak Bersama Chef Hans

Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back
OnePlusYou Quizzes and Widgets