rss
email
twitter
facebook

Wednesday, May 11, 2011

Ayam Digemukkan Sewenang-wenangnya!


BEIJING 11/05/2011 - China berhadapan dengan skandal makanan terbaru apabila lebih 1,000 ekor ayam yang dipaksa memakan mineral yang digunakan dalam industri berat dan perubatan dirampas pihak berkuasa negara itu, Sabtu lalu.

Pihak berkuasa China melaporkan, rampasan itu dilakukan selepas pengguna mengadu menemui bahan tidak diketahui dalam saluran pencernaan ayam.

Haiwan itu diberikan serbuk barit sebagai makanan untuk menjadikannya lebih gemuk dan kelihatan sihat.

Barit adalah sejenis mineral yang biasa digunakan dalam sinaran X-ray dan sebagai agen pemberat ketika menggali minyak dan gas.

China kerap dilanda skandal makanan sejak beberapa tahun lalu.

Dalam kejadian terburuk di negara itu, sekurang-kurangnya enam bayi maut dan hampir 300,000 lagi jatuh sakit selepas diberikan susu serbuk yang dicampur melamin, iaitu bahan kimia yang diguna-kan supaya kandungan protein kelihatan tinggi semasa diperiksa pihak berkuasa.

0 orang baru nak pergi PLKN.. isk isk..:

Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back
OnePlusYou Quizzes and Widgets