rss
email
twitter
facebook

Thursday, August 18, 2011

Aneka Kuih Raya Yang Mencuit Hati Kita


Tak sah Hari Raya kalau tak disajikan dengan pelbagai jenis kuih di rumah. Walaupun kuih tunjuk-tunjuk (beli ler tu) tetap rasa sesuatu yang wajib untuk di adakan...kalau orang tak makan pun kita anak-beranak jugak yang makan akhirnya. Isk isk.

Di sini aku nak kongsikan beberapa nama pelik bagi kuih-kuih tradisional Melayu ni..khas untuk merobek kegelihatian korang sempena Raya yang bakal menjelang tak berapa lama lagi. Chekidot..

*
*

*

1) Kuih Paling Gangster = Kuih Lompat Tikam



2) Kuih Paling Seksi = Kuih Puteri Mandi


3) Kuih Paling Keji = Kuih Tahi Itik 


4) Kuih Bajet Cute = Kuih Cek Mek Molek 


 5) Kuih Untuk Awet Muda = Kuih Seri Muka


6) Kuih Untuk Mekap = Kuih Tepung Gomak


7) Kuih Paling Alim = Kuih Ketayap


8) Kuih Berlagu = Kuih Qasidah


9) Kuih Paling Lembab = Kuih Siput 
 

 10) Kuih Penyakit Lelaki Kronik = Kuih Batang Buruk


11) Kuih Pengganas = Kuih Bom 


12) Kuih Mami Penang Lip Lap Lip Lap = Kuih Gelang


Dan akhir sekali..

13) Kuih Suka Pukul Orang = Kuih Lompang


 Anyway apa pun nama mereka, kita tetap bangga dengan pelbagai jenis kuih tradisional Melayu turun temurun. Selain rasa yang sedap dan mudah dibuat, kuih kita juga telah terkenal di persada antarabangsa. Cayalah beb..

0 orang baru nak pergi PLKN.. isk isk..:

Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back