rss
email
twitter
facebook

Thursday, August 4, 2011

Niat Puasa Ramadhan| Jom Belajar!



Salam Ramadhan Al-Mubarak! Kalau tengok padai carian di Google begitu banyak yang mencari niat puasa! Aik..takkan dah lupa kot? Takpe, sebab setahun sekali kan. So di sini aku letakkan bacaan niat puasa Ramadhan yang betul dan ikhlas. Amin.

Lafaz niat

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

1 orang baru nak pergi PLKN.. isk isk..:

fairus said... [Reply]

BAGUS ENTRY INI. WALAUPUN NAMPAK SIMPLE TAPI MEMANG TAK DINAFIKAN BUKAN SEMUA TAHU NIAT PUASA.. PERKONGSIAN YANG BIJAK...

Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back
OnePlusYou Quizzes and Widgets