rss
email
twitter
facebook

Friday, December 31, 2010

Blogger.com ~ Bermasalah?


Salam semua. Wah seronok betul semua bercuti sempena kemenangan pasukan Msia pada match Piala AFF SUZUKI 2010 baru2 ni. Sorry buat kengkawan sebab seminggu ni aku outstation jadi tak dpt nak posting sesuatu. Keje is no 1 kan? Dan baru2 ni bila aku gian nak buat entry tetiba masalah baru muncul. Aku tak pasti korang pernah mengalaminya atau tidak.


Blogger editor tak load!!
*
*


Beginilah keadaannya. Animated loading icon dia berpanjangan. Puas aku menunggu, buah tak jatuh2. Puas juga aku selongkar kat Google utk troubleshoot problem nih tapi tak berhasil! Dan aku juga tak boleh langsung mengedit posting yg lepas. Parah!!

Tetapi dgn semangat Msia Boleh aku telah mengambil langkah2 berikut:

1) Send email ke helpdesk dorang. - takde respon!
2) Tukar ke old editor - Senyap sunyi jer! (x berkesan la tu)
3) Tukar internet browser dari Google Chrome ke IE - BERJAYA!!


Aku pun tak pasti apa simptom yg melanda Blogger.com nih skrg! Rasa cam nak amik hosting berbayar jek tapi belum mampu lagi..so stick to free one for this temporary moment..

*
*
Kalau sesape yg expert to bagilah idea sket ya to solve this problem..





Saturday, December 25, 2010

Review #3 ~Weenashoppe


Terima kasih aku ucapkan kepada Kak Weena kerana sudi melanggan satu lagi tapak ads berbayar aku ni. Seperti yang dijanjikan, review percuma untuk pelanggan yang bertuah ni. Cewah, macam jual barang lak aku ye.

Kali ni lain daripada yg lain. Kalau dulu blog angahsayang2314 dan joharihamzah lebih tertumpu kepada blog personal tapi kali ni lebih kepada blog berunsur perniagaan. Dan yang lebih spesifiknya menjual pakaian khas utk wanita sahaja tau.

1) Pasal Kak Weena..


Hah..serba sedikit telah menjawab soalan tentang owner blog ni. MAXI DRESS?? Apa tu? Jom geledah!



2) MAXI Maxi maxi...






OOooo..ni rupanya MAXI DRESS nih! Baru aku tau. Memang klass. Cam selesa sangat. Memang sesuai buat akak2 yg ada cutting badan yg menarik.




3) Lagi yang menarik..




HU..memang bisnes minded tol Kak Weena ni ya. Selain dari pakaian sebagai dia punya core bisnes, pelbagai aksesori lain seperti tali pinggang turut ditawarkan.



4) My favourite...

Yuhuu..akhirnya aku jumpa gak kegemaran aku kat blog ni..iaitu Kek Lapis Sarawak.

Buat yg gemar tembikai..


Macam nama lagu Ziana Zain..


Memang best..best sangat!


5) Kesimpulan..

Buat yg berminat dan tertarik silalah jengah2 kat blog akak ni. Mana tau dia tengah carik bisnes partner ker. Hah rezeki tu. Berniaga memang paling best dalam dunia. So syabas Kak Weena!





----------------------------------------------------------------
Ads Berbayar ~ 1 ruang sahaja lagi!
Gempaknya Cuti Sekolah Astro - Buat Anak-anak
Season of The Witch - Mesti Tonton!


Friday, December 24, 2010

Banci 2010~ Why lelaki?


Gambar yg tak relevan langsung ngan tajuk!..

Salam muhibah semua. Terkejut beruk aku ngan statistik terbaru hasil dari banci yg dibuat bebaru nih. Antaranya ialah mengenai peningkatan mendadak nisbah lelaki berbanding wanita di negara kita. Ikuti laporan berikut:

*
*

*
PUTRAJAYA – Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, statistik itu berdasarkan laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.
Katanya, penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang.
"Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini semalam.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan, Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof dan Timbalan Ketua Perangkawan (Program Sosial/Demografi), Ismail Yusoff.
*
*
Ha, so kaum lelaki takleh guna alasan nak kawin lebih dari satu dah cam dulu sebab perempuan lak yg banyak choice skrg nih. Hehe.

Sumber: Kosmo

Belum Basi Lagi Beb!

Gempaknya Cuti Sekolah Astro - Buat Anak-anak
Season of The Witch - Mesti Tonton!


Thursday, December 16, 2010

Review ~ The Season of The Witch.


Apa kabar semua. Wah ramai ye yg bercuti panjang bersama anak2 kat kampung tuh. riuhlah rumah atok dan nenek. Atok! Oooo Atok.. Upin dh dtg nih..Anyway inilah masa yg terbaik utk dihabiskan bersama anak kan? dan antara aktiviti yang best bersama keluarga yg boleh korang buat adalah.....Jom Tengok Wayang!



Dalam bulan Disember ini hingga menjelang tahun 2011 ni byk filem best2 bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara. Satu lagi filem yg dilakonkan oleh hero yg aku suka sgt nih - Nicholas Cage- telah muncul dalam satu filem bergenre supernatural thriller ~ SEASON OF THE WITCH ~ Satu filem peperangan epik yg sungguh mendebarkan! Aku dah tengok Trailer dia. Best.

Sinopsis serba sedikit berkenaan filem ini.
*
*

*
Tahun 2010 ni memang menandakan kemuncak karier Nicholas apabila beliau terlibat di dalam filem Season of The Witch ini. Nicholas membintangi filem yang mengisahkan di zaman Peperangan Tentera Salib di abad ke -14, kembali bersama temannya (Ron Perlman) ke tanahairnya yg telah hancur dimusnahkan oleh Black Plague. 




Di dalamnya turut mengisahkan mengenai satu wabak misteri yang melanda dipercayai didalangi oleh seorang ahli sihir lakonan Claire Foy. Sebuah gereja yang berhantu telah memerintahkan agar dia ditangkap supaya satu upcara misteri boleh dijalankan bagi menghentikan wabak tersebut.




Selain itu, filem ini juga menceritakan bagaimana seorang paderi (Stephen Campbell Moore) bersama seorang pahlawan kesatria (Ulrich Thompsen), seorang penipu besar (Stephen Graham) dan seorang pemuda yang keras kepala (Robert Sheehan) bergabung kuasa bagi satu misi yang menempuh pelbagai gangguan di sebuah padang gurun yang penuh dengan misteri dan perkara mistik yang bakal menentukan nasib seorang gadis yang perlu diselamatkan.




Lemah semangat susah nak tengok!

*
*

Dengar sinopsisnya pun dah best. tak sabar nak gi menonton kalau ada masa. Selamat Bercuti!



Monday, December 13, 2010

Review ~ Alun Tradisi


Berjumpa lagi semua. Sihat ke tidak? Kali ni lain dari yg lain pernah aku buat. Aku nak buat brief review pasal satu kumpulan ni yg aku tengok kian meningkat popularitinya di dalam bidang muzik. Dan yg paling bestnya ialah ianya muzik tradisi. Antara muzik yg ramai tak minat tapi bila dengar baru terhegeh2 nak minat. Memang best!

Kumpulan Alun Tradisi.

Walaupun dorang bergerak secara underground tapi dorang terdiri dari anak2 muda yg berjiwa seni dan mmg berbakat besar! Rata2 adalah pelajar dan bekas pelajar Akademi Seni Budaya  & Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Beberapa org dari kumpulan ni dah memang terkenal pun dan telah mencipta nama dalam bidang seni antaranya:

1) Hasraniza Dollah

Kelahiran Limbang, Sarawak. Merupakan Juara Bintang Asli Remaja Kebangsaan RTM 2008.

Telah mengalahkan ramai yang berbakat. Petikan akhbar Kosmo.





2) Sukhairi Abd Samat


Seorang guru musik sambilan dan pernah memasuki final dalam Pertandingan Mencipta Lagu Asli 2009 anjuran RTM. 


Antara aktiviti dorang...Jom tinjau..

Di Palace of the Golden Horses, Seri kembangan @ Ramadhan 2009




Memenuhi undangan di Pullman Hotel, Putrajaya @ Ramadhan 2010 baru2 ni.




Show @ Mont Kiara Equestrian Resort


*
*

Untuk makluman, aku dan beberapa org kwn pun pernah mengambil khidmat dorang ni masa majlis kahwin dulu. Memang live betul! Walaupun sibuk dgn urusan harian sebagai student dan lain2 tapi dorang ni masih dapat memenuhi pelbagai majlis undangan, pertandingan, show syarikat korporat  dan sebagainya.

So bagi sapa2 yg berminat utk persembahan majlis kahwin dan sebagainya lehla jengah2 ke fanpage Alun Tradisi. Harga leh dirunding weh ;D

Majlis khatan?? Nak dialun gak ke? ;)



Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back
OnePlusYou Quizzes and Widgets