rss
email
twitter
facebook

Wednesday, June 8, 2011

Perompak Paksa Isteri Sumpah Dengan Al-Quran!



Sebelum kita rumuskan apa2 cuba korang baca petikan berita di bawah:
*
*

KULIM, 7 Mei - Seorang pesara guru kerugian lebih RM43,000 setelah rumahnya di Taman Seluang di sini, dirompak empat lelaki bersenjatakan parang awal hari ini. Ketika ditemui pemberita di kediamannya, Mustaffa Yusuf, 62, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi ketika beliau dan isterinya Hasnah Md Isa, 60, sedang tidur. "Saya terdengar bunyi yang agak pelik dalam rumah saya dan secara tiba-tiba saya dapati empat lelaki bertopeng meluru masuk dalam bilik tidur kami sambil menghunus senjata seperti parang dan pisau di perut dan leher saya dan isteri," katanya.

Beliau berkata selain barang kemas, dua telefon bimbit dan kamera digital, kumpulan perompak yang memasuki rumahnya dengan mengumpil tingkap di bahagian ruang tamu, turut melarikan kereta Perodua Viva miliknya. Perompak terbabit juga memaksa isterinya bersumpah menggunakan al-Quran bahawa beliau tidak berbohong apabila memberitahu semua barang kemas telah diserahkan, kata Mustaffa. "Perompak yang menutup muka dengan memakai topeng ski juga mengugut saya jika saya berbohong saya akan dilaknati tuhan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Soo Song mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kes tersebut. Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu atau terjumpa kereta Perodua Viva dengan nombor pendaftaran PHK 3653 agar menghubungi pegawai penyiasat Insp Hidayah Othman di talian 04-4906222 atau balai polis terdekat.


*
*

Ni mesti dah terpengaruh dengan kes sumpah laknat yang merebak kat negara kita baru-baru ni. Anyway niat tidak menghalalkan cara! Mungkin ini perompak alim yang wujud akibat masalah jiwa kronik!! Haha..bahaya.

2 orang baru nak pergi PLKN.. isk isk..:

awie said... [Reply]

trima ksih bkongsi artikel kejadian yg mnimpa abh & mak sy, sma2 doakan mreka tabah harungi hdup mreka... awi mustaffa(facebook)

suhaisweet said... [Reply]

#awie. Semoga tabah menghadapi. Jgn risau, sepandai2 tupai melompat akhirnya dorang akan tersungkur jua!

Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back