" Abang...oo abang..Kitorang dah dah nak balik dah ni..Makan sudah minum pun sudah..Tinggal nak beraya je ni.." Glurps..Pasti anda pernah tersepit dalam situasi sebegini bila tiba time raya terutamanya Raya Puasa kan??..
Tambahan pulak raya tahun ni poket tak berapa nak tebal..jadi serba salah dibuatnya demi nak mengadap karenah budak2 yang mengharap duit raya dari kita..Iyelah,..keje baru baru je sebulan dapat..Bonus pun tak nampak batang hidung.
Ha..sempena raya yg nak menjelang ini aku nak bagi tips yg berguna~cara2 mengelak dari bagi duit raya...supaya korang boleh prepare...kejam!!!.....
*
*
*
Langkah 1
Mengenalpasti Pemangsa
Budak2 yg datang beraya biasanya dorang dh tetapkan fail misi sulit mereka..rumah siapa, berapa bajet nak blasah..semua dah dikaji di meja bulat. Jadi pastikan anda tak terlepas pandang perkara ni..Kenali pemangsa anda..
Langkah 2
Mempelawa dgn seikhlas mungkin
Maniskan muka dan tabahkan hati dgn mempelawa dorang makan..jangan beprasangka buruk..jangan lak tanya dulu " Adik2 ni nak makan ke just nak beraya je??"..Konfem dorang akan kata jussstttt....
Dan langkah ini penting untuk menarik hati mereka..bagi makan sedap2~sampai kenyang.. dan tak larat dah nak mintak duit terussss....
Langkah 3
Alasan Yg Rasional
Mmm..memang dah jadi trend muda-mudi zaman skrg ni tak simpan duit banyak2..Dalam kad kredit lagi selamat..Ish..harap budak2 tu paham yek..tapi awas!..jgn ada yg bawak swapping machine udah ler...
Langkah 4
Pura-pura baik hati
Sediakan payung sebelum hujan...tunjuk kat bebudak tu yg anda mmg tak kedekut..sediakan banyak2..kalau boleh dalam bentuk 5 sen semuanyee.. RM5 dibahagi ngan 5 sen = 100 keping 5 sen.. Hmm...Kalau 10 rumah begini memang leh roboh poket dibuatnya..konfem rejecttt!..
Langkah Seribu
Cabutt ler..
Hmm..Takyahla aku buang masa lagi bagi tips yg bukan2..sebab korang pun mmg tak ada nawaitu nak bagikan..iyela...taik hidung masin ler katakan.. Ha..pergilah duduk kat flet tinggi2 tu..kat menara lagi bagus..kalau tak tercabut dibuatnya budak2 tu nye tempurung lutut..
*
*
*
"Anyway..jgnla kedekut sangat..Raya pun setahun sekali jer menjelma..So..inilah masanya nak kalau bersedekah....Selamat berpuasa..sebab raya lambat lagik.."
PotPet: Hisk..hisk..sedih tak dapat duit raya sebab dah besar gedabak (bapak orang ler tuh..)
Gambar: Google

























































