rss
email
twitter
facebook
Showing posts with label Aku Yg Kreatif. Show all posts
Showing posts with label Aku Yg Kreatif. Show all posts

Saturday, October 30, 2010

Uniknya Budaya Malaysia..Betul..


Salam semua..tengah mlm ni tetiba je idea dtg mencurah2. Kali ni aku nak bawa korang termenung seketika, melihat keunikan budaya rakyat Malaysia tercinta ini.
*
*

Ha sekarang ni kalau korang jalan2 kat kota2 mesti terpandang wajah2 Pan Asian yg bersepah2 kan. Inilah hasilnya dari kahwin campur antara rakyat kita. Ada cina + melayu, melayu+india, mat salleh + melayu dan berbagai lagilah. Tak kisahla, dah jodoh kan. Yang penting sah dan sepakat membawa berkat.



Kemudian adat bercium. Eh?

Eh silap gambar! Mana aku dapat nih? Delete cepat delete cepat..Scroll terus ke bawah..
*
*

*

Hah baru betul..Kemudian kalau korang perasan kat negara kita ni jelah yg mmg kuat dgn budaya sopan santun lg hormat menghormati. Adat mencium tangan ketika bersalam memang dah menjadi tradisi terutama bile bersalaman dgn org yg lebih tua, suami isteri, girlfren boyfren(ada ke?)..


Aku pernah tengok yg bangsa cina dan india pun ada mengamalkannya. Wah..kan indahnye budi bahasa orang kita ni...
*
*

*

Akhir sekali kengkawan...kat sini je la nak merasa open house ni. 

 Terutama time ada perayaan. Masa tu korang dapat lihat semua kita berbilang bangsa tak kisah, boleh duduk makan dan bersembang sekali tanpa rasa canggung. Dah jadi budaya kan?

Jadi kekalkan suasana harmoni yg dah sedia ada nih. Supaya generasi kemudian nanti dapat gak merasa nikmatnya hidup 1Malaysia ni.

Akhir sekali apa kata korang layan klip bebudak LimKokWing ni..tak rugi...



Sumber: Google


Tuesday, October 5, 2010

BLOGGING Memang Menyedihkan KALAU......


Salam..salam semua..Masuk hari ini dah hampir 5 bulan aku jadi blogger kat Malaysia (cita2 nak gi oversea..hikhik). Hmm..macam2 mende pelik2 yg aku dapat dan bagi kat korang jugak. Pengalaman penulisan dapat. Kawan dapat. Duit pun dapat gak..opss lom lagi. Dan banyak juga mende2 sedih yg berlaku kat aku tuanpunye blog. Ni yg best aku nak story..

*
*

*

I Follow U..U Follow I La..


Aikh..Dato' Nik Aziz pun follow aku gak ke?

Diam2 ubi kayu rupanya aku yek..mula2 dulu risau tul aku kalau orang yg follow aku cuma sorang je sampai ke tua. La ni korang tengok sendiri. Eh tapi aku tak paksa ekh. Korang yg ngengada..Tengkiu2. Tapi terkilan gak bila ada ajakan seperti di tajuk yg x dpt aku penuhi..bukan taknak tapi aku kalau boleh nak follow korang dgn ikhlas baru tiap2 hari aku datang dgn ikhlas baca entry. Mana yg aku follow maknanya aku dh terpikat ler tu..fuh..bahaya.

*
*

*

Mana Nak Komen Nih??


Banyak yg sorry kat aku sebab tak dpt nak komen walaupun dorang terkinja2 nak berbuat demikian..tapi malang...tak jumpa comment link/box (spt di atas rupanya)....So Akak dtg lain kali yek...Hmm..Ada yg marah gak bila aku kata dorang tak pergi PLKN lagik..isk isk isk isk....

*
*

*


Maaf Maaf Maaf..


Hmm..mungkin Nuffnang tak suka aku kot..huhu. Harap tidakla ye. Dulu merasa gak la sampai 3 ke 4 sekaligus tapi aku sia2kan.(nyesal2). Mgkin bukan rezeki aku lagi. Bagi kat kengkawan lain dorang pun nak merasa.(leh naikkan motivasi tau). Aku harap dapat peluang ADVERTORIAL dr Nuffnang sekali seumur hidup pun syukur weh. (Bagi lebih aku ambik jer)

*
*

*


Kau sweet ker??!


Aduh..tak sangka buah cempedak jadik nangka tul..Mende gini pun leh jadi isu. Di awal penglibatan dulu pernahnye aku dihina dan dikutuk oleh sorang blogger chinese ni. Marah tul dia bila aku dianggap spammed blog dia semata2 nak naikkan nang aku kat innit. Aku pun tak paksa dia nang aku. Bagi aku dia pun tak rugi sebab dapat gak traffic dari aku..manusia..manusia.. Alih2..nama aku lak menjadi mangsa. Lepas nih nak tuko ke suhaihensem/suhaimacho/suhaimiang. Nanti aku pilih.

*
*

'MEMANG IBARAT MEMBUKA PEKUNG DI DADA'

Tapi realitinya ingin menjadi orang yg sejujur adanya..




Saturday, September 18, 2010

Hari Raya ~ Suatu Kesan Sampingan


Bertemu kembali semua setelah lebih seminggu menghilangkan diri. Masih dalam mood beraya?..Yeah.. Sambil aku beraya sempat juga aku membuat sedikit analisa yg membebankan kepala otak aku ni...Meh kita tengok apa yg aku maksudkan ngan tajuk aku kat atas nun sana..

*
*

*


*


Tak dinafikan time raya ni memang memenatkan..walaupun letih melayan ramai tetamu yg berkunjung ke rumah sampaikan tengah malam nak tidoq pun masih ada yg bagi salam lagi...

*
*

*


*

Pelik tapi benar..


Setelah berbulan2 kemarau bermusim..lepas raya ni la tetiba je semua pejabat pos dan bank menerima nilai pelaburan yg mendadak..semua berkat amal jariah sedara-mara yg bersedekah tu..

*
*

*


*

Hmm..tuhla..Sapa suruh membazir lagi  beli sampai tak terhabis..nak simpan lama2 takut tak tahan nanti..So korang adik beradik lah yg terpaksa habiskan semua kuih tat, bahulu, biskut makmur dan pelbagai lagi tu...Makan ye jgn tak makan..

*
*

*

Last skali..


Paling berat bila anda dah kering kontang bila belum sampai waktunya...


*
*

Anyway..raya memang best tak terhingga..So beringat2 lain kali ekh dan dgn ini diisytiharkan aku menutup entry utk musim raya nih...Wasalam.


Sumber: Google

Wednesday, September 8, 2010

Balik Kampung ~ Aku Punya Idea


Rasanya tak terlambat utk aku keluarkan entry ni. Iyelah pasti ramai yg tertunggu2 tips keselamatan jalanraya dari aku (perasan)..tu yg dorang tak sedap hati nak balik kampung lg tuh..Cuba korang tilik2..kot2 leh pakai gak kepala otak aku yg bergeliga ni (lagi perasan)..

Korang pun tahu yg kecuaian diri kita sendiri adalah di antara faktor utama eksiden. Dan salah satunya yg nak aku present kat sini adalah sebab dari mengantuk ketika memandu. Ni aku nak bagi tips..

*
*

*


*

Di awal perjalanan...


Haa..para isteri yg jadi co-pilot tu cubala mainkan lagu2 yg berunsur keagamaan ke..atau pun syarahan agama..kalau nak best lagi cariklah yg mencabar sket seperti kisah jin, azab sakaratulmaut ataupun tanda2 kematian nak dekat..baru segar bijik mata driver kat sebelah tuh...

*

*


*



*
Tak berkesann??!! Hmm..


Cuba penuhkan kenderaan korang ngan pelbagai khazanah mainan anak2..bior dorang bergasak dalam tu..harap2 dgn riuh rendahnya dorang dapat membuatkan kita terhibur sama..hilang gak ngantuk kan?!

*
*

*


*

Tak berkesan gak?!..Cuba nih..


Korang suami isteri ni cubalah kreatif sket..Tengah driving tu ceritalah perkara yg lucu2 masa kawin dulu ke..ataupun adakan contest seperti mengira bape tiang lampu kat highway atau berapa buah kete exora atas jalan pun cantek gak..biar driver selalu ada tumpuan dan tak leka..(konon..)

*
*

*


*
Mata masih liat ketegaq lg..


Korang balik jer la ngan bas ataupun keretapi..takyah bersengkang mata ngan tips2 aku..Sebab abang2 drebar ni semua terlatih belaka (menuntut tips dari aku tau..)

*
*

*

*

Barulah leh balik kampung..Aman dan damai...


Berhati-hati di jalanraya,..'Anda buat anda dapat' (tagline Ustazah Bahiyah)

Sumber: Google

Sunday, September 5, 2010

Hari Raya ~ Siapa Paling Hepi?!


Apalah aku ni..cakap pasal raya sapa yg tak gembira..tak waras ke?..Iyela..aku tau tuh..tapi meh la kita gi tengok ngan lebih specific lagi..sapa yg paling gembira antara kita bila raye nih...cewah..


*


*


*

Kita mulakan di bengkel kete dulu ye..


Hah..tersonyuum lebar si tauke2 bengkel kete seantero Malaya..mana tak nye..time ni la permintaan melebihi perkhidmatan..org kata. Jadi berhati2la ekh..jgn sampai terperangkap sudah. Tapi ada gak yg menawarkan pelbagai diskaun menarik utk korang. So..semoga terpikat ye!

*


*


*



Kemudian...anak2 kita ler yg paling gembira kan?..baju baru dapat...duit raya dapat..eh eh..upah puasa penuh pun leh dapat jugak ke?? Hmmm....Walaupun steady jer bukak posa kat bilik air..~TANPA KANTUI..

*


*


*



Next pulak..Siapa?!..tentulah kakak2...para usahawan part time bagi kuih raya...baju raya... dan segala macam raya la senang citer...

*


*

Dan last skali..janganlah dilupakan...


Atuk dan nenek kat kampung tu pun nak tumpang gembira gak di hari mulia ni...walaupun anak2 dia tiga empat tahun sekali baru balik kampung...sampaikan cucu cicit pun dah tak recognize dorang..


*


*

OOppss..ada lagi....ada lagi..


*


*

Sapa pulak nih?? Siap bertanjak lagi..


Apa?!..Korang ingat patung kat KAMDAR tu tak gembira gak ker??..Selalu asyik berkot dan bertali leher jer..nak merasa gak dorang bergaya time raye2 ni.....


..Kesimpulannya...Semua sekali gembira lah abis cerita...;D



PotPet: Isk...baju raya tak beli lagi...

Gambar : Google

Friday, September 3, 2010

RAMADHAN ~ PemergianMu Ku Tangisi




Sayu, hiba dan perasaan bercampur baur memandang langit Allah SWT....Ramadhan bulan seribu keberkatan yg diberikan kepada kita kini sudah pasti hampir meninggalkan semua kita...Ya Allah...Tidak bolehkah jika Engkau wahai Tuhanku kurniakan kepada kami Ramadhan selama-lamanya...

*


*

"Kami rindu..kami belum puas.. Ya Allah...dengarlah rintihan kami...Amalan kami!..amalan kami!...Kau terimakah Ya Allah...."

*


*


Alangkah nikmat dan gembiranya jika esok ku bangun... Ramadhan masih tetap disisiku...Agar dapatku penuhi mu dengan keikhlasan ibadatku kepada Tuhan ku yang tetap satu..

Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA ~ Yeah!!



'Salam Kemerdekaan' buat semua blogger di luar sana...Iye..semua orang menyambutnya tak kira apa cara sekalipun. Tapi apa sekalipun biarlah ia memberi erti yg bagus terhadap diri kita. Barulah 'merdeka' itu memberi suatu makna.


Apa erti merdeka bagi aku?? Entahlah...Bila dikenang-kenang balik zaman kecik2 dulu....

*


*


*


"Ada seorang kawan namanya Ah Meng.

Dia juga berkawan namanya Muthu, Kami berkawan baik sama sedarjah,

Belajar bersama main bersama,

Hey...hey...hey

Hey...hey...hey 3 sekawan.."


Inilah lagu yg selalu aku dendang masa darjah 1 dulu. Betapa awal2 lagi kita diajar untuk bergaul rapat tak kira apa bangsa di sekeliling kita..sampailah sekarang.


*


*


*



Masa aku berkhatan dulu, doranglah yg paling kecoh..hishh..pening kepala aku dibuatnye..Nak aje aku suruh mak dorang sunatkan dorang suma..biorkan dia rase..


*


*


*

Hmmm..


Bergaduh??!..Hishh..biase ler tu..mesti selalu silap faham punye..tapi bak kata pepatah.."Air yang dicincang tidak akan putus"..esok baik lerr tu..


*


*


*


Aku ingat lagi..kalau time raya tu memang meriah sangat..dorang pun tak segan silu nak dtg rumah..nak merasa ketupat palas yg mak aku buat tu....favourite.. kata dorang...


*


*


*


Sekarang semuanya dah membawa haluan masing2..sudah beranak-pinak dan keje pun bagus2 belaka..Hmm dan yang tinggal hanya memori lama buat dikenang2..


*


*


*



Apa yang aku harap agar anak2 sekarang ni dididik lebih baik berbanding ngan zaman aku dahulu..

*


*

Agar dorang lebih menghargai dan mengambil berat sesama sendiri..


Biarpun kita berbeza warna kulit, agama dan bahasa yg berbagai..

*


*

Sebab....'Merdeka' tidak bermakna jika kita semua pelbagai kaum ini berpecah-belah..


'Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53'

1Malaysia Menjana Transformasi



Gambar: Google

Sunday, August 29, 2010

Duit Raya - 1000 Langkah Mengelat



" Abang...oo abang..Kitorang dah dah nak balik dah ni..Makan sudah minum pun sudah..Tinggal nak beraya je ni.." Glurps..Pasti anda pernah tersepit dalam situasi sebegini bila tiba time raya terutamanya Raya Puasa kan??..

Tambahan pulak raya tahun ni poket tak berapa nak tebal..jadi serba salah dibuatnya demi nak mengadap karenah budak2 yang mengharap duit raya dari kita..Iyelah,..keje baru baru je sebulan dapat..Bonus pun tak nampak batang hidung.

Ha..sempena raya yg nak menjelang ini aku nak bagi tips yg berguna~cara2 mengelak dari bagi duit raya...supaya korang boleh prepare...kejam!!!.....

*


*


*


Langkah 1

Mengenalpasti Pemangsa


Budak2 yg datang beraya biasanya dorang dh tetapkan fail misi sulit mereka..rumah siapa, berapa bajet nak blasah..semua dah dikaji di meja bulat. Jadi pastikan anda tak terlepas pandang perkara ni..Kenali pemangsa anda..



Langkah 2

Mempelawa dgn seikhlas mungkin



Maniskan muka dan tabahkan hati dgn mempelawa dorang makan..jangan beprasangka buruk..jangan lak tanya dulu " Adik2 ni nak makan ke just nak beraya je??"..Konfem dorang akan kata jussstttt....

Dan langkah ini penting untuk menarik hati mereka..bagi makan sedap2~sampai kenyang.. dan tak larat dah nak mintak duit terussss....



Langkah 3

Alasan Yg Rasional


Mmm..memang dah jadi trend muda-mudi zaman skrg ni tak simpan duit banyak2..Dalam kad kredit lagi selamat..Ish..harap budak2 tu paham yek..tapi awas!..jgn ada yg bawak swapping machine udah ler...



Langkah 4

Pura-pura baik hati


Sediakan payung sebelum hujan...tunjuk kat bebudak tu yg anda mmg tak kedekut..sediakan banyak2..kalau boleh dalam bentuk 5 sen semuanyee.. RM5 dibahagi ngan 5 sen = 100 keping 5 sen.. Hmm...Kalau 10 rumah begini memang leh roboh poket dibuatnya..konfem rejecttt!..



Langkah Seribu

Cabutt ler..


Hmm..Takyahla aku buang masa lagi bagi tips yg bukan2..sebab korang pun mmg tak ada nawaitu nak bagikan..iyela...taik hidung masin ler katakan.. Ha..pergilah duduk kat flet tinggi2 tu..kat menara lagi bagus..kalau tak tercabut dibuatnya budak2 tu nye tempurung lutut..

*

*

*

"Anyway..jgnla kedekut sangat..Raya pun setahun sekali jer menjelma..So..inilah masanya nak kalau bersedekah....Selamat berpuasa..sebab raya lambat lagik.."



PotPet:  Hisk..hisk..sedih tak dapat duit raya sebab dah besar gedabak (bapak orang ler tuh..)


Gambar: Google

Thursday, August 19, 2010

Kejam..Sadis..Menyayat hati !!



Kebelakangan ini terlalu banyak berlaku kes2 yang begitu tragis jika korang ada bukak paperlah..memang tak berhati perut langsung...apa nak jadi dgn masyarakat kita la ni aku pun tak tahu..

Di sini aku hanya nak highlight kan hanya beberapa kes kronik yg berlaku..agar menjadi iktibar kepada kita suma..

Kes 1

Disembelih dan disalai atas bara api yang menyala
Umurnya yg hanya tak sampai 2 tahun tetapi telah dibunuh dengan kejam. Diculik dari keluarganya dan akibat tidak mendapat wang tebusan, dirinya menjadi gadaian..dahla disembelih malah hasil bedah siasat didapati organ dalaman seperti isi perut dan hati telah dibuang bagi menambah derita si mangsa..

Lihat gambar di bawah. (Amaran kpd kanak2 dan ibu mengandung!)

*



*



*



*



*



*



*



Memang sedih..





Kes 2

Dirogol bergilir-gilir oleh teman rapat

Mangsa tidak menyangka yang ajakan untuk bersiar2 telah menjadi titik hitam dalam hidup dia. Dia bukan sahaja telah diperkosa oleh teman yang baru dikenalinya di dalam laman sosial Facebook malah rakan-rakan suspek yang lain tiba-tiba muncul dan turut merogol dirinya tanpa belas kasihan. Dari laporan polis yang dibuat semua suspek memang dikenali rapat oleh mangsa sebelum ini dan pernah berjumpa di satu majlis keramaian.
Lihat gambar di bawah. ([SX] Amaran kpd kanak2 yg belum akil baligh!)


*




*




*




*




*




*




*



Sabor...Korang kalau mende camni minat jerr ekh....isk  isk



*



*



*



*



*
Lerr..

Memangla kenal...teman sebangsa..iskh2




Aduih..apala yang aku mengarut pagi2 posa ni kan...anyway selamat berpuasa dan jgn tension2 tau.




Bisik: "Jenayah membawa padah!"...pernah dengar tak tagline ni?

Friday, August 13, 2010

Al-Kisah - Cinta Blogger


Salam Jumaat semua kengkawan suhaisweet. Sesuatu yg menarik nak aku kongsikan bersama dan aku mmg pasti tak ramai antara korang yang pernah terpikirkan mende ni.

Ceritanya, bagaimana kalau korang si penulis blog ni bercinta sesama jenis..........isk isk..bukan yg itula.. Maksud aku sesama professionla...hehe. Mari kita selongkar keadaan bilamana terjadi
blogger blogger.

..Muah muah muah!..


*

*

*

*

*

*


jeng jeng jeng..



Mmm...macamne nak start ekh,..k tengok nih!



Setakat cinta kat Facebook tu mungkin dah biasa sangat sekarang nih..tapi cane kalau dorang ni menggunakan sebaik mungkin peluang di atas..tentunya kat blog si jejaka atau gadis yang diminati..sampai orang lain yg menumpang pun naik menyampah..org tengah bercintala katakan...nak wat cane..

*

*

*

*

Akhirnya setelah berbagai janji dimeterai...aku suka hang dan hang pun dah suka aku..tunggu apa lg?? ..Sebelum abg blogger lain potong line...



Dasyat weh..takyah gi candlite dinner..tak payah sambil berlutut nak pinang anak dara orang.. cukup dgn berchatting je..duit pun selamat..moden ler katakan..

*

*

*

*



Mulai hari tu maka penuhlah posting hari2 tentang persiapan kawin yg berbagai..sumanya dia nak bagitau..hantaran bp dulang la, langsir bersilang 4 ke..siap jemput kengkawan takyah pakai kad pun ada..Steady followers kan ramai..

*

*

*

*


Korang bayangkan bila dua insan telah bersatu..tentunya blog dorang pun ngikut sama kan?? Kalau yg masih sayang kat personal blog dorang tu mungkin maintain..cuma letak gambar pasangan dia jer..tu tak campur lagi 4 orang anak kat blakang tuh..

*

*

*

*


Comelnyerr..sori Kak,..pinjam gmbr anak jap..

Agak nak menarik depa buatla satu blog utk anak dorang..apa yg dok cerita selalu?? Anak bangun, makan, menyusu..tido balik..Tapi yg bagusnya takyah buat album gambar kat rumah sbb dah berlambak gambar dorang dalam tu..

*

*

*

*


Buat yg dimurahkan rezeki tu,..duit nuffnang leh la beli barangan dapur ke,..susu anak ke..rantai gelang ke..Oops..banyak tu ;D

*

*

*

*

Dan kalau jodoh tak panjang cane lak ekh...iskh isk..tak tergamaklak aku nak pikir....Kalau boleh biarlah berkekalan hendaknyer..tak osah bercerai berai weh..

*

*

*

*

*



Anyway buat yg terkena batang hidung selamat berumahtangga diucapkan..tak kiralah di mana korang berkenalan yg penting niat di hati kena baik..betul3

♥♥♥♥♥

Wednesday, August 11, 2010

Apabila SABUN Mengganas!!



Fuh, dasat tul tajuk n3 aku hari ni..pikir2 cam tak sesuai je ekh..tapi pikir lagi sekali pedulik apa aku ngan tajuk..yang penting content yg nak aku kongsi sama korang kan? Mmm..kalau takde sabun.. mandi memang tak sah rasanya..tapi tergamakkah korang kalau ..


Mandi ngan sabun yg cegini.?



Takpun yg cegini..



Atau yang comel sangat cam nih..


Huhh...kalaulah aku..sayang sangat nak guna..comel dan tergedik2 sabun2 ni aku lihat..Hah..kalau korang nak tau sabun2 ni bukan saja sesuai untuk korang mandi malah sebagai hadiah dan perhiasan pun sesuaila sangat..

Ceritanya suatu hari terjumpalah aku satu blog yg sangat menarik iaitu http://www.mysabun.com/ yang menawarkan pelbagai pilihan sabun yang sungguh eye candy..



Di dalamnya juga korang boleh belajar cara2 membuat pelbagai rekabentuk sabun yang menarik ikut citarasa korang...menarik2..






Tertarik?? Lawatilah pemilik butik sabun ini ye..Cubalah!!


Bisik: Pakai shower foam je skrg nih..moden ler katakan...;D


Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back
OnePlusYou Quizzes and Widgets