rss
email
twitter
facebook

Sunday, June 27, 2010

OMG..What To Do?


Sebut saje accident pasti suma kecut perut tak kiralah samada kita yg terbabit ke atau sekadar melihat ianya menimpa ke atas org lain. Memangla bukan kita yg minta ia berlaku tetapi walau berhati2 mcm mana sekalipun kalau dah ditakdirkan ia berlaku ia tetap akan berlaku kan... Mm..bila dah berlaku tu mulalah panik dan menggelabah terutamanya jika melibatkan kematian..boleh pengsan dibuatnya.

Dan aku pasti ramai yg tidak bersedia dengan ilmu di dada tentang apa yg penting dan perlu dilakukan jika kemalangan jalanraya terjadi..Jadi ikuti panduan berguna ini dan korang pasti dapat menempuh saat2 menyulitkan ini dgn tenang, mudah-mudahan.

Ketika Kemalangan

Jika kita tidak cedera parah di tempat kemalangan, dapatkan butir penting pihak lain yg terbabit sama seperti: 


  1. Maklumat kenderaan (no daftar, model, tahun dibuat).


  2. Maklumat pemandu (nama, alamat, no tel, no I/C & no lesen memandu).


  3. Nama pihak insuran yg mewakili anda & org yg terbabit dlm kemalangan itu. 
Berurusan di Balai Polis 


  1. Jika tiada anggota polis bertugas ketika di tempat kemalangan, buat laporan polis dlm tempoh 24 jam di balai polis berhampiran.


  2. Jelaskan kemalangan yg berlaku dan turunkan tandatangan di bhgn bawah laporan berkenaan dan simpan 1 salinan yg disahkan. 
Berurusan dgn pihak insuran 


  1. Baca polisi dgn berhati2 & laporkan kemalangan yg berlaku kpd pihak insuran secepat mungkin.


  2. Sebarang kelewatan akan menyebabkan kita terlepas hak mendapatkan wang pampasan.


  3. Pihak insuran hanya membayar perbezaan antara jumlah tuntutan dgn jumlah yang ditetapkan.


  4. Pastikan kenderaan diselenggara di bengkel yg bertanggungjawab.


  5. Jika kemalangan disebabkan pihak lain, hubungi pihak insuran mewakilinya dan mengatakan kita mahu memfailkan tuntutan (secara bertulis).


  6. Dapatkan khidmat guaman jika tuntutan anda ditolak pihak insuran.

p/s: Banyak lg tips berkaitan...tunggu ekh

1 orang baru nak pergi PLKN.. isk isk..:

Arif Dzulkifli said... [Reply]

ni yg aku malas klau accident ni..procedure dia byk sgt..hahaha

Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back
OnePlusYou Quizzes and Widgets