rss
email
twitter
facebook

Thursday, July 29, 2010

Blogger Yang Berhemah




Wah..sopan-santun betul tajuk untuk hari ini...Aku tertarik dengan luahan dari Mantan PM kita, Tun Dr. Mahathir semalam yang memperkatakan tentang perkara di atas..tambahan beliau juga adalah salah seorang blogger yg hebat.. 

Mmm...nak berblogging pun kena ada etika ke? Bukannya orang baca pun kita punya..Tambahan yang tak famous cam aku..;)) Ada kesan ke kalau kita tulis sesukahati je..tatabahasa nak kena jaga ke? Bole ke kalau penulisan kita tu cam rojak buah,..kejap mat saleh kejap Sri Lanka..? Phew..dan pelbagai persoalan lagi la..

Oleh itu tak salah kiranya aku listkan budi bahasa yg patut kita amalkan dalam bidang yg kita ceburi ini kan?...Check it Out!

**********************

•    Jujur dan adil dalam mendapatkan, melaporkan dan menginterpretasikan maklumat.

•    Jangan sekali-sekali menciplak.

•    Mengenalpasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan.

•   Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat – dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut.

•    Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat  berdasarkan fakta.

•    Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera.

•   Perlihatkan cita rasa yang baik.  Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi.

•   Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog.

•    Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi.

•    Mematuhi standard yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain.


Sumber : Aku jumpa sini.

**********************



Jadi sama-samala kita amal dan praktikkan supaya blog kita lebih berkualiti dan berfaedah..Sebenarnya banyak lagi etika2 yg baik yg boleh kita amalkan seperti bagi hadiah dalam contest kita, puji blog org lain, dan berbagai lagila..Jadi jangan hanya mengejar duit Nuffnang sahaja dalam berblog...Biarlah apa yg kita tulis menjadi ingatan baik semua yg membaca. Dapat pahala dunia dan akhirat tu...



Bisik:  Tengkiu kengkawan yg bagi komen2 membina tu...yg kutuk pun aku tengkiu jugak..buat pedoman aku ;D


18 orang baru nak pergi PLKN.. isk isk..:

Sharinginfoz said... [Reply]

memang betul etika seorang blogger sangat penting

fiz mr.beloved said... [Reply]

penulisan yg beransur nasihat..good job bro..thanks

PEREKA CERITA said... [Reply]

ada lg ke yg mengharap nuffnang???
nuffnang sekarang susah nak bg buffer... nuffnang utamakan blogger baru merasa buffer

superb pictures said... [Reply]

nice info and thanks visit mine too ;)

Anonymous said... [Reply]

Drop by~

DSvT said... [Reply]

Drop by~

red One_foren6 said... [Reply]

thx 4 da info

Casendra said... [Reply]

haha nice one! but i gotto study back my bahasa malaysia :(

atie said... [Reply]

yup...memang perlu ade etika.... sbb blog skang dh macam kerjaya plak kan....n dunia blog dh semalin membesar ;)

||kiena|| said... [Reply]

i dont have an attention on the Nuffnang,..
Sharing is caring,.. =)

The Blogger (63672674) [meoramri] said... [Reply]

Supporting yr blog!

Jessica Lau said... [Reply]

dropping by....nice blog...

kak ina kl said... [Reply]

hemmm..akak rasa akak tak payahlah nak harapan dapat habuan lumayan dari nuffnang...cukup beli top up udahlah..

blogging kalau tanpa etika..memang teruk ..silap kata masuk penjara

Mohd Fadil said... [Reply]

etika tu penting..jangan duk main hentam jer...bahasa kena jaga...tengok macam tuan tanah, cool je bahasa dia...eheheheh..ayat bodek

Syeeda Sobbihi said... [Reply]

setuju sgt. etika & bahasa kena la jaga. kan budi bahasa budaya kita. :)

suhaisweet said... [Reply]

Wah...ramai sungguh yg berminat ngan tajuk ni ekh..thanx ;D

Eza Rashid said... [Reply]

sy pown sukung,,,,yela,,,nk masuk uma orng kenalah hormat kan,,lg satu klu ayt kt entry jgn lah maki2.....nnt reader pown sket ati....

Aidi-Safuan said... [Reply]

huhu... dah join nuffnang, konfem la nak duit kan? ade ke orang join nuffnang sebab saja je? :P

Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back