rss
email
twitter
facebook

Friday, January 21, 2011

Blogwalker PENIPU! ~ Penjelasan MUKTAMAD!!


Salam semua pembaca suhaisweet dan cilupbah. Sengaja aku memilih hari Jumaat 'Penghulu Segala Hari' lagi penuh berkat ni agar 'si penipu' ni dapat merungkai segala persoalan tentang isu autoblogwalking/autablogwalking/blogwalking penipu dan macam2 lagi.
*
*

Begini cerita bermula:



1) Honestly = Org takkan guna ABCDEAD.COM melainkan utk promote blog, naikkan trafik dan secara tak langsung tingkatkan earning Nuffnang, Innity dan sebagainya.

2) Tak perlu bersusah payah utk blogwalking secara manual terutama bagi yg memang sibuk nak online selalu.(Tolong cakap org giler mana yg nak susah bila ada cara senang?!)

3) PALING PENTING!! Ramai antara blogger yg berhati mulia sanggup memilih kaedah ini sebab ia bukan berat sebelah/ one way traffic. Seperti yang di claim oleh ownernya. Bukti??

Bukti #1


Bukti #2

Bukti #3

Bukti #4

Aloo bro...itu cakap mulut boleh lah! Mana bukti dari segi teknikalnya?? Mana? Kalau betul aku dapat trafik ko mana buktinya?? Apsal kat Getclicky aku kata sebaliknya?!! Clicky Clicky..Hah jawablah..
*
*

Hmm..untuk bukti teknikal susah aku nak jawab sebab bagi aku mudah saja:

a) Aku leh check kalau melanggan hosting berbayar seperti pada Bukti #4.

b) Getclicky?? Baca Bukti #1.

c) Syahrul si owner ABCDEAD.COM adalah org yang beragama Islam dan adalah berdosa sekiranya beliau menipu kami sebagai pengguna.

d) Aku dan lain2 sebagai pengguna percaya kepada beliau ibarat kami ni seorang pengedar barang. Takkan pengedar nak pergi ke tiap2 kilang bagi check satu persatu  proses pembuatan setiap barang yg nak diedarkan secara terperinci. Bukan keje aku la tu!! Adalah menjadi tanggunjawab c). Takde keje weh!! Banyak lg keje nak aku buat!!

e) So kalau korang rasa tertipu mungkin kami juga tertipu!..Kami pun tau la dosa menipu!! Bagi anak bini makan duit haram konon!! Umpama makan daging b@#i lah.! Cakap korang tuh yang tak pakai akal. 

_____________________________________________________________________

So apa yang menjadi isu  ~ TRAFIK!

Wei..bukan trafiklah yg kitorang carik tapi yg paling penting adalah baca entry!!

1) Yang sebenarnya bukan entry yg menjadi isu penting di sini tetapi percayalah majoriti lebih mementingkan trafik sebab selagi ada iklan berbayar kat blog korang tuh takyahlah dok sembang mengenai kesucian hati korang 100% ingin mencurah ilmu, duit hanya sampinganlah dan sebagainya..bla bla bla. (hipokrit!)

2) Beberapa hari ni aku tinjau semua komen kat blog yg menghentam autoblogwalking ni, majoriti dok sibuk bertengkar pasal trafik trafik trafik! Aku tak halalkan trafik aku!! Amboi..apa ingat trafik yg aku bagi tuh free ke??Very clear dude..

3) Janganlah sesekali kita cuba memaksa orang membaca, memberi komen dan sebagainya jika kita sendiri tak berjaya nak menarik minat mereka! Ada beratus ribu blog kat Malaysia dan beribu yang berlegar2 aktif setiap hari tunggu untuk dijemput!! Ada aku kisah org tak layan entry aku..biarlah. Suka hati doranglah. Itu hak masing2!

_____________________________________________________________________

Hati yang terguris..

1) suhaisweet ini aku bangunkan dengan asas yang kukuh bukan hasil copy paste org lain.

2) Sepanjang aku berkarya tak pernah barang sekalipun aku mengajak/memaksa kawan2 memberi komen, jadi follower atau subscribe artikel aku dan sebaliknya aku bersyukur kerana begitu ramai yg menyokong. Terima kasih.

3) Sofware autoblogwalking ni baru 2 minggu aku mencuba jadi sangat tak adil bila ada mengatakan yang aku ni 'dah lama buat keje hina nih'. (kalau betullah aku menipu!)

4) Tak pernah aku membangga diri  ~ tak pernah tunjuk pun barang sekali hit trafik, jumlah cashout dan lain2 utk membangga diri. Tips Nuffnang?? Sangatlah sedikit..sebab bukan itu intent utama aku. Aku lebih suka berkarya!!! (duit sebagai motivasi, xde pun aku jalan gak. Tak percaya sudah!)

5) Tahniah buat saudara PendekarBerkuda dan rakan2 kerana membangkitkan isu ini. Nasihat dan saranan saya (Boleh ke penipu bagi nasihat?)
*
*

a) Ada banyak lagi kaedah cara utk menegur kengkawan (kalau benar kami tersilap) ~ Ibarat menarik rambut dalam tepung atau ibarat seorang anak menegur bapanya. Pikirlah sendiri sebab dah terbukti anda nih semua cerdik pandai dalam berkata-kata. Kami ni je yg 'terlebih pandai!'. Jangan nak berkuda kalau tak pandai imbang badan..(ades pedas..sorri).

Contoh Teguran Tak Baik

b) Aku pelik kenapa perkara menipu trafik ini sungguh menjadi isu (kalau betullah menipu)?? Kenapa tak pernah sorang pun dari 'blogger picisan ni kononnya' membombard individu2 yg yang menghasilkan blog2 lucah melayu yang tak larat aku nak link kat sini!! Bukankah itu lebih parah dan bernanah?? Sebab apa? Aku tau sebabnya. Kerana ia tiada kaitan ngan trafik korang tuh!! Sebab trafik bermakna duit dan populariti!! Atau sebab korang pun layan sama....isk nauzubillah, mudah2an tidaklah ya.

c) Pernah tak korang menyelongkar sedalam2nya bagaimana software auta-blogwalking berfungsi. Apa salahnya melabur sket menjadi ahli, join, check modus operandi, berbalas email ngan ownernya dan selidik betul2. Dah konfem betul2 barulah leh lancar serangan besar2an dengan bukti2 yg sungguh mantap!. Bukan sekadar menilai jumlah counter di hitstat dan Getclicky tuh! Sungguh murahan!! Buat keje jangan separuh jalan, takut makan tak habis nanti..Tentang kaedah copy paste script tu maap..no idea!!

d) Sungguh rasa hina dan kecil hati apabila dihina dan dijaja sebagai blogger penipu, penipu trafik dan macam2 lagi. Anda dpt pahala jika telahan anda betul..tapi bagaimana kalau sebaliknya.?Begitu juga yg sibuk memberi komen dan menyokong membabi buta. Padahal anda tak tau apa2 pun dan claim diri korang ditipu. Takpelah, 1 link aib disebarkan mgkin 10 backlink dosa yang dapat. (Eh 'penipu' pandai lak soal dosa pahala ekh)...silap2 dapat backhand sekali!!

_____________________________________________________________________

Akhirnya..

1) Tahniah kepada saudara Umar dan lain2 kerana steady dan tabah menghadapi isu ini walaupun aku tengok Umar lah yg paling teruk kene kondem. Adatlah tuh. Anyway anda mempunyai fundamental yg kukuh dalam berblogging. Jangan putus asa dan lemah semangat!! Banyak tips2 dari Umar yang bagus2 dan berkesan!

2) Aku mohon ampun dan maaf kepada semua yg sudi singgah dan menyokong blog suhaisweet dan cilupbah selama ini yang rasa tertipu dan ditipu bulat2. Terima kasih atas segala komen. Banyak juga komen yg aku reply dan buat yg tak tu sori bebanyak sebab mungkin aku tengah auta-blogwalk time tuh..isk.

3) So..dengan ini aku menutup terus 2 blog aku ni sebab bagi aku sangat sukar untuk kembalikan keyakinan orang bila sekali nama kita telah terpalit. Dan org akan terus ingat sampai bila2 biarpun seribu kebaikan yg kita curahkan sekalipun!! Dan insyallah aku akan mencari medium yang lain bagi mencurahkan dan berkongsi segala yang baik sebab mungkin ini bukan dunia aku. 
*
*

*

Last But Not Least!!


Aku tengok makin ramai yang jadi ahli berbayar ABCDEAD.COM ni ya walaupun isu ni meletop2 bagai lahar gunung berapi. Mana lagi yang lagi 700 ye?? Cian yang 15 orang nih asyik jadi kambing hitam je..isk isk isk. Mungkinkah mereka berselindung di antara pengomen yang menghentam sekali! Wallahualam..


***

30 orang baru nak pergi PLKN.. isk isk..:

Unknown said... [Reply]

No komen...ang yang dah bagi penjelasan... main screenshot komen dari blog aku... ang tak baca ke apa yang dia tulis lepas tu??

adesh...tu lah bila mata tu akal tu letak pada emosi...

hehehhehe... traffic dengan nuffnang yea?? Aku tak nampak pun traffic kat nuffnang?? yang aku nampak cuma referral melambak... miyahahahahaha...Gila keji aku gelak...

aku langsung tak nampak pageview ke...takpun UV naik ke kan kat nuffnang tu... wuahahahahaha...

kau hebat bro..amik kesempatan
penghulu segala hari eh?? weh..cuba ko check balik shoutbox ko... berapa banyak yang reply jejak kat shoutbox ko?? ko tak nampak ke atau buat-buat tak nampak ke kan??

kalau betul bagi traffic kat nuffnang, pi la tayang traffic yang ko dapat kat nuffnang tu kat sini~!!! Jangan tahu cakap je

aku dah elok2 redha marah ko pi jolok2 lagi ek~??

amik berkat hari jumaat ke ye?? amik berkat hari jumaat nak menghentam orang ke?? adesh~! sangat bijak la kau kan kan kan?? aku tabik~!

lepas ni kalau kau nak memekak ke nak ape ke...aku takkan layan.. lantak ko la kan kan kan??

korang boleh bagi segala dalil dan hujah teknikal... semua sekali.. tapi jangan haraplah aku nak percaya~!

pls..komen aku ni pun MUKTAMAD~!!!!!!


titik..

::panas lak hati ni tetiba bila dah siap2 nak gi solat jumaat... memang bangsat la ko ni~!!

Wan Collection's said... [Reply]

relaks su,
saya tak kisah pun psl auto blogwalking ni.
kalau ada kereta, kenapa nak naik bas??
itu je perumpamaannya. jgn lyn org lain yg asik tak puas hati tuh, takpayah la smpi nk carut-carut mcm ye-ye sgt. relaks jelah.

suhaisweet said... [Reply]

Yeah..Penghulu Segala Hari!! ;)
Itulah apabila bagi kat org yg beremosi memimpin utk kebenaran..beginilah jadinya.

Lirik Lagu Malaysia said... [Reply]

macam²

Zeanne said... [Reply]

huhu..tak tau dah nak cakap apa..da la mari berdamai semua..hahaha

alkisah69 said... [Reply]

erm x habis2 lagi isu nie...bawak bersabar suhaisweet

TIA OF REVENGE said... [Reply]

TIA TAK KISAH! HEHE..
SBR JE :)

pstt: kesian kat abg umar sy :'(

Norgadis said... [Reply]

Salam.
Jangan gaduh2lah...

shekechik said... [Reply]

tataw gk nk cakap pew..
masing2 ada pndapat msg2..
mungkin ada hikmah dsebalik semua ni..
mari la kita bermaaf-maafan..

Uji Hussein said... [Reply]

Sebab tu omputih kata Honesty is the best policy.Dah, tak baik gaduh2!

KUREKURE COMEL said... [Reply]

no komen.....

♛ Kerani Sekolah ♛ said... [Reply]

Saya ada jugak baca entri pendekar berkuda tu.so, kirenye dah baca dari 2 2 pihak.

ni la terjadi kalau emosi lebih dari akal kan..

saya pon selalu emosi, tmbah2 perempuan kan..tapi nasib baik ada akal yg masih boleh pk baik dan buruk kate2 yg nak kite kuarkan, tpi last2, tak kuarkan sebab kadang2 lidah ni sama tajam dgn jari yg menaip.

kalao salah kite minta maaf & kalao org minta maaf, kite maafkan..dan sambungkan semula hub seIslam :)

Cendana Kasih said... [Reply]

saya buat blog utk share respi dan sebagai panduan untuk anak2 dimasa depan...kalo ada org nk datang blog saya dan klik nuff tu, alhamdulilah ler...

saya mmg tak tau pasal trafic, seo, dll...setakat klik nuff tu tau ler..dan bila saudara Syahrul promote benda tu, saya pun cubalah...tak sangka plak ada pihak yg marah !!!

Eddy Ahmad said... [Reply]

alamak suhaisweet rilek je,xyah la sampai nak tutup blog chill kehh...aku rilek je ak x kisah pown org nak kondem ke ape hehee...

kite buat slh kte btulkan la kesilapan,ak x malu pn nk ngaku salah hehe (klu btul la ak salah,)ekekekee...

org nk hina ak ke maki ak ke,nk boikot ak ke,ak bersyukur je..xde kje ak nk melenting hahhaa..ak rase lawak ade la ekekeekee...

suhaisweet aku cabar ko ni hadapi sume ni dan jgn tutup blog, ade beran terima cabaran ak ni..ak sllu gk usha blog ko ni,tp ak sllu jd silent reader je,info2 ko sume menarik,nak je ak copy paste ekekeekkee...

uncle said... [Reply]

uncle tak kisah apa yg terjadi ... dan uncle pun tak berapa suka bila keadaan sebegini terjadi ..baut malu jiran tetangga jer .. walau apa pun ..uncle nasihat ..tegurlah secara berhemah ..uncle dok pi sna pi sini ..benda ni dijadikan modal bercerita .ishhh sampai bila ntah nak jadi macam ni?

uncle dah 6 bulan jarang beronline..ingatkan semuanya ok tetiba muncul keadaan sebegini...

sabarlah tuan umah oi..sabar lah pendekar kuda... malu kalau kita dok asyik bertelagah hal camni..carilah jalan penyelesaian ..korang tu senior...blogger junior dok perati serba sedikit akan mempengaruhi pendirian mereka ..

itu jer uncle nak cakap ... pakat-pakat pikiaq la nooo

Faten Rosli said... [Reply]

no komen bout this..

janganlah gaduh2,, carilah jalan penyelesaian seelok2nya.

peace no war.. ^_^

Amiey White said... [Reply]

Amiey tak masuk campur yang amiey tau , entry bagus amiey comment :)
hehe chill dear~

jangan biarkan amarah tu kuasai kita .

Bawakkan bersama okay

ha_ziem said... [Reply]

antara emosi dan akaL.. due2 xkan menang..tp ap yg mgusai mreka ialah EGO

Berto said... [Reply]

aku tak paham langsung apedia sbenarnya diceghita ni..tak paham2

Anonymous said... [Reply]

nak putuskan silaturrahim tu cukup mudah. nak cari teman juga tak susah. tapi yang nak menegur ketika kita membuat kesilapan itu yang sukar dicari.

menutup blog bukan jalan penyelesaiannya. tidak semua blogger yang membelakangkan teman diwaktu susah.

semoga teman terus aktif di dunia blogosphere ini.

Eddy Ahmad said... [Reply]

bro refer sini...
http://abcdead.com/artikel-menarik/220-auto-blogwalking-bagaimana-ianya-berfungsi.html

Admin said... [Reply]

aku memang seutuju dengan uncle...tak perlu la nak kecoh-kecoh lg psl ni...mnde kcik je ni...papepun ak suke dgn hujah2 ko ni bro...hehe...

Unknown said... [Reply]

ha3

Mia Liana said... [Reply]

sabar ya... dunia blogging memang macam ni... kena tabah dan kuat semangat. dulu pun isu ni dah timbul sekejap... pastu senyap... ni timbul balik pula...

setiap blogger ada hak masing-masing, nak guna auto ke manual untuk bw. cuma yang mia tak berapa berkenan cara blogger lama menegur direct blogger baru... terasa juga tempiasnya. etika perlulah dijaga.

janganlah tutup blog ini... teruskan lah berkarya... kita ni semua ada mata dan ada telinga. suhaisweet tak salah dalam perkara ini. dah, jangan sedih-sedih ok?

mia support suhaisweet...

ISMAIL MD SALLEH said... [Reply]

Tak sangka ye dunia blogger pun macam orang politik jugak...isk..apa pun korang semua dah dapat publisiti yang meluas tentang isu Autoblogwalking nie..kepada suhaisweet tak perlulah sampai nak tutup blog. Kalau senang2 datanglah naik keta manual ke umah saya nanti saya belanja kopi tongkat ali CNI secawan yea kasi tenaga sikit. (link) mycni2.blogspot.com

toyolkiut said... [Reply]

TK dari dulu still manual..
sbb tu sehari TK mampu jalan2 d bbrapa blog je.. sbb TK baca entry2 depa.. bukan jln2 saja..
selebihnya, TK abiskan masa dengan keje..tido..mkn..

KinosKoko said... [Reply]

isk2..jgn gado2..

Bob Merley said... [Reply]

Bila pasal trafik je mesti nak gaduh.
Pikir2 balik aku rasa bersimpati denganmu.
cuba tengok blog aku. follower ciput je. iklan langsung tak letak. orang bace pon sikit. entry memang bole kira dlm kepala. aku tak kesah pon. hahaha
Gud luck bro!

suhaisweet said... [Reply]

suhaisweet tak pernah mengalah dan akan kembali!

fad*** said... [Reply]

ini la jwap nyer kalo blogger ni tak faham isu internet....

Laen kali blajar dulu...baru boleh kater pemalsuan ni...ko lagi berdosa fitnah die bukan2....aku guna takde masalah tau....

biasa la kalo ade kesalahan fungsi...itu standard...kalo ko nak lebih baik ko pegi la buat sendiri...

Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back
OnePlusYou Quizzes and Widgets