rss
email
twitter
facebook

Thursday, September 30, 2010

Main Kutu


Salam semua pembaca..Hai..napa ramai yg bersedih sangat nih?? Takkan baru gaji dah kehabisan kot..Tu la..sapa suruh berhutang bebanyak time nak raya hari tu..Hmm.. Bersabarlah ye dan lain kali kenalah berjimat dan rajin menyimpan/ menabung dlm tabung ayam tuh. 

Hah..tgh tggu duit kutu nak masuk??! Eh boleh ke main kutu2 nih? Tak salah ke korang? Sebab apa..aku ada terbaca nih..
*
*

*
Main Kutu Haram Di Malaysia


KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.

Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.

"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara meksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

*
*





Hmm..so kalau nak main gak gi la kat negara2 yg tak haramkan nye iye..(Negara Isketambola)



Sumber: Google

13 orang baru nak pergi PLKN.. isk isk..:

- zuriey - said... [Reply]

hahha..comel pic monyet cari kutu tue

gnesop.com said... [Reply]

mmg main kutu boleh mengundang penipuan jika tidak diurus dengan baik..
lagi2 jika dengan skim..

nota kaki: ramai main dgn kawan2, sbb selamat

lea said... [Reply]

dulu zaman skul selalu maen kutu..

.s.o.f.i.a. said... [Reply]

kat negara mana yang dibenarkan main kutu nie....???

Robot | Sakti said... [Reply]

Main kutu diharamkan sebab takut tukang pegang duit bawak lari duit.
Anak-anak buah lain mesti trauma kalo kena camtu.



Post terbaru :Misteri di Blog Korang. Jom Siasat

Nur Misnan said... [Reply]

salam brother..
hmmm.. nak main kutu dgn kawan2 tak pe
tak salah pun..

tapi pasal kes yang kena tangkap tuh
coz si makcik tuh main berjuta2..

itu yang salah..

Faizal n Fashitah said... [Reply]

haihh zaman sekarang.. monyet pun susah nak cari makan..ekekekke

AishaDIYanything said... [Reply]

salam... teringat masa sekolah dulu... kawan2 ada la main kutu tue...bila ada ahli yang menyeleweng.. habis duit melayang.... nasib la aisha tak minat benda nie....hehehehe

manje said... [Reply]

kena main kutu 'undergraound' ler cam gini... yg benar2 jujur dan amanah aje bole main ~

~Mika Darkness~ said... [Reply]

euwww! xsuke la main kutu. kotor!
:P

ros said... [Reply]

k ros singgah...

caliph shuriken said... [Reply]

x main kutu ni.. main AmFlexi ada laa =)

Liquid said... [Reply]

besh ape kutu ni... taim turn kite la taim kene bayar org len tu yg x besh tu ehehehe

Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back