Salam semua. Sori tak dapat BW dan update post sehari lalu. Memang aku rindu giler kat korang tapi badan aku nih lagi rindu kat tilam dan bantal tuh. Kenapa? Letih weh. Mmg letih. Suma gara2 MAHA 2010 kat The Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).
Nak pergi tak tau jalan jadi..bukalah tenet..
Peta dia yg banyak membantu.
Kelmari (Sabtu) aku dan family meluangkan masa utk tengok pelbagai pameran yg berkaitan perladangan, pertanian, penternakan dan macam2 'per' lagi. Byk agensi2 k'jaan, NGO dan luar negara yg buat pameran. Bagi sesetengah org mungkin boring kalau bab2 pertanian nih, tapi sebenarnya memang tidak!! Best yg terlampau. Kalah Expo ICT beb!
1) Hampir GIVE UP!
Mau tak nye. Dari pintu masuk hingga ke nak parking jer dah lebih sejam. Ramai gak yg u-turn balik. Tak sanggup weh. Tapi mengenangkan mak dan wife yg begitu beria2 nak tengok, aku sondol aje. Alang2 dah sampai kan..
2) Parking.. NO PROBLEM!
Tapi aku respect kat pengurusan yg menyediakan tapak parking kete yg mmg mencukupi. Beribu2 kete yg masuk weh. Walaupun berbayar tapi aku reda. Anggap sedekah ;D
3) Macam2 karenah.
Terasa pesta sungguh. Selain deretan kete ferrari, porsche dan lamborghini utk sesi bergambar.. ada gak lori tram dan buggy utk kemudahan pengangkutan pengunjung. Tapi tak sempat bergambar ngan ferrari sebab brother kaya-raya tuh suma dah balik solat maghrib. Isk, nyesal ambik gambar lambat.
Nengok anak saudara aku si Abidah bergaya bersama tembikai gergasinya tuh.
Anakku Adi (stroller) bersama sepupu sepapat dia. Yg belakang tuh tak termasuk family sekali tau..huhu. Dah mcm kat ladang betul pun ada..hmm..sungguh segar dan nyaman..Rasa nak perah je susu lembu tu buat minum. Isk.
Japanese Bread ni mmg besor giler. Satu platun leh makan ni. nak beli pun gayatt..
Teh hijau yg marbles. Memang melekat.
Sebenarnya banyak lagi peristiwa yg menarik sepanjang pameran. Tapi disebabkan begitu sesaknya suasana..kamera aku pun tak memainkan peranannya dengan sewajarnya. banyak jugak khemah/ booth yg tak sempat pegi. Insyallah lain kali nak dtg lagi. Memang best. Tapi ada jugak peristiwa yg sungguh menyedihkan berlaku pada hari yg sama.. Nak tahu cerita ni tungguuu...
7 orang baru nak pergi PLKN.. isk isk..:
mak aii jem tu tak tahan..
ALL IN ONE
lain kali satu family ramai2 naik basikal ke sana. ahaha..
wah,keren nich....
pengen naik...
maha memang best...
kak ct pun pegi hari sabtu gak. tersangkut hampir 1 jam 1/2..mabok sekejap bila singgah tempat orkid...
wahhh cam best jek MAHA
rugi tak pegi,pdhal puchong-serdang dekat je^^
Post a Comment