1-Ainon Toner Mata Permata Hijrah
2-Permata Hijrah Ainon Toner Mata
Menurut Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A.Rahman, kedua-dua produk terbabit dikeluarkan oleh kilang Seri MH Ummi Sdn Bhd, dinotifikasikan dengan KKM sebagai produk kosmetik
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin memulihkan masalah mata menggunakan kaedah alternatif diberi amaran supaya tidak terpedaya sebarang iklan atau produk kosmetik yang didakwa boleh merawat penyakit mata secara berkesan.
Lebih membimbangkan jika kewujudan produk terbabit tidak merawat penyakit mata seperti diharapkan sebalik menyebabkan pengguna kerugian wang semata-mata untuk membeli produk yang tidak terbukti secara saintifik.
Menurutnya. kedua-dua produk terbabit adalah produk kosmetik maka ia tidak boleh digunakan untuk kegunaan di dalam biji mata dan tuntutan bagi merawat penyakit serta masalah berkaitan mata tidak dibenarkan.
“Produk kosmetik dalam konteks ini adalah semata-mata untuk digunakan di bahagian muka dan sekitar bahagian luar mata untuk tujuan estetika. Ia tidak sama sekali boleh digunakan ke dalam biji mata sebagai ubat titis mahupun sebagai ubat semburan,” katanya.
Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan melalui media elektronik, media cetak dan juga risalah yang diedarkan dalam kempen promosi oleh beberapa syarikat yang mendakwa produk keluarannya dapat merawat penyakit mata seperti rabun, kerosakan saraf kerana kencing manis, mata berselaput, glaukoma dan sebagainya.
“Dakwaan sebegini adalah tidak mempunyai asas dan bukti saintifik dari segi sains perubatan,' katanya.
Pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai berkaitan produk-produk dari syarikat-syarikat pengeluar kosmetik berhubung kesahihan tuntutan yang dibuat sewaktu promosi dan pemasaran.
“Sehubungan itu, semua pengeluar dan ejen-ejen syarikat-syarikat ini diingatkan bahawa produk yang dinotifikasikan sebagai produk kosmetik hendaklah dipasarkan sebagai kosmetik dan tidak boleh membuat tuntutan yang jelas melampaui definisi kegunaan produk kosmetik.
“Perkara ini sentiasa dipantau oleh KKM dan jika terdapat bukti berlaku pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan undang-undang, siasatan lanjut akan dibuat terhadap syarikat yang terbabit seterusnya didakwa,' katanya.
Pihaknya memandang serius kewujudan beberapa syarikat lagi yang mengeluarkan produk kosmetik untuk mata yang juga menggunakan teknik promosi yang mengelirukan pengguna.
“Pengguna dan orang ramai yang mempunyai masalah kesihatan mata disaran supaya tidak membazirkan wang mereka membeli produk-produk berkenaan untuk tujuan rawatan kerana perbuatan itu bukan hanya sia-sia dan merugikan. Malahan ia turut mengundang bahaya yang lebih besar dari segi keselamatan dan kesihatan.
“Individu yang mengalami masalah kesihatan mata dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan sewajarnya daripada doktor atau pakar perubatan yang bertauliah. Bagi mereka yang mengalami kesan negatif akibat penggunaan produk-produk berkenaan, mereka disaran melaporkan terus kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-7883 8549 / 5551 untuk siasatan lanjut,” katanya tegas.
Orang awam juga boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM menerusi talian telefon 03-7841 3200/ 3215 atau emel pharmacy1@moh.gov.my sekiranya memerlukan keterangan lanjut atau pengesahan mengenai produk berkaitan.
Difahamkan, Syarikat Permata Hijrah, sebelum ini pernah mencabar Kementerian Kesihatan mengambil sampel produk mereka untuk dikaji bagi melihat sejauh mana kandungan produk itu boleh memberi kesan sampingan dan berbahaya kepada pengguna.
Pengasas Produk, Mohd Zulkifli Dollah, mendakwa kesal apabila Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya sebelum ini melarang produk syarikatnya diedarkan, digunakan dan dijual kerana dianggap melanggar syarat ditetapkan.
Sumber : Ondscene
5 orang baru nak pergi PLKN.. isk isk..:
betul ke penipu??? my uncle guna nie gak..tp tak pernah lak tanye dia am ne mata die sekrang
Cik Puan Ienafazlyna Suite's
@::ienafazlyna:: Syarikat yg asal mmg betul brg dia..cuma ada org yg menyamar dr permata hijrah, jual brg tiruan guna jenama ini.
tahunn lepas saya saya beli ubat titis siang n malam.habis 2 botol guna tapi takda kesan apa2.cam pakai eye mo.rabun tak berubah.rasa rugi nak teruskan..
salam..tak kisah syarikat asal ke syarikat ciplak ke...
mende yg seumpama permata hijrah ni mmg dah banyak 'menipu'... khasiatnya terlalu diperbesarkan sampai orang melayu kita sanggup habis duit beribu2 untuk satu 'ubat' ajaib yg sememangnya 95% takde kesan pun kat mata kita yang bermasalah
produk mcm PH ni just untuk mencegah sahaja.. nukan untuk merawat...
Produk ni just untuk menyegarkan mata seketika ataupun membasahkan mata yang kering...
Pasal produk ni la sudah nya buta mata suami saya...nasib satu mata dpt di selamatkan...itu pun cuma blh lihat 1 meter kehadapan sahaja..titis ubat ni makin merosakkan saraf mata suami saya
Post a Comment