Makan bihun tergesa-gesa,
Tercekik sampailah dok pejam celik pejam celik,
Sudahlah terkasar mulut terlanjur bicara,
Meludah ke langit hinggap kat muka balik.
Wah wah..berpantun sinis nampak. Mana taknye, bila baca di berita seperti berikut:
*
*
*
Malaysia sedia hantar bantuan ke Indonesia
27/10/2010 10:42pm
KUALA LUMPUR 27 Okt. - Malaysia sedia menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Indonesia yang terlibat dalam bencana tsunami selepas gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Isnin lepas.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pada ketika ini pasukan bantuan kemanusiaan antarabangsa dan operasi bantuan malapetaka (HADR) dan Program Makanan Sedunia (WFP) juga sememangnya sudah bersedia pada bila-bila masa dan hanya menunggu “lampau hijau” untuk menghulurkan bantuan itu.
"Kita bersiap sedia bila-bila masa sekiranya ada kebenaran dan keizinan daripada pihak Jakarta. Dia (bantuan) tidak menunggu permintaan, kita akan berikan tawaran dan kalau mereka terima, kita akan menghantar bantuan kita,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Paul W. Jones di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
*
*
Sesungguhnya Allah Maha Adil. Janganlah kita takbur dan bongkak sebab kita ni semua saling memerlukan. Umat manusia di Malaysia ni tak pernah nak berdendam dgn sesiapa pun biarpun orang buat macam2. Sekarang sanggupkah korang menerima bantuan dari negara yg korang lenyek2 ngan kasut tempohari.
Sumber: Utusan
6 orang baru nak pergi PLKN.. isk isk..:
setuju.
malaysia ni baik hati sangat
Malaysia berhati mulia...tp org sane jer yg x appreciate...
mungkin dorang akan terima...
tengah susah...
MAlaysia bukan nak nunjuk...
Tapi biar dorg sedar..
dok kena kutuk, dan kata macam2.. kita still membantu.. tahniah Malaysia
erm.. setuju2.. dan harap2 semua niat ikhlas untuk membantu.. ;)
setuju sgt... tak rasa malu ke diorg? tp xpelah, malaysia memang the best sbb tu diorg dengki.. huhu
Post a Comment