rss
email
twitter
facebook

Wednesday, October 27, 2010

Si Tanggang Moden?


Huish..semenjak 2 menjak ni aku asyik menjadi pengulas berita jek. Memang berbakat wartawan nih. Kene tuko keje gamaknye. Idakla gitu.. sekurang2nya tambah pahala aku jika korang termakan nasihat baik aku selama ini.

Kali ni pasal apa lak? Hah kalau korang baca tajuk mesti dah dpt tangkap apa yg nak aku cuba sampaikan. Suma kenal sapa tu Si Tanggang kan. Tapi sekarang ni Si Tanggang dah tak macam dulu dah. Lagi ganas! Lagi Kurang Asam!! Kurang Asam Jawa tol lah!!! (Tengah marah nih!) Korang baca..
*
*

*

Ibu koma kena penumbuk anak

KEMAMAN – Seorang juruteknik Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) Kerteh boleh dianggap sebagai Si Tanggang moden apabila tergamak menumbuk ibu sendiri sehingga koma gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu yang lambat menyiapkan persiapan perkahwinannya.
Kejadian kira-kira pukul 1 petang di Kampung Mak Cili Paya di sini Ahad lalu itu berlaku ketika mangsa, Azizah Deraman, 47, didatangi anaknya yang mempersoalkan mengenai kelewatan persiapan perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada 6 November ini.
Difahamkan, suspek yang berusia 25 tahun tiba-tiba naik angin sebelum melepaskan tumbukan ke arah muka ibunya.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, tindakan biadap suspek itu menyebabkan mangsa terjatuh sebelum mukanya tersembam ke meja.

Sumber : Kosmo

3 orang baru nak pergi PLKN.. isk isk..:

dark r0se said... [Reply]

hurm~ ade jugak yang sanggup buat macam tu~ takutnyer~:(

Siti said... [Reply]

pergh, gila betul. ade jugak manusia macam ni ye? ish3

Mardhiah said... [Reply]

nauzubillah min zalik...

Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back