rss
email
twitter
facebook

Saturday, November 13, 2010

ATM ~Satu Lagi Sejarah



Malaysia komited dengan tempahannya bagi empat pesawat pengangkut tentera Airbus A400M meskipun beberapa negara menyemak semula tempahan mereka."Malaysia satu-satunya negara di rantau ini yang membeli A400M dan ia masih komited dengan tempahannya," kata Naib Presiden pemasaran keupayaan pertahanan Airbus Military, Peter Scoffham (gambar) pada taklimat media di sini semalam.

Scoffham berada di Malaysia untuk memaklumkan perkembangan terkini mengenai pesawat pengangkut awam dan tentera Airbus selepas menghadiri Indo Defence 2010 di Jakarta.Sebelum ini, Organisation Conjointe de Coopération en Matière d'Armement yang mewakili Belgium, Perancis, Jerman, Luxembourg, Sepanyol, Turki, dan UK komited untuk membeli 180 pesawat A400M tetapi kemudian mengurangkannya kepada 170 unit.

Ini berikutan keputusan Jerman untuk mengurangkan tempahan kepada 53 pesawat daripada 60 unit manakala UK mengurangkannya sebanyak tiga kepada 22 unit.Ditanya mengenai sama ada akan terdapat kelewatan dan semakan semula kos bagi A400M, Scoffham berkata:

"Saya tidak boleh memberikan perkembangan terkini rasmi... apa yang boleh saya katakan ialah kami gembira dengan kemajuan A400M dan ujian penerbangan."Dilaporkan pada tahun lepas bahawa Malaysia yang akan menerima pesawat itu pada 2013, tidak perlu membayar wang tambahan bagi empat pesawat pengangkut yang ia tempah pada 2005.
*
*

*
Wah..bangga pun ada. Bagusla sekurang2nya kapal kargo sebegini dapat membantu lagi pasukan Angkatan Tentera Malaysia terutamanya Airforce bagi operasi latihan dan juga membantu kententeraman awam.



Ini pula adalah C130 Hercules TUDM yg telah banyak membantu selama ini..Syabas Malaysia!



Sumber: Carigold

4 orang baru nak pergi PLKN.. isk isk..:

misyamissyou said... [Reply]

wah..besar kot..aset ni..

NickyNieya said... [Reply]

my bro bawak hercules..
glad TUDM sangat komited dalam isu pertahanan negara

mira the monster said... [Reply]

lawanye kipas tuuu

Sofia Karim said... [Reply]

wowww.. dulu masa sekolah2 asyik berangan nak bawak pesawat yg cmtu hebat!!! Bravo TUDM!!

Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back