rss
email
twitter
facebook

Monday, November 15, 2010

PANASS...Lebih panas dari MELODI!!



Salam semua. Sekarang ni heboh pasal isu gelang AC Mizal yg tak habis2 tu. Semuanya bermula dari isu serangan di facebook melarat hinggalah ke blog-blog. "Umpatan, cacian, fitnah" semuanya silih berganti. Aku sendiri pun tak tahu mana yg betul. Biar pihak berkuasa menyiasat dahulu sebelum sebarang spekulasi dibuat. Ceh..macam ayat wartawan lah aku ni..Caiit..

Dua 3 hari ni aku asyik melayan blog Aidib Mu'addib yg tetiba femes ni. Memang best giler.Panas dan menyengat. Kalau tak tahan telinga boleh berdesing dibuatnye..Pasal dialah yg si Abang AC naik hot..aku cakap hottt...(xleh ckp lebih, nanti kene saman)

*
*

*

Satu lg yg cuba bro Aidid ni perjuangkan (naluri hati aku berkata) ialah dia ni sedaya upaya menyedarkan sebilangan kecil (kecil ke?) umat bangsaku (melayu) dari terus terlena, terlentok, dibuai semacam keseronokkan dalam bidang yg dikatakan menipu ni ..MLM (Multilevel Marketing)

Byk bisnes perniagaan sekarang yg berkonsepkan MLM ni. Tak perlulah aku sebut satu2..Tapi apa hukum yg sebenarnya jika join mende2 sebegini. Haram ke?? Mana FATWA nya? Jangan korang suka ati je jatuh hukum!

Ni kesimpulan yg aku petik dari laman web JAKIM.

HUKUM MLM : JAKIM  MENJAWAB

1) Hukum MLM adalah HARAM!
2) Tidak pentingkan Produk tapi mahu KAYA cepat!! Itu yg penting!
3) Hanya menguntungkan orang atasan (upline), yg bawah terkontang-kanting..

Tapi aku pun jadi konfius bila terbaca yg berikut..

Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) Menurut Islam

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan  Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam. (Link)
*
*
Apa pun bagi aku tidak ada sesuatu jalan mudah untuk senang di dunia apatah lagi kat Akhirat nun. Jadi berwaspada pada setiap langkah. Jgn kita dok aniaya org tak tentu pasal. Dua kaki kat dunia tapi kepala kat neraka..Isk.





12 orang baru nak pergi PLKN.. isk isk..:

pN.rOs said... [Reply]

camana nak kata ya...
bab2 hukum halal haram ni kadang2 menakutkan
tp yg penting bila nak buat keja pikir baik buruk dulu
masalahnya bila kita ni tau nak kaya cepat je

Unknown said... [Reply]

nak cepat kaya?
blogging ler~

haha.

::Budak Degil:: said... [Reply]

nak kaya cepat dengan hasil duit orang lain..memang haram la...

usaha jelah sendiri...^_^

monsterz said... [Reply]

haha..keje kerajaan sudahhhhhh

± said... [Reply]

the best is...kalau ragu2, JANGAN JOIN! as simple as that

AmirSyah Mazlan said... [Reply]

tu la.. bisnes skrg susah.. bukan sekarang je.. bisnes mmg susah.. sebab nak kaya, bukan senang kan?

tp, kalau diberi rezki untuk kaya, kayalah dengan cara halal.. so, sblm bisnes, semak dulu hukum apa yg patut..

ghost said... [Reply]

ah..malas nak dengar pasal MLM..Manusia Lekas Muflis.Tipu punya biz.

ctpayong said... [Reply]

mestilah datangnya dari yang halal dan dibelanjakan di jalan yang halal juga.

jgn menganiaya sekali pun mereka bukan islam kerana doa mereka tetap diterima.

membayar hutang hukumnya wajib.

wallahua'alam

budakkecik said... [Reply]

dunia skrg byk memaksa manusia kini utk membuat sesuka hati asalkan ada income...halal haram pun dh tak amik kisah...kalau hati tak bersih dan lemah, hancuss...

dayah SnoW Heuka said... [Reply]

huhu.. sy mmg ta minat MLM grrr :))

Aretikz said... [Reply]

Oh well.. Benda ni.. saya memang tak ikut.. bnyak keraguan.. jd zuhud la kita ya.. benda meragukan ni bek jgn.. rugi jak.. bnyk dah ulama ijtihad ckp MLM haram.. kalau diikut segi hujah.. memang tak dapat dinafikan.. banyak kemudaratan berbanding kebaikan.. dan saya amek benda sebagai haram jika kemudaratan lebih banyak dari kebaikan..
sedangkan dalam al-quran pun cakap "Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" al-baqarah 195

suichi said... [Reply]

MLM - Member Lanyak Member~~

Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back
OnePlusYou Quizzes and Widgets